Tuesday, April 11, 2017

LEBAI MALANG DULU DAN SEKARANG 2017




Pesan Lebai Malang
jangan jadi seperti aku
banyak berangan-angan
tetapi salah pertimbangan.

Aku ini hidup di kampung
bahagia rasanya orang menyanjung
dilihat rajin beribadat
dilayani dengan hormat
dikira alim diminta berkat
dijemput ke rumah
didudukkan di tengah
disalami para jemaah.

Suatu hari datanglah undangan
di hilir berlaku kematian
di hulu ada kenduri kesyukuran
aku yang dilihat tenang
diam-diam mencongak peluang
tak siapa menyangka
diam diam membayangkan hidangan
kenduri lebih enak lauknya banyak
tetapi kematian di hulu mengharap
kedatanganku
mereka yang mengundang terlebih dulu
dan aku telah setuju
kemudian tiba jemputan kenduri
menolak bererti rugi.

Lama juga berkira-kira
auk sedap terbuka selera
banyak bererti laba
tak sedar hari meninggi
mengayuh ke hulu mengejar kenduri
pantang menolak rezeki

Waktu sudah dekat
aku hampir terlambat
hari panas arus pun deras
aku perlu bekerja keras
jika tidak mahu terlepas
namun, apabila aku sampai
semuanya sudah selesai
dengan penuh kecewa aku ke hilir pula
berkayuh sekuat tenaga
namun, kelajuan perahu terhalang
oleh air yang sedang pasang
aku sampai hampir petang
jenazah sudah sempurna dikebumi
khidmatku tak perlu lagi.


Begitulah dikata orang
malangnya Si Lebai Malang
mudik menongkah arus 
hilir menongkah pasang
di sana tak dapat nasi
di sini tak dapat makan
ke hulu terlepas habuan
ke hilir terlepas peluang.

Aku yang dilihat warak
sebenarnya tamak
sana mahu ditangkap
sini mahu dikepung
sana mahu dikejar
sini mahu dikendong
ke sana mengejar peluang
ke sini mengira untung.
Wahai anak cucu
jangan jadi sepertiku
lebih nafsu kurang ilmu
banyak bermimpi kurang strategi.


PESAN SI LEBAI MALANG
Nukilan
ZURINAH HASSAN
31 Mac 2017

12 comments:

  1. Kan dah ada pak lebai yg tersungkur. Kata MB selangor.
    Kira malang lah tu.
    Malang permulaan.

    ReplyDelete
  2. Cerita lebai malang era 60an akan menjadi kenyataan dalam pru14. Siapakah tok lebai yang malang itu?

    ReplyDelete
  3. konsisten nampak serang pas!
    apa agaknya dosa besar pemimpin pas sehingga teruk kena serang ni.
    sebab ruu355?
    sebab tak join pakatan harap mengharap?
    sebab dah mula intim dengan umno?

    apa yang kita sebarkan sekarang, yang kita adu dombakan sekarang bukan habis sekarang beb. kesannya berantai. kalau pahala, maka berpanjanganlah pahala itu dan kalau dosa, berpanjanganlah juga dosa dikumpul. memang seronok kerja khianat, adu domba, kutuk mengutuk dan fitnah ni. sekadar mengingatkan aje, tak setuju tak apa. no problem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan guru dah minta maaf?mengkafirkan org umno? Bersubahat dgn pencuri perompak pembohong penakut...apa Kah hukumnya

      Delete
    2. dosa besar perlu ada 4 saksi aulia..
      jika tiada maka terlepas tuduhan bersalah..
      tapi cakap bohong tak perlu 4 saksi pun..
      jika pas menang bila berkokok ayam subuh..
      maka akan terlaksanalah hukum hudud di terengganu..
      dari muda sampai tua asyik menipu orang kerjanya..

      Delete
    3. Dosa besar perlu ade 4 saksi aulia ??
      Habis tu sebelum berlaku dosa besar SAKSI Aulia buat ape... menonton ??

      Delete
  4. Biar kena serang di dunia daripada disoal di padang masyar.

    Tanggungjawab rakyat mengingatkan pemimpin.

    Persepsi adudomba atau fitnah kerja orang yang lebih rela membiarkan jiran dirompak depan mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau mengingatkan ke mencaras ni kd? budaya mengingatkan begini kau import dari mana. sudan,uganda atau dari ethiopia? apa kaitan rompak-rompak jiran dengan serangan kepada pas? ayat cantik saja tak menghalalkan perbuatan awak mengadudomba ni kd. tapi terpulanglah kalau itu awak rasa cara mencari pahala. masing2 punya pemahaman.

      Delete
  5. Lebai Marang ke ni? La ni dah pandai kira duit!

