Monday, October 26, 2009

Wan-tu-sum..siapa yang keluar - Hadi atau Nik













Pemimpin pemimpin maksum dalam PAS akhirnya terpaksa wan-tu-sum sesama sendiri untuk menerima nasib siapa yang terkeluar.
Bertungkus lumus juga pemimpin PAS yang lain 'menenangkan' orang tua nyanyuk yang minta EGM walaupun muktamar agung baru saja beberapa bulan yang lepas.
Mana depa nak letak muka sebagai pemimpin yang berwibawa jika perangai mursidul tidak matang, panas baran, melenting dan cacing kepanasan - memang tak ada dalang tapi siapa tukang tiup..

Hadi patut memberi kata dua kepada Nik Aziz samada berhemah atau duduk di luar khemah..


Jika dalam MCA, yang terlibat dengan skandal seks dan yang dituduh penyelewengan dalam pelabuhan pun masih boleh bermuafakat, apakah dalam PAS, nak buat macam tu, duduk berbincang suatu perkara yang mustahil.

Sebusuk busuk UMNO, mereka tidak sanggup untuk melihat PAS pecah, apatah lagi akan jadi kerdil dan diperkudakan pembangkang lain.

Nik Aziz kena tunjuk bijaksana dan matang untuk dijadikan contoh tauladan kepada orang orang seperti Nasaruddin dan golongan yang lebih muda.

Kalau penat, berehatlah, jangan mengamuk..

No comments:

Post a Comment

SATUS QM TERKINI

  Sejak Disember 2023 agak kecoh di medsos dan berlarutan hingga sekarang. Masing masing yang peka berkenaan perkembangan QM mungkin tidak p...