Wednesday, November 16, 2016

SECEBIS KISAH UNTUK DICEMUH SEBAB BUKAN KENA BATANG HIDUNG SENDIRI

Mohaludin Mansor:
SUAMI DI PENJARA KERANA KAPUR KASUT ANAK.

Kelmarin seorang wanita ini yg mendokong anak,berpeluh mercik dimuka berdiri dipintu rumah saya.
Katanya,"Cikgu,saya datang nak minta tolong.Saya dah pergi ke kebajikan masyarakat,mereka suruh datang minta pada cikgu sebelum permohonan saya diluluskan.Suami saya masuk penjara."Dia terhenti, sebak dan teresak.Bila saya bertanya sebabnya, dalam teresak berkata,"Dia ambik duit toke seratus ringgit.Anak minta beli kapur kasut,dia minta pinjam pada toke,dia tak bagi.Kena penjara 5 bulan."Mungkin anak ditegur oleh guru kerana kasut tidak berkapur,tidak kelihatan bersih,itu yg membuat ayahnya serba salah dan mengambil tindakan yg salah.

Bila saya bertanya samada suami penagih,dia mengatakan tidak,bahkan tak merokok.Anak 3 orang yg kecik 1 tahun masih menyusu badan dan perlu nestum,seorang lagi di tadika dan yg sulong darjah 2 di SK Berapit.

"Cikgu saya nak minta nestum untuk anak dan pampers,jika boleh beras dengan telor cukuplah untuk kami makan sementara tunggu suami keluar penjara.Saya nak kerja tak boleh kerana anak tak ada siapa boleh urus."Giliran saya pula yg kena kesat air mata.Pengalaman mengajar saya bahawa jika yg datang meminta makan,apalagi bila yg diminta hanya beras dan telor,demi Allah dia berkata benar.

Saya dah hantar keperluannya dg wang sedekah jariah rakan fb saya. Saya mohon kpd mereka yg membaca status ini mungkin boleh menjengok keluarga ini Amidah Mohd Nor,297C Kg Padang Buluh, Tikam Batu,Kedah.Tel 01118665691 Masuk ikut balai bomba Tikam Batu,terus kehujung jalan ada deretan rumah sebelah kanan,rumah warna hijau.

Saya akan terus bantu keluarga ini dg wang projek sedekah jariah rakan fb saya,jika anda nak menyumbang, bank in saja akaun biasa 55741xxxxxxx maybank, jika berlebihan akan diguna untuk sedekah kpd yg lain pula.Tolong jangan beri duit kpd saya khusus utk keluarga ini kerana saya lebih suka bertindak atas jamaah,bukan utk kepentingan seorang.abdghaniharon

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1298764583477051&id=100000305641912

# Semoga ada dermawan samada baju kuning atau baju merah mampu membantu keluarga ini.

1 comment:

SATUS QM TERKINI

  Sejak Disember 2023 agak kecoh di medsos dan berlarutan hingga sekarang. Masing masing yang peka berkenaan perkembangan QM mungkin tidak p...