Sunday, July 28, 2013

SANGAT PENTING WALAUPUN AKU TERPAKSA COPY AND PASTE..

NAJIB GAGAL - Mahathir

Ungkapan kata ini diluahkan oleh Mantan Perdana Menteri dan Mantan Presiden UMNO dalam satu sesi dialog bersama NGO Kelab Che Det (26/7/2013) di Yayasan Kepimpinan Perdana.
"Kalau pemimpin bersin pun ahli UMNO akan tepuk tangan."
"Mereka akan sokong tanpa bersoal jawab lagi apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin UMNO walaupun yang dilakukan itu merosakkan parti."
"Ahli UMNO sudah tidak berkualiti lagi, apa tidaknya jika ramai orang yang berpendidikan tinggi dan berpelajaran dihalang masuk ke dalam UMNO."
"Jika ketua bahagian itu guru besar misalnya, dia akan cuba halang orang yang kedudukan taraf dan pangkat yang lebih tinggi dari masuk menjadi ahli ke dalam bahagiannya, jika orang itu guru biasa barulah diluluskan, begitu seterusnya cikgu pula enggan orang yang lebih berpendidikan darinya untuk masuk, lama-lama yang ada orang yang tiada kualiti dan pendidikan, nak cari calon jadi menteri pun tak ada kerana yang sedia ada semua nya tidak berkelayakan."
"Orang-orang yang dihalang masuk ini akan kemudiannya masuk ke dalam parti lawan dan bersaing dengan pemimpin UMNO ini, itu sebabnya retired general, pensyarah semua masuk ke dalam parti lawan."
"Dulu waktu saya jadi Presiden, MT UMNO berdebat sampai pukul 4 pagi, isu Musa Hitam didebatkan, malah mereka berhujah sehingga saya akur dan keputusan yang berpihak kepada Musa Hitam dengan kehendak Majlis mahu menghantar wakil memujuk Musa."
"Kerosakan UMNO bermula dari waktu Pak Lah menjadi pemimpin UMNO, dan kemudian DS Najib gagal memperbetulkannya, malah keadaan bertambah buruk."
"Akibat perpecahan perpecahan Melayu orang cina menjadi penentu kuasa malah kemungkinan kita akan dapat Perdana Menteri Melayu yang ikut telunjuk cina, ini sudah pun berlaku sekarang."
"Lihat sahaja isu EC yang diserah kepada Parlimen, ini semua tanda tunduk kepada desakan kerana kedudukan kita tidak  begitu kuat, begitu juga lah dengan ISA dan isu keselamatan, ini semua sebab pemimpin nak jaga hati lawan."
"DS Najib nak jadi “BRAND” dan juga cogan “1Malaysia” kerana difikirkan nama UMNO sudah tidak bagus lagi."
"1 Malaysia tidak dijelaskan dengan betul, ia bermaksud lain pada pihak lain. Pada orang cina ia bermaksud semua sudah sama Melayu dan cina, pada orang Melayu ia bermaksud tiada lagi sekolah cina dan sebagainya."
"Keadaan bertambah buruk dengan memiliki penasihat yang tidak faham politik dan sensitiviti, tapi malangnya merekalah yang di dengar oleh pemimpin."
"Pemuda UMNO sekarang tidak semacam dulu. Ini amat ketara kerana Pemuda UMNO ada agenda dan kepentingan sendiri dan bukan pemankin kepada penentu kuasa orang Melayu. Nak kira 700 undi pun makan masa 8 jam."
"Kita kini dalam keadaan yang cukup bahaya."
"Saya didatangi oleh pelbagai pihak dan pertubuhan Melayu yang mengadu mereka tidak selesa dengan pentadbiran DS Najib, malah ada diantaranya mencadangkan DS Najib dilanggar."
"Banyak pihak yang berjumpa dengan saya merasakan Melayu tersisih kerana DS Najib terlalu tumpu mahu menarik perhatian pihak yang tidak menyokongnya terutamanya orang cina. Malah mereka ini sangat dilayan dengan istemewa berbanding dengan orang Melayu yang menyokongnya."
"Walaupun DS Najib naik atas tiket Melayu tapi amat malang dia masih menumpu kepada bukan Melayu untuk dilayan."
"Tentu sekali pemimpin UMNO bukan jenis yang berkata benar kepada DS Najib akan keadaan dibawah kerana mereka seperti dikata bukan lagi ahli yang berkualiti selain hanya mahu mengampu dan memberi kabaran baik sahaja."
"Apa yang kita ada harus berkongsi bersama mereka, tapi apa yang puak itu ada tidak pernah dikongsi bersama orang Melayu."
"Kini GLC dan beberapa perkara lain harus ada peruntukan untuk orang bukan Melayu, sedang itu sahaja yang Melayu ada."
"Adakah sebarang kontrak orang cina akan serah kepada Melayu? Orang Melayu yang dapat tender dan kontrak akhirnya akan sub kepada bukan Melayu juga, tapi malangnya apa yang dapat kepada orang cina tidak pernah dapat kepada orang Melayu."
"Orang Melayu undi Najib bukan kerana suka kepadanya, tapi kerana takut kepada Anwar dan Lim Kit Siang dan apa yang akan dibawa oleh keduanya, lalu ketakutan mereka diterjemah kepada undi kepada UMNO dan DS Najib."
"BR1M akan menjadi masalah jika satu ketika nanti rakyat sudah terbiasa dengan pemberian sebegini, dan keadaan akan jadi buruk apabila tidak lagi dapat memberinya."
"Saya Ultra Malay tapi orang cina tahu dan kenal cara saya dan mereka undi saya, ada caranya untuk memikat hati mereka, pendekatan DS Najib tidak betul dengan sentiasa menghulurkan wang, mereka akan ambil tetapi belum tentu mengundi. Himpunan besar besaran tidak menentukan sokongan orang cina."
"Saya akan terus bersuara untuk Bumiputera dan Melayu, jika mereka kata saya rasis, ya saya akan kata saya rasis."

No comments:

Post a Comment

6ANGKA