Bukan sebulan, bukan setahun tapi dah 20 tahun, UMNO Kelantan cakap tak serupa bikin...dengan segela kemungkaran dan kelemahan PAS, Kelantan masih belum dapat ditawan, itu sekadar menggambarkan UMNO Kelantan lebih teruk dari PAS Kelantan dan masih terus ditolak oleh rakyat...
( Ultraman kalau dah boleh terbang kenapa perlu berbasikal... ) 
KOTA BHARU 22 Okt. - UMNO Kelantan bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada bila-bila masa sahaja.
Ketua Penerangannya, Datuk Dali Hussin berkata, jentera parti  sentiasa menjalankan kerja-kerja berkaitan pilihan raya dan dalam  keadaan bersiap sedia bagi menghadapi PRU-13.
"UMNO Kelantan mempunyai barisan atau jentera parti yang cukup mantap  dan sentiasa bersedia bagi menghadapi pilihan raya, kerana kerja-kerja  ini (kerja pilihan raya) dilaksanakan tanpa musim, cuma tidak didedahkan  sahaja.
"Kita sentiasa komited bekerja untuk parti hingga ke akar umbi bukan  saja bila saat menjelang pilihan raya," katanya semasa ditemui pada  majlis kesyukuran di kediamannya di sini, semalam.
Menjawab soalan mengenai peluang UMNO merampas Kelantan berikutan  beberapa isu rakyat yang gagal diselesaikan oleh kerajaan Pas, beliau  berkata, UMNO sememangnya mempunyai kekuatan tersendiri.
"Sasaran kita memang untuk rampas semula Kelantan," katanya ringkas.
Teka-teki PRU-13 begitu rancak diperkatakan orang ramai sejak  kebelakangan ini dengan andaian ia adakan diadakan dalam tempoh terdekat  walaupun tarikh akhir pembubaran kerajaan ialah pada April 2013.
Dalam pada itu, Dali menasihatkan semua pemimpin politik di negeri  ini supaya mengelakkan sebarang perselisihan faham kerana ia hanya  merugikan parti.
"Apa yang penting dan perlu ditumpukan ialah gerakan kita untuk  menyelami atau memahami aspirasi rakyat ke akar umbi," katanya - Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terkini dan kini
P ENGUMUMAN RASMI 30 Oktober 2025 Ahli Yang Dihargai, Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan kecekapan, kete...
- 
Sangat pelik dan terlalu pelik kalau terus langsung dianggap dan dijamin najib selamat dan pasti menang di Pekan (?) Apakah kita menidakan...
- 
Memang le berok² ni terkejut sebab selalu diberi dedak..disuap. dicucuk hidung Apakah menderma untuk tabung bagi tujuan membayar huta...
- 
Kepada ahli UMNO, sejauhmanakah di masa sekarang penerimaan parti anda di kalangan rakyat. Jawablah dengan jujur. Bolehkah parti ini sur...

 
 
 
No comments:
Post a Comment