Monday, October 31, 2011

Bajet memikat akhirnya jadi bajet makan diri...

Banner atau kain rentang bergantayangan di seluruh negara dengan ungkapan ' TERIMA KASIH NAJIB ATAS BAJET 2012' begitulah lebih kurang tajuknya dari Perlis sampailah ke Johor dan berterusan sampai ke Kelantan.

Itulah antara yang dapat menarik perhatian saya semasa meluangkan masa seminggu ke utara dan pantai timor dalam peerjalanan atas urusan sendiri....

Rakyat mana yang buang tabiat tu agaknya yang sanggup buang masa, tenaga dan duit untuk menggantung kain rentang yang lebih kurang bernilai RM90/sehelai. Rakyat Malaysia sungguh sekata pula tu..ayat yang sama seluruh Malaysia???

Inilah kerja gila dan syok sendiri pemimpin UMNO, Kenapa UMNO? sebab saya tak jumpa kain rentang yang sama dalam bahasa tamil atau cina. Dah sah itu kerja pembodek UMNO yang semakin 'tertekan' menjelang pilihanraya. Kerja Ketua Penerangan UMNO muflis idea...

Masih ingat lagi saya kerja gila yang sama zaman paklah...poster sebesar langit di pelusuk negara dengan Cemerlang, Terbilang dan Temberang...Islam Hadhari, Modal Insan dan entah2 apa lagi...akhirnya masuk longkang dalam PRU12.  Kini kerja gila yang sama berulang....

Bajet 2012 adalah 'bajet mengorat' diperingkat pembentangan dan akhirnya menjadi 'bajet makan diri' di peringkat perlaksanaan, lihat nanti bagaimana semua itu hendak dilaksanakan? Elaun Buku, Elaun Saraan, Yuran persekolahan - pasti ada yang tergelincir dan penyelewengan di peringakt perlaksanaan. Kesannya ada yang tak dapat, ada yang marah, pembangkang akan eksploit...dan hasilnya BN tumbang...

Tunggu dan lihat analisa cabok ini.

1 comment:

  1. Yup, sokong, malaysia top class dalam pembentangan...tapi perlaksanaan hancus..kajian perabeh duit rakyat dengan elaun meeting, tapi semua trial and error.

    Lihat KDN dengan kerja tangguh yang tak sudah2 dalam isu pemutihan.

    SPAD dalam nasib yang sama...

    Lebih baik tak ada dari ada, tapi bila ada, tak dapat jugak...buat darah menyirap

    ReplyDelete

6ANGKA