Jangan minta apa-apa kalau tak sokong BN - Najib
Kenyataan Datuk Seri Najib Razak awal hari ini mengingatkan masyarakat Cina tidak membuat tuntutan kepada kerajaan sekiranya mereka tidak menyokong Barisan Nasional (BN) menerima kritikan hebat pemimpin pembangkang, ahli akademik dan pengguna Internet.
Mereka berkata, sebagai perdana menteri bagi sebuah negara, Najib seharusnya mewakili semua rakyat Malaysia dan mendengar permintaan semua pihak, baik yang menyokong partinya mahupun yang menentang.
Pengguna media sosial pula, sesetengahnya melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Najib yang dibuat semasa berucap di Perhimpunan Agung MCA itu, mengatakan beliau sendiri tidak berpegang kepada slogan 1Malaysia yang diilhamkan nya. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menulis di dalam akaun Twitternya: "Masih terus dgn nada angkuh..."
Manakala, pengerusi DAP Selangor Tony Pua menulis di status Facebook: "Memandangkan kami tidak menyokong kerajaan BN dan Najib tidak mahu dengar permintaan kami, mungkin dia tak perlu kutip cukai dari kami juga?" Naib Presiden PKR Tian Chua menyifatkan ucapan Najib itu satu kesilapan besar dan tidak seharusnya dibuat oleh seorang perdana menteri.
"Dia lupa yang dia selalu berkata dengan bangga yang 'saya akan menjadi perdana menteri untuk semua. 'Sekarang dia bercakap sebagai seorang perdana menteri yang berpihak kepada satu kumpulan," katanya sambil mengharapkan agar Najib menarik balik kenyataannya.
Setiausaha DAP Anthony Loke bertanya adakah Najib sedar yang konsep utama demokrasi ialah memberi hak kepada rakyat memilih pemimpin mereka melalui proses pilihan raya. "Oleh itu, menjadi tanggungjawab parti yang membentuk kerajaan mentadbir negaranya selepas pilihan raya dan berkhidmat kepada semua rakyat tanpa berdendam terhadap sesiapa yang tidak menyokongnya," katanya.
Felo Institut Pulau Pinang Dr Wong Chin Huat, berkata kenyataan Najib itu menunjukkan beliau melihat dirinya hanya sebagai perdana menteri kepada 47% rakyat Malaysia.
"Kalau sesuatu komuniti atau individu terpaksa melepaskan hak mereka sebelum boleh membuat tuntutan yang sah kepada kerajaan, maka mereka patut lepaskan tanggungjawab untuk membayar cukai.
"Lagipun, menjadi kerajaan ialah tentang mengutip cukai dan membekalkan perkhidmatan. Membekalkan perkhidmatan tanpa mengutip cukai ialah kerja amal. Dan mengutip cukai tanpa membekalkan perkhidmatan ialah rompakan," katanya.
Dr Lim Teck Ghee dari Centre for Policy Initiatives (CPI) berkata Najib nampaknya tidak belajar dari kesilapan lalu apabila membuat sesuatu kenyataan yang kasar. "Beliau selalu berkata begitu kepada masyarakat Cina, dan ia tak pernah berkesan.
Beliau sebenarnya lebih memburukkan lagi keadaan bagi MCA apabila dengan kasar berkata, kalau kamu tak undi kami, kami tak akan jaga kamu." Katanya, mengeluarkan kenyataan begitu di khalayak ramai sama seperti satu ugutan politik, dan ia berkemungkinan besar akan memakan dirinya sendiri.
Antara pengguna media sosial yang memberi komen di portal The Malaysian Insider ialah seorang yang menamakan dirinya Going_bananas, mengucapkan terima kasih kepada Najib kerana mengaku BN tidak berlaku adil terhadap masyarakat Cina. "Anda sepatutnya seorang PM sebuah negara berbilang etnik.
Anda sepatutnya adil kepada semua, bukan hanya kepada penyokong anda sahaja," katanya sambil menambah ucapan Najib itu hanya akan menggalakkan kewujudan lebih ramai orang seperti Datuk Ipahim Ali yang tanpa segan silu menyerang orang bukan Melayu.
