Sunday, March 21, 2010

Yusuf Qardawi - elok jaga unta kamu sendiri...


http://dinmerican.wordpress.com/2010/03/23/anwar-ibrahim-i-did-not-manipulate-qardhawi%E2%80%99s-words/
Terkini:

Begitu terdesak sekali Anwar yang sudah muflis idea dan kini hilang sepenuh kepercayaan diri sendiri terpaksa 'hidup' dengan bergantung kepada orang lain, bergantung sokongan pendapat ulamak yang tidak dapat lari dari serba kekurangan sebagai manusia walau sejauhmana pandainya pun.
Kenapa Anwar tidak memilih Allah sebagai saksinya dengan bersumpah laknat seperti Saiful, kenapa soal 'teknikal' sumpah dijadikan alasan Anwar untuk tidak melakukannya sedangkan dia menggunakan seluruh dan segala 'teknikal' untuk 'lari' dari mahkamah.










Siapa Sheikh Yusof Qardawi ni?


Kita tidaklah perlu agungkan sangat manusia yang mendapat gelaran 'ulamak' sekadar lebih pandai sikit bab ugama dari orang lain.

Kita tengok 'ulamak2' di Malaysia sebagai contoh (sebab kita lebih kenal mereka) dan apakah pendapat mereka, sikap mereka dan tingkah laku mereka boleh kita terima 'bulat2' sebagai kata pemutus dan hukum.

Tidak seorang manusia pun boleh mendahului ketetapan Allah apalagi cuba menghukum atau memandai mandai untuk menyatakan siapa yang bersalah dan siapa yang tidak sehingga di bawa kemuka pengadilan.

Sejarah juga tidak pernah menceritakan Khalifah ternama Islam menjatuhkan hukum kepada seseorang tanpa dibawa kemuka dpengadilan.

Oleh kerana Sheikh ini dianggap kawan kawan rapat dengan Anwar, harus juga berhati hati dan di ambilkira hubungan mereka dengan Yahudi dan puak gay untuk mengelak sesuatu yang tidak mustahil.

Yusuf Qardawi adalah orang asing bagi Malaysia dan kita lebih tahu tentang rumahtangga kita sendiri dan urusan campurtangannya secara membabi buta dan sembrono tidak membawa kebaikan sedikitpun kecuali memecahbelahkan lagi, apakah itu sikap seorang ulamak?????? Memberi kenyataan tanpa mengetahui duduk perkara sebenar, apakah dia memberi keadilan kepada Saiful yang menggunakan Allah sebagai saksi sedangkan Anwar hanya menggunakan lidah yang berputar belit memepertahan diri???

Apakah Yusuf Qardawi juga sebahagian dari gambaran ulamak songsang politik seperti yang terdapat di Malaysia?

Elok pak sheikh ni jaga unta dia sendiri.

3 comments:

  1. "Tidak seorang manusia pun boleh mendahului ketetapan Allah apalagi cuba menghukum atau memandai mandai untuk menyatakan siapa yang bersalah dan siapa yang tidak sehingga di bawa kemuka pengadilan".

    Anda pun sama lah. Kalau anda boleh bagi pendapat, kenapa Dr Sheikh Yusuf tak boleh?

    Sebab anda orang Malaysia? Projek-projek besar di Malaysia kebanyakan pegawai atasan bukan orang Malaysia juga.

    Bukan bangsa menentukan layak atau tidak seseorang bersuara.

    Anda berhujah oleh kerana dia asing, dia tidak layak. Dan oleh kerana ada kemungkinan perkaitan dengan Yahudi, kena berhati-hati.

    Ini taktik kotor, "character assasination", biasa digunakan oleh ahli politik yang kurang matang.

    London

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan komen di atas.

    Terdapat unsur-unsur pilih kasih dalam kenyataan di atas, tetapi kebanyakannya bermotifkan politik.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih.

    Di Malaysia, lembu di Kelantan dan babi di Perak pun boleh bagi pendapat termasuk pendapat saya dan saudara/i semua tetapi sejauh mana pengaruh pendapat kita semua berbanding Yusuf Qardawi.

    Sebagai orang luar, sejauh mana pengetahuannya tentang apa yang terjadi di Malaysia sehingga dia campurtangan secara membabi buta untuk 'menyokong' Anwar dan 'dipergunakan' oleh Anwar secara meluas. Apakah pendapatnya membantu umat Islam di Malaysia atau lebih 'memecahbelahkannya' lagi. Itukah peranan ulama??

    Berita terkini di atas juga adalah relevan.

    ReplyDelete

6ANGKA