Tuesday, December 13, 2016

ISTERI YANG CURANG..

Seorang suami yang sedar dan lanjut usia,  sebelum pencen telah mewariskan segala bentuk pengurusan harta dan kewangan peninggalan legacynya kepada isterinya yang jauh lebih muda dengan kepercayaan dan keyakinan isterinya seorang yang amanah berdasarkan rekod lampau..

Belumpun sampai lima tahun si isteri sudah curang dalam pelbagai perkara dan yang paling buat si suami bengang kerana si isteri terlibat dengan ahlong secara sengaja dan terancang.

Segala peninggalan harta yang diwakafkan untuk umum telah disalaguna, diseleweng,  dilelong semata mata untuk membayar hutang sedangkan duit yang dipinjam telah dijoli sakan.

Bukan itu sahaja,  tindakan si isteri boleh diheret ke badan perundangan jika ada pihak lain dapat membuktikannya.

Setelah dinasihati,  bukan sahaja si isteri enggan dengar malah terus menjauhi diri..

Akhirnya si suami mengambil keputusan menceraikan isterinya...

Penceraian menjadikan si isteri lebih bebas dan mengupah semua contactnya untuk memburukkan bekas suaminya hatta A to Z. Tidak ada satu kebaikan pun yang si suami telah buat.

Si isteri mungkin lupa,  satu kesilapan dan keburukan yang telah dibuat oleh bekas suaminya ialah mewariskan pengurusan dan kewangan negara ke atasnya.
ITULAH DOSA DAN KESILAPAN BESAR SI SUAMI TANPA SENGAJA.


Dengan pengaruh kewangannya hampir semua taulan dan sanak saudara menyebelahinya.

Tetapi seluruh taman tempat si isteri tinggal memang tahu perangai buruknya,  malah taman taman lain juga dapat kesan bau hancing si kaki kencing.

Si suami telah mengambil tindakan saman ke atas bekas isterinya.. Kes sedang berjalan...

Si suami (bekas)  juga secara terangan menuduh bekas isterinya curang,  jika tidak benar kenapa bekas isterinya tidak mengambil tindakan undang undang untuk menutup mulut?

Si isteri selepas diceraikan, kahwin baru (nikah belum) kini dikhabarkan perhubungan bergolak kerana pihak ketiga dan keempat yang lebih muda...

Semua di atas adalah cerita separuh akhir,  sudah hampir benar ke final...

Atau anggaplah semua ini adalah rentetan jalan cerita ke arah tumbangnya si isteri secara terhina (?)
Bolehkah pembohongan mengatasi kebenaran (?)

Jikapun si suami tewas, mungkin faktor masa yang singkat...

Masa (sejarah masa depan) juga akan menjadikan dia tetap menang...








# Posisi "si isteri" hendaklah ditukarkan kepada "si suami" jika pembaca(anda) seorang wanita.





No comments:

Post a Comment

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...