Kelantan rancang beli air Terengganu 5 juta liter sehari
20/04/2011 6:06pm
KOTA BHARU 20 April - Kerajaan Pas Kelantan akan berunding dengan kerajaan Terengganu untuk pembelian lima juta liter air sehari dari daerah Besut untuk disalurkan kepada penduduk di kawasan Semerak di Pasir Puteh.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Kelantan, Mejar (B) Datuk Md. Anizam Abdul Rahman, berkata, langkah itu adalah sebagai satu alternatif mengatasi masalah air yang dihadapi penduduk di Semerak, satu kawasan yang terletak di hujung daerah Pasir Puteh dan bersempadan dengan Besut.
Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini beliau berkata, kos untuk pembelian air berkenaan belum diketahui.
Pada masa ini, syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) mendapatkan bekalan air dari Loji Rawatan Air Merbau Chondong untuk disalurkan ke kawasan Semerak dan juga seluruh daerah Pasir Puteh dan Machang. - Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KESILAPAN LALU
1️⃣ Ramai orang bercakap tentang emas, tetapi tidak semua memiliki emas sebenar. Ada yang aktif mempromosi, berkongsi ilmu, atau berniaga ...
-
Dengar betul²... Tak kira apa bangsa.. Tak kira apa ugama.. Tua atau muda.. Sabah Sarawak atau Semenanjung.. Missi utama buang Naji...
-
Indonesia sudah 5@6 kali tukar Presiden dari parti yang berbeza hinggalah sekarang dengan ratusan juta penduduk ribuan pulau dan ratusa...
-
PAS dan umno elok bersatu kalau nak PH tewas. PAS perlu jaga imej jangan sampai calonnya tewas pada AMANAH. PAS wajar dibubarkan jika AMA...
Sblm pembelian di buat dicdangkan pas klantan buat dna ke atas air barisan nasional tganu tu dulu utk pastikan air tganu tu trcemar atau tidak dngan wang haram nanti mati dlm kafir pulak anak buah nik aziz tu.
ReplyDelete