Tuesday, August 5, 2014

Isu Khalid Selesai Sepenuhnya Januari 2015

Begitulah jangkaan yang paling awal dalam isu MB Selangor jika kita mahu mengharap penyelesaian sepenuhnya. Mungkin Anwar tidak sanggup mendengarnya tetapi itulah hakikatnya. Di dalam dunia ini ada terma dan syaratnya, ada tatacara dan peratorannya - bukan semua mesti ikut telunjuk Anwar !!!

Beberapa siri solat solat hajat mempertahankan khalid yg dibuat oleh gang ustaz pas dan penyokong khalid di rumahnya membuktikan khalid tidak bersendirian merupakan jawapan yg tepat kpd anwar.

Isu pemilihan PKR belum selesai dan kini Anwar alihkan kpd sesuatu yg lebih menguntungkan dia, isu MB sekadar gimmik untuk menutup cerita pemilihan yg penuh dng rasuah dan penyelewengan.

Jawatan Menteri Besar bukan hak mutlak milik parti, seseorang yang memegangnya ahli parti mewakili partinya, parti yang menang banyak kerusi di Dewan Undangan Negeri. Beberapa nama perlu dicadangkan dan Tuanku Sultan akan memperkenan salah seorang darinya yang dikira paling sesuai termasuki ciri-ciri Anak Selangor, Melayu, Islam, Berakhlak, Sihat tubuh Badan dan sebagainya.

Khalid adalah hak parti boleh dilantik boleh dipecat tetapi jawatannya sebagai MB bukan hak milik parti, bukan Menteri besar PKR tetapi Menteri Besar Selangor..Menteri Besar kepada seluruh rakyat Selangor samada yang menyokong atau tidak menyokongnya.

Jikapun Khalid dipecat, ia masih kekal sebagai MB, MB seorang ahli Dewan Undangan negeri yang sah cuma tidak berparti. Proses untuk mendapatkan semula jawatan MB kepada ahli parti dari parti yang memenangi banyak kerusi di DUN boleh dibuat mengikut Perundangan Negeri Selangor dan ia tidak boleh selesai dalam tempoh sehari.

Begitu juga jika undi tidak percaya mahu dilaksanakan oleh anggota DUN, ia akan melalui beberapa proses dan notis dan semua itu tidak boleh selesai dalam masa sehari.

Jika DUN dibubarkan selepas menasihati Tuanku, SPR akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh seminggu dan mengistiharkan satu pilihanraya akan di adakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran. Semua itu sudah semestinya tidak boleh berlaku dalam sehari.

Parti yang memang selepas itu bolehlah mencadangkan salah seorang ahli partinya yang memenangi kerusi DUN untuk dilantik dan diperkenan oleh Tuanku Sultan. Mungkin pada masa itu nama Khalid dicalonkan sekali lagi oleh parti barunya ?

1 comment:

  1. Khalid dh tahu tempoh lama tersebut, sebab itu beliau tidak terkesan sangat dengan surat tunjuk sebab yg sebenarnya diatur untuk memecatnya daripada pkr. Khalid berpendapat sebelum dia dilucutkan jawatan sebagai mb atau dipecat dpd parti, anwar akan dihantar lebih dahulu ke sungai buluh. Dalam keadaan ini, perang sudah berlaku walaupun tidak diisytihar secara rasmi. Kemenangan khalid ialah bila anwar dilojingkan di sungai buluh. Moga khalid menang dlm peperangan ini. Siapa masuk penjara dulu dia kalah....hehe

    ReplyDelete

6ANGKA