Kelantan rancang beli air Terengganu 5 juta liter sehari
20/04/2011 6:06pm
KOTA BHARU 20 April - Kerajaan Pas Kelantan akan berunding dengan kerajaan Terengganu untuk pembelian lima juta liter air sehari dari daerah Besut untuk disalurkan kepada penduduk di kawasan Semerak di Pasir Puteh.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Kelantan, Mejar (B) Datuk Md. Anizam Abdul Rahman, berkata, langkah itu adalah sebagai satu alternatif mengatasi masalah air yang dihadapi penduduk di Semerak, satu kawasan yang terletak di hujung daerah Pasir Puteh dan bersempadan dengan Besut.
Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini beliau berkata, kos untuk pembelian air berkenaan belum diketahui.
Pada masa ini, syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) mendapatkan bekalan air dari Loji Rawatan Air Merbau Chondong untuk disalurkan ke kawasan Semerak dan juga seluruh daerah Pasir Puteh dan Machang. - Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KEMASKINI
Maaf agak lama tidak kemaskini, sebenarnya semua ok sahaja Ramadhan alhamdulillah..tahun ini agak lebih sempurma terutama di penghujung.. ...

-
PROGRAM USAHAWAN KAMBING PERAP (PUKP EMPIRE) Program ini menawarkan peluang kepada individu yang berminat dan bersemangat dalam industri k...
-
PRK Sungai Kandis, walaupun umno bekerjasama dengan PAS, nyata jumlah undi kepada calon umno tidak mencerminkan sokongan padu dari kedua d...
-
Peluang Keemasan 2025: Jadilah Mobile Stokis Kambing Perap Coop9 – Dana Permulaan Sehingga RM5,000 Disediakan! Setakat 2.00pm 7/3/25 hanya ...
Sblm pembelian di buat dicdangkan pas klantan buat dna ke atas air barisan nasional tganu tu dulu utk pastikan air tganu tu trcemar atau tidak dngan wang haram nanti mati dlm kafir pulak anak buah nik aziz tu.
ReplyDelete