Monday, July 19, 2010

MIC dah buat kerja...

KUALA LUMPUR 18 Julai - MIC akan berusaha membantu meningkatkan taraf hidup lebih 150,000 keluarga keturunan India yang berpendapatan kurang RM1,500 sebulan.

Naib Presiden MIC, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, pihaknya akan mengenal pasti dan membantu kumpulan tersebut meningkatkan sumber pendapatan masing-masing.

Selain itu, katanya, MIC juga akan menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada kumpulan tersebut yang kini kebanyakannya tinggal di kawasan luar bandar dan bekerja kilang.

Katanya, MIC telah mengenal pasti tiga kumpulan masyarakat India yang hidup dalam keadaan serba kekurangan.

"Mereka terdiri daripada kumpulan paling miskin berpendapatan kurang RM440 sebulan sementara kumpulan miskin yang memperoleh kurang RM720 sebulan. Kumpulan ini dalam lingkungan 15,000 hingga 20,000 keluarga.

"Sementara kumpulan yang memperoleh RM1,500 sebulan meliputi kira-kira 150,000 keluarga. Kumpulan inilah harus diberi perhatian oleh MIC kerana kumpulan paling miskin selalunya mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan pelajar-pelajar India yang mendapat bantuan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu.

Turut hadir ialah naib-naib presiden MIC, Datuk S. K. Devamani dan Datuk M. Saravanan; Setiausaha Agungnya, Datuk T. Rajagopal; Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan dan Ketua Pemudanya, T. Mohan.


MIC masih menghantar beberapa nama pelajar India kepada PM untuk dipertimbangkan biasiswa untuk diberi kelonggaran dan penambahan kuota.


Melalui Perkasa, Ibrahim Ali telah nyatakan biasiswa tanpa kuota adalah hak Melayu dan Bumipuera mengikut perelembagaan.

Tetapi sejauh mana, NGO Melayu, parti Melayu dan pihak mana yang telah mengambil inisiatif seperti MIC untuk memastikan pelajar2 Melayu terbela dan mendapat biasiswa, Mana salurannya? Siapa orangnya? Apakah dalam hal2 sebegini ia tidak begitu menarik untuk Pemuda UMNO menjadi heronya?

2 comments:

  1. Salam Bro.

    Good article. Saya percaya dan telah lihat bagaimana parti kecil ini boleh menjayakannya. Tetapi parti besar UMNO tidak berdaya melakukannya.

    UMNo hanya diterajui oleh opportunists. Kalau pemimpin UMNO mengambil berat tidak ada lagi orang Melayu yang dikelaskan sebagai miskin. Bila ada rakyat miskin dan tak berupaya untuk meminta pertolongan dengan mudah mereka akan rujukkan ke pejabat-pejabat kerajaan tanpa mengambil inisaitif membantu.

    So, sekarang yang dilihat boleh membantu ialah pegawai-pegawai kerajaan tetapi bukan pemimpin UMNO kerana tidak berusaha untuk mendekati mereka.

    Jangan sebut untuk perpaduan UMNO - PAs. Dikalangan ahli UMNO sendiri pun tenganh fikir untuk bertukar angin sekarang ini.

    Pemimpin cuma berkokok di atas sahaja!. Kita tunggulah PRU13 nanti, didalam rumah saya ada 5 undi yang boleh dipertaruhkan...

    ReplyDelete
  2. UMNO yang diperkatakan memperjuangkan hak dan nasib orang Melayu selepas lebih 50 tahun memerintah masih banyak kedengaran kemiskinan, kemunduran dan serba mengemis anak bangsa sendiri.

    Hari ini ketika sedikit demi sedikit kuasa terhakis, mereka masih leka, lalai dan lupa diri.

    Apakah kita masih emmpercayai bahawa mereka akan memeprjuangkan nasib ugama dan anak bangsa lagi.

    Tapi dalam masa yang sama dan msa hadapan apakah kita ada pilihan yang lebih baik.

    ReplyDelete