Tuesday, August 9, 2011

Musuh Jais bukan lagi gereja..

Isu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam tindakan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama  berterusan dan makin bercelaru dengan pelbagai kenyataan songsang dan tidak sekata dari kalangan orang Islam sendiri samada dari parti seperti PASS (Parti Alah Semua Sokmo), mahupun NGO's, begitu juga dengan pelbagai pihak dan individu lain sedangkan pihak gereja yang didukung oleh DAP senada dan mantap dengan justifikasi mereka.

Perlawanan dan halangan utama JAIS sebenar hari ini bukan lagi gereja tetapi lebih kepada pertikaian sesama Islam dan Melayu dalam mendefinasikan keadaan itu mengikut selera dan kacamata yang berpaksi keuntungan dan takut 'keduniaan' dan bukan lagi kepada ajaran Islam sebenar atau berdasarkan Perlembagaan.

Apa perlu JAIS digesa meminta maaf sedangkan terdapat bukti awal?  Apa perlu penjelasan dan permohonan maaf terburu buru sesetengah pihak kepada Gereja yang sedang disiasat oleh sebuah Badan Berkuasa yang diberi authority?  Kenapa rasa ada kekebalan di pihak gereja hingga tidak boleh disentuh, diperiksa dan dipersoalkan kegiatan mereka?

Kenapa tidak dibiarkan JAIS menyelesaikan tugasannya seperti peruntukan dan peraturan undang2 dan pihak gereja pula mempertahankan diri dalam cara yang sama. Saksi wajar tidak dipengaruhi oleh mana2 pihak untuk memberi keterangan secara bebas dan tanpa rasa takut.


Yang patut dicari dalam pertikaian ini adalah kebenaran samada tindakan JAIS adalah betul atau sememangnya gereja tidak melakukan apa seperti yang didakwa. Perkara ini sangat penting untuk jalan penyelesaian kepada semua pihak untuk menegak 'kebenaran' berdasarkan perlembagaan supaya perkara yang sama tidak berulang lagi dilakukan oleh pihak yang bersalah.

Menyokong JAIS secara membabi buta adalah tidak wajar dan mempertahankan gereja semata mata atas dasar parti,  kaum, ugama atau undi adalah lebih biadab dan kurang ajar.  

Hanya pemimpin politik sundal sahaja yang akan melakukan tindakan tergesa-gesa sedangkan mereka tidak relevan dan tidak perlu campurtangan sesuatu yang berkait dengan undang2 kerana jalan penyelesaiannya sudah terang lagi bersuluh.

Pemimpin yang menggubal undang2 melalui Parlimen sewajarnya menunjukkan contoh menegakkan undang2 dan bukan sebaliknya. Penentang undang2 wajar diheret ke Parlimen untuk dipersoal dan di ambil tindakan sebagai menghina Parlimen. Lidah mereka patut digunting kerana membuat sumpah palsu sebagai ahli Parlimen yang sepatutnya mempertahankan kedaulatan dan keluhuran undang2 dan perlembagaan. Mereka sewajarnya dihina, digantung keanggotaan dan diharamkan untuk bertanding lagi di mana mana kawasan parlimen dalam pilihanraya seumur hidup.

Pandai buat pandai tanggung, pandai makan pandai simpan adalah jawapan pasti kepada JAIS dan gereja untuk mempertahankan diri masing2 tanpa perlu campurtangan asing.










6 comments:

  1. ambo tak masuk campor. itu uruse ore PAS selangor
    begitu la ulama bodoh yg tersohor di kelantan. UMNO punya hal sibuk, org kristian dan org kafir nak rosak islam, tak campur.
    sah kafir nik aziz laknatullah

    ReplyDelete
  2. Kenyataan keluar lebih awal dari mengetahui maklumat sebenar akhirnya memerangkap diri sendiri.

    Bila agaknya orang Melayu dan Islam Malaysia ni kalau buat kerja atau tindakan nampak kebijaksanaannya.

    Zaman Mahathir (puji Mahathir lagi...sorry le kalau boring) kalau dia buka mulut sahaja, separuh masalah dah selesai, bila dia bertindak, hampir selesai masalah dibuatnya.

    Zaman sekarang, baik pemimpin sebelah mana pun, bila buka mulut sahaja, hal kecil jadi besar, bila bertindak sahaja, hal besar jadi kusut dan jadi isu nasional, bom sana sini...berleret macam mak nenek... langsung tak nampak matang..semua di politikkan, mulut busuk bau perkauman, hancusssss !!

    ReplyDelete
  3. Aku tambah...

    Bila kes dah masuk dua bulan...barulah Menteri bagi amaran. Masuk bulan ketiga...Menteri bagi amaran kerasss.... Masuk bulan keempat..Menteri bagi last warning...saya tidak teragak-agak...
    Masuk bulan kelima...isu baru keluar pula

    ( tolong ulang semula ...bia kes dah masuk dua bulan...)

    ReplyDelete
  4. Pemimpin Pembangkang dan Pemimpin Kerajaan.. pariah betul kamu semua dalam memperbodoh dan mempermainkan rakyat..


    boring

    ReplyDelete
  5. Di Mesia sekarang ni, buatlah apa isu pun, pasti akan ada sekurang kurangnya tiga golongan, penentang, pembela dan berkecuali.

    Jika ada sesiapa yang tergoreng cekodok hangit kat umah, bawalah bincang di media Malaysia..pasti akan ujud tiga golongan ini..babi, anjing, biawak atau sewaktu dengannya...

    ReplyDelete
  6. Semua berpunca dari sikap kerajaan terutama menteri KDN dan PM yang tidak tegas dari awal2 lagi. Sekarang kalau mahu bertegas pun, sudah sukar, tangkap je seorang besok berduyun akan ada protes dan demo...menteri kecut kemudian akan lepaskan.

    ReplyDelete

6ANGKA