    ReplyDelete
  6. Watch "Surah al munafiqun - Omar Hisham Al-Arabi سورة المنافقون - عمر هشام العربي" on YouTube
    https://youtu.be/M352OUBuM7I

    ReplyDelete
  7. Kluangman 5:32 PM..betul ke apa yg dicakap tu? Asyik memenangkan cakap kawan2 sendiri je, entah2 di padang masyar lebih banyak soalan yg kena jawab.

    ReplyDelete
  8. Kongsian baik., baca hazam dgn ikhlas lah saudaraku.
    Moga Melayu (El Areybey Wa Nabey) dpt baliklah ke pangkal jalan

    KHAWARIJ

    Oleh : Dr MAZA

    Dalam sejarah pertelingkahan umat Islam kelompok yang paling kuat dan awal menggunakan isu agama untuk mengkafirkan orang Islam yang tidak sejamaah ataupun sekumpulan ataupun separti ialah Puak Khawarij.

    Kelompok ini Nabi s.a.w sifatkan seperti berikut:

    “..Seseorang kamu akan merasa lekeh solatnya dibandingkan solat mereka, merasa lekeh puasanya dibandingkan puasa mereka. Mereka membaca al-Quran, namun al-Quran itu tidak melebih halkum mereka. Mereka tersasar keluar dari agama seperti anak panah tersasar dari sasarannya..”

    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

    Inilah Khawarij yang kelihatan hebat dalam ibadah dan pidato agama mereka dengan menggunakan nas-nas al-Quran.

    Mereka mengkafirkan orang Islam yang melakukan maksiat, juga mengkafirkan orang Islam yang tidak mengikut kumpulan mereka.

    *Dalam konteks hari ini mereka melabelkan sesiapa yang tidak menyertai jamaah ataupun kumpulan ataupun organisasi mereka sebagai anti-Islam.*

    Puak Khawarij ini mengangkat slogan:

    “Tidak ada hukum melainkan hukum Allah”.

    Slogan yang kelihatannya berteraskan al-Quran, tetapi dengan tujuan yang buruk. Kata Saidina Saidina ‘Ali bin Abi Talib kepada mereka:

    “Satu slogan yang benar, tetapi dengan tujuan yang batil”.

    (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah).

    Dengan slogan al-Quran

    “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka mereka itu orang-orang yang kafir”
    (Surah al-Maidah, ayat 44),

    maka mereka melancarkan kempen mengkafirkan dan memerangi orang Islam ataupun menganggap anti hukum Allah sesiapa yang tidak menyertai mereka.

    Atas andaian yang tipis maka dengan mudah seseorang dijatuhkan hukuman murtad dan kafir ataupun musuh Islam.

    Hasilnya, pertumpahan yang dahsyat berlaku pada zaman pemerintahan Saidiyyidina ‘Ali bin ‘Abi Talib.

    Selepas zaman ‘Ali pun, pemikiran Khawarij meresap ke dalam berbagai kumpulan dan organisasi. Hasilnya, kita mendengar isu kafir mengkafir muncul di pelbagai zaman dan tempat di seluruh pelusuk dunia Islam.

    Pada zahirnya puak ini berwajah agama, namun pada hakikatnya Nabi s.a.w menyebut tentang mereka:

    “Mereka itu berucap dengan ucapan sebaik-baik makhluk. Mereka tersasar keluar dari Islam seperti anak panah tersasar dari sasarannya. Iman mereka tidak melebihi halkum mereka.”
    (Riwayat al-Bukhari).

    Demikian getirnya kelompok ini. Sekalipun dengan ungkapan dan nas agama di mulut mereka, namun mereka tersasar daripada Islam yang sebenar.

    Dengan ini menyedarkan kita semua, di samping kita bersangka baik kepada golongan yang menzahirkan ciri-ciri agama, kita sayangkan mereka dan menghormati mereka, namun kita juga mestilah berhati-hati dengan tindakan setiap individu dan kumpulan.

    Janganlah penampilan zahir menyebabkan kita membuta mata atau memandulkan akal dari membuat penilaian yang matang dan seimbang. Apa yang baik kita kata baik, apa yang salah tetap dinilai salah tanpa mengira dari mana dan siapa kesalahan itu datang.

    Namun jika golongan tertentu menzahirkan ciri-ciri agama dan memegang prinsip agama dalam seluruh perjalanan mereka, maka merekalah golongan yang kita cinta dan kita bela dengan sepenuhnya.

    Sebaliknya, jika kempen mereka ialah kepada menghukum, menuduh sesat dan melebel orang lain sebagai musuh Islam ataupun anti Islam atas perbezaan pandangan dengan mereka dalam slogan 'melaksanakan hukum Islam ala mereka', maka mereka merupakan dari benih khawarij.

    Dr Maza

    ReplyDelete

WORLDCOIN dan AI

PERKENALAN  Businesses that integrate World ID. On the other hand, World ID can lend a hand in reducing fraud, minimising data collection an...