NAJIB GAGAL - Mahathir
Ungkapan kata ini diluahkan oleh Mantan Perdana Menteri dan Mantan
Presiden UMNO dalam satu sesi dialog bersama NGO Kelab Che Det
(26/7/2013) di Yayasan Kepimpinan Perdana.
"Kalau pemimpin bersin pun ahli UMNO akan tepuk tangan."
"Mereka akan sokong tanpa bersoal jawab lagi apa sahaja yang dilakukan
oleh pemimpin UMNO walaupun yang dilakukan itu merosakkan parti."
"Ahli UMNO sudah tidak berkualiti lagi, apa tidaknya jika ramai orang
yang berpendidikan tinggi dan berpelajaran dihalang masuk ke dalam
UMNO."
"Jika ketua bahagian itu guru besar misalnya, dia akan cuba halang orang
yang kedudukan taraf dan pangkat yang lebih tinggi dari masuk menjadi
ahli ke dalam bahagiannya, jika orang itu guru biasa barulah diluluskan,
begitu seterusnya cikgu pula enggan orang yang lebih berpendidikan
darinya untuk masuk, lama-lama yang ada orang yang tiada kualiti dan
pendidikan, nak cari calon jadi menteri pun tak ada kerana yang sedia
ada semua nya tidak berkelayakan."
"Orang-orang yang dihalang masuk ini akan kemudiannya masuk ke dalam
parti lawan dan bersaing dengan pemimpin UMNO ini, itu sebabnya retired
general, pensyarah semua masuk ke dalam parti lawan."
"Dulu waktu saya jadi Presiden, MT UMNO berdebat sampai pukul 4 pagi,
isu Musa Hitam didebatkan, malah mereka berhujah sehingga saya akur dan
keputusan yang berpihak kepada Musa Hitam dengan kehendak Majlis mahu
menghantar wakil memujuk Musa."
"Kerosakan UMNO bermula dari waktu Pak Lah menjadi pemimpin UMNO, dan kemudian DS Najib gagal memperbetulkannya, malah keadaan bertambah buruk."
"Akibat perpecahan perpecahan Melayu orang
cina menjadi penentu kuasa malah kemungkinan kita akan dapat Perdana
Menteri Melayu yang ikut telunjuk cina, ini sudah pun berlaku sekarang."
"Lihat sahaja isu EC yang diserah kepada Parlimen, ini semua tanda
tunduk kepada desakan kerana kedudukan kita tidak begitu kuat, begitu
juga lah dengan ISA dan isu keselamatan, ini semua sebab pemimpin nak
jaga hati lawan."
"DS Najib nak jadi “BRAND” dan juga cogan “1Malaysia” kerana difikirkan nama UMNO sudah tidak bagus lagi."
"1 Malaysia tidak dijelaskan dengan betul,
ia bermaksud lain pada pihak lain. Pada orang cina ia bermaksud semua
sudah sama Melayu dan cina, pada orang Melayu ia bermaksud tiada lagi
sekolah cina dan sebagainya."
"Keadaan bertambah buruk dengan memiliki
penasihat yang tidak faham politik dan sensitiviti, tapi malangnya
merekalah yang di dengar oleh pemimpin."
"Pemuda UMNO sekarang tidak semacam dulu.
Ini amat ketara kerana Pemuda UMNO ada agenda dan kepentingan sendiri
dan bukan pemankin kepada penentu kuasa orang Melayu. Nak kira 700 undi
pun makan masa 8 jam."
"Kita kini dalam keadaan yang cukup bahaya."
"Saya didatangi oleh pelbagai pihak dan
pertubuhan Melayu yang mengadu mereka tidak selesa dengan pentadbiran DS
Najib, malah ada diantaranya mencadangkan DS Najib dilanggar."
"Banyak pihak yang berjumpa dengan saya
merasakan Melayu tersisih kerana DS Najib terlalu tumpu mahu menarik
perhatian pihak yang tidak menyokongnya terutamanya orang cina. Malah
mereka ini sangat dilayan dengan istemewa berbanding dengan orang Melayu
yang menyokongnya."
"Walaupun DS Najib naik atas tiket Melayu tapi amat malang dia masih menumpu kepada bukan Melayu untuk dilayan."
"Tentu sekali pemimpin UMNO bukan jenis
yang berkata benar kepada DS Najib akan keadaan dibawah kerana mereka
seperti dikata bukan lagi ahli yang berkualiti selain hanya mahu
mengampu dan memberi kabaran baik sahaja."
"Apa yang kita ada harus berkongsi bersama mereka, tapi apa yang puak itu ada tidak pernah dikongsi bersama orang Melayu."
"Kini GLC dan beberapa perkara lain harus ada peruntukan untuk orang bukan Melayu, sedang itu sahaja yang Melayu ada."
"Adakah sebarang kontrak orang cina akan serah kepada Melayu? Orang
Melayu yang dapat tender dan kontrak akhirnya akan sub kepada bukan
Melayu juga, tapi malangnya apa yang dapat kepada orang cina tidak
pernah dapat kepada orang Melayu."
"Orang Melayu undi Najib bukan kerana suka
kepadanya, tapi kerana takut kepada Anwar dan Lim Kit Siang dan apa yang
akan dibawa oleh keduanya, lalu ketakutan mereka diterjemah kepada undi
kepada UMNO dan DS Najib."
"BR1M akan menjadi masalah jika satu ketika nanti rakyat sudah terbiasa
dengan pemberian sebegini, dan keadaan akan jadi buruk apabila tidak
lagi dapat memberinya."
"Saya Ultra Malay tapi orang cina tahu dan kenal cara saya dan mereka
undi saya, ada caranya untuk memikat hati mereka, pendekatan DS
Najib tidak betul dengan sentiasa menghulurkan wang, mereka akan ambil
tetapi belum tentu mengundi. Himpunan besar besaran tidak menentukan
sokongan orang cina."
"Saya akan terus bersuara untuk Bumiputera dan Melayu, jika mereka kata saya rasis, ya saya akan kata saya rasis."