Wednesday, August 13, 2014

Siapa kabinet Najib calon PM pilihan DAP ??

Usaha menamakan Ku Li sebagai PM oleh Pakatan Pembangkang memang pernah menjadi satu khabar angin yang serius sebelum PRU13 dan dianggap merupakan usaha bersama ketiga-tiga parti komponen. Usaha itu juga di anggap sebagai tujuan memecahbelahkan atau melemahkan UMNO jika Ku Li istihar sertai pembangkang.

Perkara itu bagaimanapun menjadi reda tanpa mengetahui sebabnya?  Pendedahan baru-baru ini menunjukkan usaha itu lebih kepada keinginan PAS dan seperti diketahui umum ianya bercanggah dengan kehendak peribadi Anwar untuk menamakan dirinya sendiri sebagai PM. Apakah DAP juga bersetuju dengan PAS atau adakah DAP membantah tidak pula dinyatakan.

Persaolannya kalau umno itu huduh dengan tuduhan kroni, rasuah bla bla bla...kenapa pula DNA umno begitu mahal dan sangat diperlukan? Anwar sendiri ada DNA umno, PAS sendiri pernah berlumur dengan umno dan hero sekarang MB Khalid juga ada DNA umno.

Jika sudah didedahkan PAS berminat Ku Li dilantik sebagai PM....bererti tidak mustahil DAP juga ada? Siapa orangnya kita boleh bayangkan siapa selepas ini.. Terlalu sukar untuk kita percaya DAP luar dan dalam setuju Anwar... kenyataan luar mungkin yes...dalam kepala mereka mungkin senada PAS atau sebenarnya ada yang lain...

Secara terbuka DAP sedang mengangkang luas membuka keahlian kepada Melayu...sudah ada beberapa pucuk muda yang sedang digilap untuk dicalonkan dalam PRU Selangor atau PRK dan PRU14.....

Tetapi sebagai calon Melayu  PM atau MB dari DAP...keperluan diisi mestilah dari mereka yang sudah ada nama, berpengalaman, berpengaruh dan paling penting sepoket, sekandang dan sekepala dengan mereka...sekali lagi tidak boleh lari dari DNA umno juga sebagai kilang kepimpinan yang bagus...

Jika nama Ku Li dimasukkan sebagai pilihan mereka, itu sekadar cadangan sebelum ini dan mungkin tidak lagi sekarang... Ku Li sendiri secara logiknya sudah timed out.  PAS pun mungkin sudah ada calon baru, lebih muda, lebih bersih, lebih licin...

Sebagai jalan pintas DAP  mungkin lebih berminat kepada calon dari umno yang ada tiga kebolehan utama:
1. Boleh berlari datang pantas apabila dipanggil...
2. Boleh mengatasi blogger-blogger pro-umno yang " tidak ada otak.."
3. Lebih kuat menyalak pada Mahathir lebih bagus..

Ada ke calon hancing yang macam idaman DAP itu...


6 comments:

  1. Secara positive nya kita boleh anggap nazri sedang membisik DAP join BN untuk memastikan pembangunan PP dapat diteruskan dengan kerjasama dan sokongan Pusat sekaligus lapangan terbangsa antarabangsa kulim cadangan negeri kedah boleh dianggap tidak memberansangkan. (?)

    ReplyDelete
  2. KJ idaman DAP sebab Regina tengah cuci kepala hotak KJ..Nazri kaut menentang menongkah arus DAP pun takut..KJ senang dibentuk sumbat duit banyak banyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Secara positive nya Kj adalah pilihan terbaik bakal PM bukan sahaja kepada DAP kepada seluruh rakyat Malaysia. Sudah tentu Kj menimba banyak pengalaman strategi dan politik antarabangsa semasa menjadi pengiring Obama..
      Banyak lagi pengalaman politik yang diperlukan, perlu diberi peluang menerajui kementerian kewangan dan menteri dalam negeri sebelum naik ke TPM dan seterusnya PM.
      Kj perlu dilatih dan disimpan sehingga 50hb Januari untuk layak sebagai PM.

      Delete
  3. siapa yang paling cepat sampai penang bila ada keperluan? guan eng belum panggil tapi sudah sampai..... vokal kurang ajar pada tun mahathir juga adalah kriteria ukuran. so, boleh agaklah siapa...

    ReplyDelete