Saturday, August 16, 2014

Ketaksuban Memusuhi UMNO adalah jasa, amalan, sedekah jariah Nik Aziz yang akan dibawa sampai ke padang masyar

# PAS telah tetapkan hari ini untuk membuat keputusan, tetapi secara terang-terangan PKR "membeli 2 ADUN PAS" untuk menyokong Azizah pada 14hb. Inilah kebiadapan dan ugutan kotor Anwar tanpa sedikitpun rasa hormat kepada Presiden PAS.
Jika PAS masih mahu kekal di Pakatan semata-mata undi cina, kita sudah boleh tahu apa jenis PAS ini... Posting asal di bawah bertambah kuat isinya.




PAS kini berhadapan dengan pelbagai krisis identiti yang kronik dan menjadi-jadi serta semakin terdedah dalam krisis MB Khalid.
1. Sikap tidak menghormati Presiden, Hadi Awang
2. Bai'ah yang selama ini sangat ditakuti kini hanya menjadi perkara mainan
3. Terlalu ramai pemimpin yang jadi "Presiden" dalam memberi pandangan keputusan.
4. Pemimpin PAS mudah dan sedia dibeli
5. Ahli kepada parti PAS, cinta dan setia kepada parti lain
6. Anwarinas ketara dalam PAS tanpa mampu dibersihkan....bukan setakat di peringkat pemimpin tetapi sudah menjalar di akar umbi.
7. Kegilaan kepada material dan kemewahan di semua peringkat mengatasi asas perjuangan mereka, Islam sekadar topeng dan diperalatkan
8. Tidak ada sesiapa yang boleh membaca apa yang ada dalam kepala otak pemimpin PAS dalam situasi kritikal
9. Terlalu banyak Badan membincang dan membuat keputusan hinggalah ke Mesyuarat Tertinggi AJK Pusat tetapi semuanya tidak terikat, longgar antara satu sama lain dan akhirnya satu pun tak boleh pakai.
10. Keputusan di Mesyuarat dan perlaksanaan diluar tidak selari
11. Ketaksuban memusuhi umno adalah jasa, sedekah jariah nik aziz yang akan dibawa sampai mati membelakangkan siratulrahim dan persaudaraan Islam
12. Mereka lebih berpegang kepada tali babi dari tali siratulrahim
13. Apabila berbalah mereka merujuk kepada DAP dan PKR bukannya Al Quran dan Hadith





Bagaimana dengan UMNO itu sendiri  ?

8 comments:

  1. UMNO pun bukan la sangat terbaik memang ada cacat celanya , tapi tak guna agama untuk dapat kepentingan politik dunia , PAS kalau tak guna label agama rasa-rasa 50 tahun dulu dah dikuburkan , hayat PAS boleh hidup sebab lacurkan agama untuk kepentingan politik dan banyak melayu yang dunggu tak boleh beza antara politik dunia dan keimanan kita kepada Islam dan Allah swt. Percaya dan setia kepada PAS belum tentu masuk syurga , Ahli politik UMNO yang jujur dan berhikmat untuk rakyat dalam erti kata sebenarnya tidak semestinya masuk neraka , syurga neraka milik Allah swt yang menentukannya , bukan ustaz- ustaz , Haron Din , atau siapa saja , jangan hidup dalam kebodohan sepanjang masa nanti dimurkai allah swt itu pasti.

    ReplyDelete
  2. Semuanya bermula lewat 70an dan diawal 80an bila fahaman wahabi mula menular dlm PAS. Asalnya nampak mcm baik, memurnikan agama dan perjuangan tp, ajaran yg salah semmgnya tidak membawa najijah yg baik, bahkan kesan buruknya bakal jelas di Mahsyar nanti.
    Perfect lies, partial true.

    ReplyDelete
  3. Sama sama kita berdoa semoga semua umat islam tak kira apa fahaman politik sentiasa bersatu dan istiqomah. Jadikan Palestin sebagai pengajaran dimana fatah dan Hamas tak pernah bersatu menyebabkan Israel mudah menjentik hidung umat Palestin.

    ReplyDelete
  4. PAS mempunyai budaya salahkan orang lain. Orang cerita pasal PAS mereka tak mengaku dan bandingkan dengan UMNO. Apa kena mengena UMNO dalam keahlian PAS. Semua salahkan orang lain. Dekat padang mashyar nanti kalau ada ahli PAS yang minum arak, maka Allah akan bertanya kenapa minum arak? Jawapannya orang UMNO pun minum juga.

    ReplyDelete
  5. Ahli UMNO pun patut dah sedar, semua berkisar kepada rasuah, projek, bodek nembodek dll. Tapi memperbaiki kearah itu amat kurang dari UMNO dan hanya setakat melepas batuk ditangga. UMNO kena ambik ikhtibar dan memperbaiki diri.
    Ahli ahli UMNO akar umbi pun tahu pihak atasan pun tak betul dan terjadi lah orang atas bolih buat dan kaya; kita pun nak kaya dan bolih buat. Ahli UMNO dari semua peringkat kena berani dan jadi wistle blower yang berhemah. Lapurkan ke pihak berwajib jika terdapat unsur rasuah, guna kuasa dan dll. UMNO kena pulih dari dalam bukan dari luar. Hanya ahli UMNO tahu apa yang terjadi dalam kain.

    ReplyDelete
  6. Pendendam dan keras hati. Menggunakan status sebagai tokoh ugama supaya tidak dibantah walhal dia bukan maksum. Manusia yg tidak berfikir, menyertai PAS kononnya akan lebih keIslamannya manakala yg oportunis mempergunakan golongan ini utk kuasa dan harta. Lebih rela bersekongkol dan mengikut perintah kafir utk meruntuhkan kerajaan Islam. Janganlah menanti nyawa sampai kekerongkong baru nak menyesal.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...