Friday, October 23, 2009

EGM PAS - faktor penentu kepada Cikgu Zizan.



Terkini: 25/10/09
PAS Kedah:
Pas tak perlu ada EGM



PAS menjerit perjuangannya berlandaskan Islam meredah global tanpa kaum, untuk semua bangsa dan bahasa...tapi belumpun sempat diberi kuasa penuh memerintah negara PAS kini mempamirkan corak politik sebijik Melayu tanpa ugama - terlalu banyak rupanya Phd di PAS dari UMNO.






Bagaimana mungkin sebuah parti yang maksum dan dijanjikan syurga kepada ahlinya oleh Mursidul Am tiba tiba mempunyai masalah dalaman yang serius dan serabut.






Soal semangat bekerjasama atau musyawarah pula menjadi isu dan halangan. Apakah dalam Islam bermesyuarat dengan kafir (DAP) lebih utama dari bermesyuarat sesama saudara Islam (UMNO) walaupun mungkin ada sedikit perbezaan pendapat.






PAS Selangor sudah kata 'tak kebuloq' dengan EGM dan hampir pasti ialah PAS Terengganu. Soal penentu di dalam PAS sekarang lebih terserah kerapa kredbiliti Cikgu Zizan, PAS Kedah yang nampak lebih stabil dan berwibawa dalam meneraju Kedah setakat ini.






Nik Aziz yang terlalu yakin dan mungkin terlalu didesak oleh Husam pro Anuar sebenarnya mengorek lubang kuburnya sendiri terlebih awal, jika EGM tidak menjadi - di mana Nik Aziz nak letak mukanya...






Andai terjadi pun EGM dan Hadi Awang tetap kekal sebagai Presiden apakah orang seperti Nik Aziz ini akan akur dan berpuashati.. Kalau Nik Aziz mempunyai sikap sedemikian tentunya dia akur bahawa serangan awalnya terhadap Hadi Awang dan Nasharudin sebelum muktamar lepas juga tidak memberi kesan. Perwakilan tetap memilih Hadi Awang sebulat suara dan ayam tambatannya Husam Musa melayang keluar gelanggang dengan libasan Nasharudin. Malah pemimpin PAS Kelantan juga tidak mendapat tempat kerana perwakilan 'jengkel' dengan gaya Nik Aziz.






Cadangan EGM merupakan serangan kedua Nik Aziz terhadap Hadi Awang secara terang dan besar besaran dan ini adalah hidup mati moral dan maruah Nik Aziz yang merasakan PAS adalah Nik Aziz dan Nik Aziz adalah PAS.






Apa pendirian PAS Kedah ..

3 comments:

  1. PAS Kedah adalah PAS Kedah.
    Ada Muktamar Khas OK, tak dak pun OK.
    PAS Kedah tetap PAS Kedah.
    Tak akan sekali kali kata "pass" bila mai giliran nak bagi tau pendirian.
    Cuma satu jaa. Sedangkan MCA yang bekelai dulu pun dah buat mesyuawarah, inikan pula PAS. Melainkan dah lupa apaka benda mensyuawarah tu.
    Marah boleh marah, tapi kepala mesti cool.

    ReplyDelete
  2. UMNO pun bermesyuarat dengan MCA/MIC/PBS

    ReplyDelete
  3. Aku nampak biru yang berkarat daa.

    ReplyDelete