Seorang lagi pembaca D1_Only menulis: "Betulkah ini, Najib? Bukankah kita tinggal di negara demokrasi?" dan beyondthefence mengatakan: "Saya rasa sepatutnya beliau kata, jangan harap orang Cina akan sokong BN sekiranya BN tidak memperbaiki dirinya."
Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai pada satu sidang media menyalahkan portal berita kerana 'memutarbelit' ucapan Najib dan memberi imej negatif terhadap kerajaan.
Beliau menafikan laporan awal hari ini dan mengatakan Najib hanya melahirkan harapan agar komuniti Cina menyokong BN dan bukan Pakatan Rakyat.
Dok teropong,dok selongkar UMNO je ke. Tak selongkar DAP ke, DAP ada banyak agenda tersembunyi...... selongkar le.
ReplyDeleteKena bagi perhatian dan penghormatan terakhir untuk parti yang akaan kecundang..
DeleteKena belajar apa kesilapannya hingga runtuh menyembah bumi.
kd 2:43. izinkan saya layan sedikit bersabit statement awak
Deletesejak dahulu sehingga kini bukan tiada ombak dan arus kuat melanda umno namun umno tetap juga wujud dan bertambah kuat
sejak dahulu umno sudah bertukar ganti pemimpin, ada yang letak jawatan,ada yang keluar parti dan sebagainya namun umno tetap juga wujud, malah semakin kuat
namun jika dibandingkan dengan parti2 utama pembangkang, dap yang sekarang ketuanya masih juga ketua yang dahulu, seumur hidup kot.
pkr, apa entah akan berlaku jika anwar ibrahim telah tiada, adakah pkr akan terus wujud? Allah sahaja yang tahu, kita manusia hanya boleh meneka bahawa pkr adalah anwar dan anwar adalah pkr, so paham2 ajelah
pribumi? wujud kerana kemarahan mahathir kepada pimpinan umno dan kerajaan, sayangnya mahathir bertindak menubuhkan parti pribumi ketika umurnya sudah melebihi 90 tahun. andaikan mahathir masih boleh hidup 50 tahun lagi (rekod dunia beb)adakah beliau masih boleh berpolitik sehingga saat itu. lalu jika beliau terlalu uzur adakah pribumi masih boleh beraksi lagi? kita hanya mampu meneka sebab semuanya Allah yang MAHA tahu.
dari kenyataan di atas, rasanya parti mana yang akan kecundang menyembah bumi lebih awal kd? janganlah perasaan ego, riak dan marah menutup ruang akal untuk berfikir. awak kutuk2 umno dalam blog awak, bukan bertambahpun penyokong pribumi. tak bergegarpun umno. mungkin awak boleh menikmati keseronokan kerana dapat melampiaskan nafsu kesumat dan dendam awak pada umno semata-mata, tak lebih daripada itu.
Apa pun aku sokong kenyataan dato najib tu
DeleteMcm masa bulan puasa siapa puasa dia dapat ganjaran
So tak buat kerja takkan nak bayar gaji
Kd kau nak ker kalau staff kau mengangkang jer depat computer main game tapi kau kena bayar gaji penuh siap dengan bonus dan kenaikan gaji setiap tahun.
Tentu tak kan. Mesti kau pecat terus kan
Mcm tunler juga kalau dah sibuk menyokong penyesat dan pengkhianat yang asyik nak merobohkan ekonomi negara siap nak rampas negara guna kuasa asing tapi sibuk nak kerajaan bantu dia ada otak ker tK tu
Kalau begitu..yg sokong tak perlu bayar tax dan gst...
DeleteAmacam?
Jgn jadi bodoh lerrr.... Kata banggang kau marah. Gst dan tax tu adalah sumbangan kita pada negara .
DeleteKau cakap pasal tax ni kau bayar ker ....
Puak pembbanggang ni selalu cakap mcm pandai mcm bagus tapi benda simple tu pun tak boleh fikir.
Kerajaan menyediakan berbagai infrastruktur untuk dinikmati.
