Sebelum tu nak tanya, kenapa Pak Lah sebok dengan jambatan ke 2 itu dalam kerajaan PP yang diperintah oleh DAP.    Apakah Paklah wakil kerajaan Pusat?   Pengerusi pada pembinaan tersebut?   Atau wakil LEG? 
6 faktor Jambatan Kedua Pulau Pinang lewat siap, kata Guan Eng
               
 June 20, 2010
                             PULAU PINANG, 20 Jun — Ada enam faktor utama  yang menjadi punca  projek Jambatan Kedua Pulau Pinang lewat disiapkan,  kata Ketua Menteri  Pulau Pinang Lim Guan Eng. Beliau berkata  faktor pertama merujuk kepada kajian lanjut tentang  kesan kemalangan di  laut yang perlu dilaksanakan dengan baik bagi  memastikan binaannya  benar-benar kukuh.
 Katanya sebab kedua pula merujuk  kepada penilaian beban kesan gempa  bumi yang perlu dijalankan,  manakala sebab ketiga berkaitan dengan  kajian mengenai kawasan  kedalaman laut untuk melihat kesan struktur  tanah di tempat itu.
 “Tiga  sebab lain terlalu teknikal,” katanya kepada pemberita sebelum  membuat  lawatan ke tapak pembinaan jambatan kedua di sini hari ini.
 Jambatan  yang seharusnya siap pada 2012 mengikut rancangan asal itu  dijangka  hanya dapat disiapkan pada September 2013 akibat faktor  tersebut.
 Jambatan  Kedua Pulau Pinang sejauh 23.5 kilometer merupakan yang  terpanjang di  Asia Tenggara, menghubungkan Batu Maung di bahagian Pulau  dan Batu  Kawan di bahagian tanah besar, dan ia dilaksanakan secara  usahasama  antara China Harbour Engineering Company (CHEC) Ltd (CHEC) dan  UEM  Builders Bhd.
 Lim berkata pembinaan jambatan kedua itu kini berada di peringkat 25 peratus siap.
 Beliau  seterusnya meminta semua syarikat yang mendapat kontrak bagi  projek  pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang memberi keutamaan kepada   kontraktor bumiputera dan bukan bumiputera yang berasal dari Pulau   Pinang.
 “Semua syarikat kontraktor yang mendapat kontark projek pembinaan jambatan bukan berasal dari Pulau Pinang,” katanya. — Bernama
Kalau  siap September 2013, itu bererti selepas PRU13...sempat ke Ketua  menteri yang dipilih dalam pilihanraya kotor ini untuk merasmikannya  atau sekadar berputih mata. 
Jika DAP menang lagi selepas PRU13, apakah pilihanraya itu masih kotor dan BERSIH 3.0 akan dibuat lagi ???
10/7/11
GEORGETOWN:  Penggunaan galas getah redaman tinggi (HDRB) dalam pembinaan  jambatan  kedua Pulau Pinang berupaya melindungi struktur jambatan  daripada  kerosakan akibat kesan gempa bumi, kata bekas Perdana Menteri,  Tun  Abdullah Ahmad Badawi. 
Beliau yang mengadakan lawatan  ke projek pembinaan jambatan kedua  itu hari ini berkata, HDRB adalah  peralatan inovatif melindungi bukan  sahaja struktur tetapi juga isi  kandungan dalam struktur.  
"Penggunaan  teknologi ini adalah sangat berguna kepada pembinaan yang  kritikal,  selain itu ia juga boleh dipromosikan untuk pembinaan struktur  kritikal  yang lain pada masa akan datang," katanya kepada pemberita  selepas  mendengar taklimat mengenai pembinaan jambatan kedua itu oleh  Jambatan  Kedua Sdn Bhd di sini.   
Jambatan  Kedua Pulau Pinang sejauh 23.5 kilometer adalah yang terpanjang  di Asia  Tenggara, menghubungkan Batu Maung di bahagian pulau dan Batu  Kawan di  bahagian tanah besar, dan ia dilaksanakan secara usahasama  antara  China Harbour Engineering Company (CHEC) Ltd (CHEC) dan UEM  Builders  Bhd. 
Projek yang bermula pada 2008 dijangka siap pada November 2013 dan akan mengurangkan kesesakan lalu lintas di negeri itu. 
Abdullah  berkata, secara keseluruhannya pembinaan projek jambatan  kedua Pulau  Pinang yang mengambil tempoh selama 62 bulan itu berjalan  mengikut  jadual yang ditetapkan.