Showing posts with label PAS Kedah. Show all posts
Showing posts with label PAS Kedah. Show all posts

Wednesday, July 27, 2011

Copy and Paste Puchong - Kedah lebih membangun, berkebajikan di tangan PAS.

Pusat hiburan bertambah di Kedah

ALOR SETAR 27 Julai – Kewujudan pusat-pusat hiburan yang semakin bertambah di bandar raya ini serta Sungai Petani menimbulkan kehairanan memandangkan kerajaan negeri Kedah ditadbir oleh Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam.
Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, beliau agak terkejut dengan perkembangan yang menunjukkan selain pusat hiburan, rumah urut juga semakin bertambah di negeri.
“Bila saya lalu kawasan Alor Setar dan Sungai Petani, saya nampak dua kawasan ini tidak ubah seperti di Puchong yang penuh dengan pusat hiburan dan rumah urut.
“Perkara seperti ini tidak berlaku semasa zaman Barisan Nasional (BN) memerintah kerana dulu tak banyak pusat hiburan yang wujud,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, sepatutnya kerajaan negeri Kedah yang ditadbir oleh pemimpin Pas perlu menerapkan nilai-nilai Islam di dalam pentadbiran mereka dengan mengawal pembukaan pusat-pusat hiburan baru.
“Dulu mereka (kerajaan Pas) kata nak tutup pusat hiburan sepanjang Ramadan, namun bila ada tekanan oleh DAP, mereka tarik balik pula arahan ini.
“Ini bukan kali pertama mereka buat demikian kerana sebelum ini apabila kerajaan negeri buat sesuatu keputusan bila terima tekanan, mereka akan tarik balik keputusan mereka,” jelasnya.
Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam reaksinya hari ini menafikan pusat-pusat hiburan serta rumah urut semakin banyak dibuka di negeri ini.
“Ada masa pula Mukhriz datang tengok. Kita tak bagi lesen pun untuk buka pusat hiburan dan rumah urut ini.
“Jika ada pun, mungkin pusat hiburan dan rumah urut tersebut beroperasi secara haram,” katanya.

Saturday, July 16, 2011

Kecoh di Kedah - apa kata Mukhriz (UMNO)

Perihal slow down kan hiburan di bulan Ramadhan di Negeri kedah bagi menghormati ugama rasmi Sultan Kedah, Kedah dan Malaysia, Islam nampaknya tidak terkesan kepada DAP malah semakin 'lantang'.  

Kedah akan menjadi contoh bagaimana DAP akan menguasai pemerintahan negara Malaysia jika menang di PRU13 nanti hatta PM nya seroang Melayu samada dari PKR atau PAS tetapi hakikatnya hanya menjadi abdi suruhan dan puppet kepada DAP.  Jika Anwar dan PAS Pusat gagal mempertahankan pendirian PAS Kedah, nyata itulah contoh nasib orang Melayu dan Islam dibumi sendiri akan datang.

Kalau sekadar DAP Kedah bising, mungkin boleh dimaafkan sebab Azizan tidak pernah bercakap lebih tetapi kalau DAP Pusat yang bercakap, perkara ini perlu dirujuk kepada Nik Aziz yang selama ini beria ia menyatakan DAP sudah ditarbiyah oleh PAS, DAP yang didakwa  menjadi babi jinak merupakan satu pembohongan ketara Nik Aziz..


Bagaimana pula dengan UMNO? Mukhriz? Takkan tidak mampu cakap sepatahpun atau memberi komen seperti biasa? setuju ke tidak pendirian Islam PAS Kedah?  Kalau tidak setuju itu tanda sama pendirian dengan DAP, tanda masih ditakok lama, takok tak insaf, tak berubah, takut dan pengecut, kemaruk undi cina.


Kalau bersetuju dengan PAS Kedah, apapula respon parti kompenen BN yang lain, cakap gengster Chua Soi Lek mesti diambilkira, pandangan KJ adalah pandangan negara, Nazri tentu mengamuk di parlimen? Semua ni mesti di ambilkira.


Atau sebenarnya semua pemimpin UMNO diam untuk tidak mendahului pendirian Najib???????????


Yang lebih menarik lagi ialah apapula pendirian PAS Pusat? Setelah mengistiharkan Negara Kebajikan apakah mereka tidak mahu menjaga kebajikan rakan karib mereka DAP??? Agak mustahil untuk PAS Pusat menentang DAP??

Friday, October 23, 2009

EGM PAS - faktor penentu kepada Cikgu Zizan.



Terkini: 25/10/09
PAS Kedah:
Pas tak perlu ada EGM



PAS menjerit perjuangannya berlandaskan Islam meredah global tanpa kaum, untuk semua bangsa dan bahasa...tapi belumpun sempat diberi kuasa penuh memerintah negara PAS kini mempamirkan corak politik sebijik Melayu tanpa ugama - terlalu banyak rupanya Phd di PAS dari UMNO.






Bagaimana mungkin sebuah parti yang maksum dan dijanjikan syurga kepada ahlinya oleh Mursidul Am tiba tiba mempunyai masalah dalaman yang serius dan serabut.






Soal semangat bekerjasama atau musyawarah pula menjadi isu dan halangan. Apakah dalam Islam bermesyuarat dengan kafir (DAP) lebih utama dari bermesyuarat sesama saudara Islam (UMNO) walaupun mungkin ada sedikit perbezaan pendapat.






PAS Selangor sudah kata 'tak kebuloq' dengan EGM dan hampir pasti ialah PAS Terengganu. Soal penentu di dalam PAS sekarang lebih terserah kerapa kredbiliti Cikgu Zizan, PAS Kedah yang nampak lebih stabil dan berwibawa dalam meneraju Kedah setakat ini.






Nik Aziz yang terlalu yakin dan mungkin terlalu didesak oleh Husam pro Anuar sebenarnya mengorek lubang kuburnya sendiri terlebih awal, jika EGM tidak menjadi - di mana Nik Aziz nak letak mukanya...






Andai terjadi pun EGM dan Hadi Awang tetap kekal sebagai Presiden apakah orang seperti Nik Aziz ini akan akur dan berpuashati.. Kalau Nik Aziz mempunyai sikap sedemikian tentunya dia akur bahawa serangan awalnya terhadap Hadi Awang dan Nasharudin sebelum muktamar lepas juga tidak memberi kesan. Perwakilan tetap memilih Hadi Awang sebulat suara dan ayam tambatannya Husam Musa melayang keluar gelanggang dengan libasan Nasharudin. Malah pemimpin PAS Kelantan juga tidak mendapat tempat kerana perwakilan 'jengkel' dengan gaya Nik Aziz.






Cadangan EGM merupakan serangan kedua Nik Aziz terhadap Hadi Awang secara terang dan besar besaran dan ini adalah hidup mati moral dan maruah Nik Aziz yang merasakan PAS adalah Nik Aziz dan Nik Aziz adalah PAS.






Apa pendirian PAS Kedah ..

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...