Dlm Islam pun digalakkan bantu membantu so cukai pendapatan tu umpama yg berkemampuan membantu kerajaan dan kerajaan membantu golongan susah ini dgn memberikan BRIM.
Benda mcm ni pun tak boleh fikir ke....
relax bro cencaluk. tak payah goyang dgn statement penyokong pambangkang sebegitu. ada satu kajian oleh pakar psikologi bahawa hampir 40% penduduk negara ini ada masalah mental. mungkin mereka berada dalam kategori tersebut. jadi daripada kita marah mereka lebih baik kita simpati dengan nasib mereka.
DeleteTak beri perhatian kat parti yang akan menghancur lebur bangsa Melayu ke..... DAP.....tapi dah termakan banyak sangat dedak DAP yg di import dari negara China nak buat macam mana kan!!!
ReplyDeleteDAP lagi parti haprak hawau musibat. kat melaka ni siapa tak tau merrka lebih cenderung membantu bangsa mereka sahaja,
ReplyDeleteKaum lain tak pula dibantu malam ditindas.
Tu si samsul pendek hanya hadir ke majlis penyokong PKR sahaja ada diaorang bantu rakyat lain tak.....
Jangan nak mengata orang tapi pandang dulu diri sendiri.
Kalau ya pun nak meruntuhkan UMNO lihat dulu selama kau hidup KD dari Lahir sampai ler dah setengah abad ni kau menyakau jer semua kemudahan yang kerajaan
Aku tak paham MELAYU LIBRAL sekarang memang dah tak ingat lagi dosa pahala.
SEMUA NI LER YANG DI PANGGIL ANAK2 DAJAL YANG AKAN MENYESATKAN MANUSIA
MESA KECIK NGAPA TAK MAK KAU ORANG SUMBAT JER DALAM MESIN BASUH BAGI BERSIH SIKIT OTAK TU.
Najib mencuri salahkan DAP?
DeleteAnon 05.00 AM...hang ni baru keluar gua ke....asyik dok cerita pasal Umno zaman dauhulu kala.... Umno zaman tok cha tonggek!!....Umno zaman tu memanglah kuat sebab pemimpinnya jujur dan ikhlas....tetapi cuba kau tengok pula pemimpin Umno zaman sekarang ni ,sama ke dengan yang dauhulu tu??....
ReplyDeleteBercakap tu biarlah realiti jangan dok fantasi memanjang ....kalau kamu tertidor aku harap kamu bangunlah dan kamu lihatlah sekeliling apakah yang sebenar2nya telah berlaku ??...
..jom kempan BERAMBUS SINGAPORK@DAP. ..
ReplyDelete....kempen sudah bermula dan sambutan hangat.. panas... ayuh malaysia tindak balas pada pensabotaj ekonomi malaysia melalui barua dan anjing SINGAPURA@DAP......
AMOS LEE REMAJA SINGAPURA
KETURUNAN CINA DAPAT SUAKA
SEMATA MATA KRITIK PERDANA MENTERINYA
KAUM MELAYU SINGAPURA HANYA KLAS DUA
Citer banyak pulak
.... BERAMBUS SINGAPORK@DAP....
Syabas Anon 4.05 am dan Cencaluk.
ReplyDeleteSampai masanya kita sanggah apa saja yg diceritakan oleh manusia yang berpenyakit rohani iaitu hasad dengki iri hati busuk hati. Tak pernah sedar diri hidup dibumi Malaysia ini sudah berpuluh tahun, macam2 kemakmuran dikecapi tapi tak pernah bersyukur. Tak pernah kebuluran, tidak ada peperangan, tidak ada bencana alam dahsyat. Asyik memburuk2kan negara sendiri sahaja, lain tiada. Ayoh yang lain2 yg sehingga sekarang asyik membaca saja, sampai masanya kamu perkatakan sesuatu.
Kita sanggah PKR, PAN, BERSATU dan DAP habis habisan.
Hasad dengki konon..
