Saturday, April 30, 2011

UGUTAN ATAU REALITI..



Kecenderungan Najib dan Chua yang mewakili suara BN dalam membuat kenyataan kepada kaum cina BAHAWA MEREKA AKAN KETIADAAN WAKIL KAUM CINA DALAM KABINET JIKA KALAH DALAM PILIHANRAYA AKAN DATANG adalah sesuatu yang sangat di alu alukan, malahan kenyataan ini kalau dibuat awal, selalu diperingatkaan teutama sebelum pilihaanraya Sarawak, pasti kemenangan lebih berpihak dan mudah kepada BN.

'Ugutan' hanyalah satu label untuk menggambarkan BN terdesak tetapi sebenarnya itulah realiti yang harus pengundi cina tahu.

Pembangkang lebih mengugut malah membuat fitnah dan menakut nakutkan rakyat dengan slogan berubah, kerajaaan zalim, felda bangkrap, hitler dan banyak lagi tuduhan tangkap muat dan melulu memuaskan cita cita rakus mereka.

Najib dan Chua mahu rakyat kaum cina tidak terpengaruh dengan ugutan dan janji manis pembangkang. Kaum cina sekadar diingatkan 'jangan yang dikejar (DAP) tak dapat (memerintah), yang dikendung (MCA) kecicran (hilang kabinet).

Orang Melayu majoritinya terasa terhibur, lega dan puashati di atas terusterang Najib. Politik hari ini memerlukan ketegasan dan tembakan yang tepat, tak perlu lagi berdolak dalik dan banyak pencak silat.

Tengok pada Anwaar Ibrahim, apa yang dia dapat apabila terlalu berdalih, bermain kata dan menuduh BN berbagai dan bermacam hingga terlupa satu jari menunding, 3 jari lagi menunding pada diri sendiri senjata sudah nak makan tuan.

Hasrat Najib melihat PAS keluar Pakatan lebih kepada mewakili suara hati sebahagian pemimpin PAS itu sendiri dan itu adalah titik mula untuk kepimpinan PAS mendekati UMNO apabila dijemput dengan hormat oleh PM.

Bagi kaum cina, mungkin sudah sampai masanya juga untuk mengadakan satu lagi parti kaum cina yang berorientasikan perniagaan untuk menawan kaum cina dan duduk bersama BN sebagai pengganti MCA. DAP pula akan kekal mewakili cina bukit yang tebal perkauman dan ingin hidup dalam kepompong mereka sendiri.

1 comment:

  1. mungkin Umno boleh tendang MCA dan menjemput DAP sebagai rakan BN yang baru, barulah sokongan kaum cina akan kembali kepada BN. MCA dan DAP sama saja sebab kedua-duanya menolak negara Islam.

    ReplyDelete

6ANGKA