Saturday, October 8, 2011

Mahkamah DAP lembek...

DAP tukar hukuman Manoharan kepada amaran keras

08/10/2011 2:53pm

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP mengetepikan hukuman gantung selama enam bulan yang dikenakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan berhubung kenyataannya tentang bendera Malaysia, kata kenyataan yang dikeluarkan ibu pejabat kebangsaan parti itu hari ini.
Kenyataan itu berkata pada mesyuaratnya malam tadi, CEC membuat keputusan menggantikan tindakan penggantungan itu dengan memberi amaran keras kepada Manoharan setelah mengambil kira bahawa anggotanya itu menunjukkan rasa sesal dengan memohon maaf dan membuang dengan segera komen yang disiarkan dalam Facebooknya.
Jawatankuasa itu membuat keputusan tersebut berikutan rayuan yang dikemukakan Manoharan berhubung penggantungan yang dikenakan terhadapnya oleh jawatankuasa disiplin DAP.
Kenyataan itu juga berkata, CEC bagaimanapun mengekalkan penggantungan selama enam bulan yang dikenakan terhadap ADUN Bentayan, Gwee Tong Hiang kerana perbuatan penyalahgunaan kuasa berhubung dana parti.
CEC menolak rayuan Tong Hiang yang dikenakan penggantungan bermula 27 September lepas, kata kenyataan itu. - Bernama

3 comments:

  1. Memang sudah dijangkakan DAP suka main sendiwara politik, sekejap gantung sekejap tarik balik. Sebenarnnya mereka takut kehilangan sokongan orang2 India setelah apa yang berlaku kepada seorang lagi pemimpim India dalam DAP diPerak yang berselisih faham dengan geng Ngeh/Nga. Maknanya DAP merestui dan memendang remeh tindakan kurang ajar Mamoharam menghina bendera Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Mempertikaikan sejarah adalah sesuatu yang lebih ringan dan satu pendapat Mat Sabu sesuai dengan perubahan masa.

    Tetapi menghina bendera adalah sesuatu yang lebih serius tetapi sebab dia manoharan itu bukan 'melayu' maka isu itu tidak diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa.

    ReplyDelete
  3. DAP terpaksa main wayang tarik balik hukuman Manoharan kerana dia takut nak ambik tindakan terhadap Lim Guan Eng yang sah sah menghina rakyat negeri Johor. Memang confirm parti anak beranak.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...