DeleteKorang tu tak ingat dosa ke bersubahat menyokong pemimpin kleptokrat? Korang fikir orang2 nonpartisan mcm kami ni peduli sangat ke politik kepartian korang?
Kalau dah bangang (najib yang cakap ye)...dapat dedak seratus dua ratus pun dah seronok ye tak?
Hoi... Tolol kau yg banggang siapa yang kleptokrat disini najib atau TUN aku hormat tun tapi sejak kebelakangan ni melihatkan tindakan TUN aku dah boleh agak langkah sumbang TUN.
DeleteTUn begitu beriltizam menaikkan anaknya hanya untuk memastikan kuasa masih dipegang oleh dinastinya.
Kuasa amat penting pada tun walaupun tun tiada nanti bagi memastikan proksinya dapat diikat tengkok dan tidak berpaling tadah.
Kamu semua fikirlah seandainya Keluarga TUN kelak hilang kuasa di MALAYSIA mahukah semua proksinya memulangkan semua harta2nya.
So jadilah seperti kes datuk bahari yang isterinya abg iparnya enggan memulangkan harta yang diberikan utk dijaga.
Ingat tanpa kuasa TUN takkan dapat menuntut hartanya dari proksi atau sanggupkah TUN membawa kes ke Mahkamah...
Satu skrip yang mudah dibaca
Berapa kerat Melayu yang tahu maksud kleptokrat...... kami pun peduli apa dg kamu.
ReplyDeleteSebab pemakan dedak macam kamu mana reti halal haram..kan? Syok tak bagi anak2 makan dedak haram? Hehe
DeleteNAJIB MAHU AKTIVIS MEDIA SOSIAL PRO BN DALAM MODE ATTACK
ReplyDeleteKUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sudah tiba masanya aktivis media sosial pro kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menyerang musuh-musuh di alam maya dalam usaha mempertahankan kerajaan dan membantu mengekalkan BN di Putrajaya.
Perdana Menteri yang berkeyakinan dengan peranan yang dimainkan oleh para aktivis itu untuk kerajaan BN, mahu mereka juga melihat diri sendiri sebagai pejuang nasionalis dalam perjuangan di medan perang yang baharu.
"Kita sudah lama berada dalam 'defensive mode' (mod bertahan). Cukuplah. Kini tibalah masa untuk menyerang!" katanya menerusi blog najibrazak.com bertajuk 'Himpunan Aktivitis Media Sosial 2017.'
Najib berkata medan perang pada hari ini, misalnya dalam pilihan raya, sudah berubah dan tidak dalam bentuk fizikal atau face to face (bersemuka), tetapi alam maya atau ruang siber adalah medan perang yang baharu.
Beliau memberi contoh dalam dua pilihan raya umum yang lalu apabila kerajaan BN terdedah kepada serangan tanpa ada bala tentera yang boleh menangkis serangan itu, namun hari ini sudah ramai aktivis media sosial sebagai panglima alam maya yang setia dan tetap percaya dengan perjuangan dan dasar kerajaan BN.
Perdana Menteri bagaimanapun mengingatkan para aktivis media sosial itu supaya berpegang kepada tiga prinsip asas untuk perjuangan bersama itu.
Pertama ialah mereka perlu mengelakkan pertelagahan sesama sendiri dan komited kepada perjuangan bersama untuk menegakkan kerajaan BN dan yang keduanya ialah memperluaskan rangkaian alam maya agar mesej yang disampaikan kepada rakyat dapat disebarluaskan dengan lebih berkesan.
Prinsip ketiga ialah mereka perlu belajar daripada apa yang berlaku dalam pilihan raya umum terdahulu.
"Kita mesti tangkas dalam respons dan tidak terperangkap, sepertimana yang berlaku pada hari mengundi dalam PRU ke-13 di mana pembangkang telah menyebarkan berita palsu kononnya kita membawa masuk pengundi Bangladesh untuk mengundi, bahawa kononnya kita mewujudkan keadaan 'blackout' di tempat tertentu untuk memanipulasi undi.
"Cerita ini semua langsung tidak masuk akal, tetapi ramai terpedaya dengan berita ini yang sedikit sebanyak membawa kesan kepada pengundi dan pilihan raya itu sendiri," katanya.
