Tuesday, November 3, 2009

Asri ditangkap - masih ada kaitan politik


Cerita bekas Mufti Perlis ini walaupun dikatakan tidak bermotifkan politik tetapi ia tetap kembali kepada soal pokok, sikap perangai dan 'politik' Melayu yang cukup suka cari silap dan salah orang Melayu lain walaupun sebesar kuman.

Orang Melayu bab mereka dan membesarkan cerita, memang no1. Zaman dulu orang Melayu mereka pasal 'hantu' memang menakutkan, kalau hantu dengar, hantu sendiri pun takut..

Dulu segala penyakit, segala masalah..akan dikaitkan dengan 'buatan orang' atau hantu, polong dan pelesit.
Sekarang dah canggih, mereka fokus untuk 'politik'kan semua perkara.

Ulamak dengan ulamak, mufti dengan mufti, sultan dengan sultan, ustaz dengan ustaz, ustazah dengan ustazah, tok imam dengan tok imam, bilal dengan bilal, warong dengan warong, korporat dengan korporat, artis dengan artis asalkan mereka semua ini 'Melayu' pasti ada sok sek sok sek...

Ada saja yang tak kena ! dan penyakit 'politik melayu' ini sekarang sudah berjangkit dalam MCA.

2 comments:

  1. Salam Kluang,

    Nak tambah, PKR pun dah sama aje....DAP Parti anak berana aje yang masih steady....Kenapa? Sebab orang-orang yang tak sealiran dah dibuang awal2....Dulu mengata Tun Mahathir, kuku besi. Dia orang ni bari berkuasa dalam parti pun dah macam tu....

    ReplyDelete
  2. kalau sang ulama bergaduh seperti sang singa, siapa akan menjaga anakbuahnya sang biri-biri daripada sang serigala? orang luar pun mentertawa.
    itu yang saya sedih.

    ReplyDelete

MELAYU KENAPA LEMBEK MEMPERTAHAN PERLEMBAGAAN

  Melayu hanya emosi dan melenting dalam isu ranting tetapi lalai dan diam dalam isu cabang dan hak.mutlak.. https://fb.watch/d5mqJNXSXG/