Najib menjangka pembangkang akan kembali menggunakan taktik kotor serupa dengan melontarkan sesuatu yang tidak terfikir untuk membuatkan orang marah dan benci pada kerajaan BN kerana mereka berpegang kepada satu prinsip sahaja iaitu 'If you cannot convince them, confuse them' (jika anda tidak dapat meyakinkan mereka, kelirukan mereka).
Taktik kotor pembangkang, katanya amat jelas iaitu jika mereka tidak dapat meyakinkan pengundi untuk mempercayai janji-janji kosong atau kata-kata manis mereka, modus operandi mereka adalah untuk mengelirukan rakyat agar menimbulkan ketidakpercayaan serta kemarahan terhadap kerajaan BN.
Perdana Menteri menyifatkan aktivis media sosial pro kerajaan BN sebagai panglima di alam maya yang setia mempertahankan dasar kerajaan BN, mempertahankan maruah parti dan membidas segala pembohongan yang giat dipermainkan oleh pembangkang sejak sekian lama.
"Insya-Allah, dengan semangat juang dan kesepaduan sesama kita, kita mampu peroleh kejayaan besar dalam PRU 14, dan Putrajaya akan kekal milik Barisan Nasional! katanya.
-- BERNAMA
Dalam perjumpaan tersebut setiap cyber trooper umno dihadiahkan samsung bernilai RM1950 untuk tujuan "serang pembangkang"
DeleteDedak dlm bentuk hp
Mode serangan ke atas pembangkang terpaksa di gerakan bukan sahaja untuk persediaan pilihanraya tetapi bertujuan mengelak cyber trooper melakukan kebangangan dengan menyerang sesama sendiri atas isu Zahid dipintas Hishamuddin.
ReplyDeleteIni nampak mcm ayat tak puas hati.
DeletePasal team pembangkang sibu tikam menikam bila tengok team kerajaan salingbsokong menyokong dedak 94% jadi kerimasan dan kerisauan
Tu yang cuba nak laga2 kan puak UMNO
KD cuba ler cari teknik baru jgb lagi guna cara batu api tu cara tok kaduk
Kalau aku jadi cybertrooper UMNO tak nak aku mkn dedak habis2 gelar ler clayport ker hot plate ker ni dedak nampak sangat Tun anggap semua manusia mcm haiwan termasuk lah celah sana lahi lebat tun jolok kan ......
KAHKAHKAHKAH...........ini ke cara kamu ATTACK...?
DeleteLebih baik kekal on the defensive.
Syabas cencaluk.... lawan jangan tak lawan. Bukan semua apa yg dicakap oleh lawyer betul. Jangan ingat berstatus lawyer lebih tahu lebih pandai dari orang lain. Tengok Zaid Ibrahim dalam ceramah2nya....cakap pun merapu.
ReplyDeletemood pembangkang buat kerja ialah bila melihat umno-bn bertahan dengan serangan. maklumlah, bola dok kawasan umno-bn, maka sedaplah mereka mengkucar-kacirkan pertahanan um no-bn. bila umno-bn ubah mood dengan meletakkan bola dalam kawasan pembangkang, maka itu yang pembangkang gerun. untuk mengelakkan situasi tersebut berlaku maka berbagai idea lari topik pembangkang create. kita boleh baca dan teliti komen kd sendiri dalam merumus ulasan atau komen2 dari pentaksub pembangkang. nampak apa yang tersirat. mereka sebenarnya tersentak dan macam tak percaya kerajaan boleh menyerang pembangkang dengan cara sama sebagaimana pembangkang buat. hahahaha...lain kali jangan sombong beb. orang lain reti makan ubi, kitapun teringin jugak makan ubi bakar...
ReplyDeletemood bertahan umno bn bola butir ko!! Pernahkah umnube end bertahan? tidak adu dumba?
DeleteNmpak sgt ko tak caca utusan maloya,harakah.Ko juga tak pernah tgk tv3 quarter !
Atrack mode kapla butir tahik low ko la 626.