Tuesday, July 12, 2011

Jambatan ke 2 PP - LGE kata lewat, Paklah kata Ikut jadual...

Sebelum tu nak tanya, kenapa Pak Lah sebok dengan jambatan ke 2 itu dalam kerajaan PP yang diperintah oleh DAP.    Apakah Paklah wakil kerajaan Pusat?   Pengerusi pada pembinaan tersebut?   Atau wakil LEG?

6 faktor Jambatan Kedua Pulau Pinang lewat siap, kata Guan Eng


June 20, 2010
PULAU PINANG, 20 Jun — Ada enam faktor utama yang menjadi punca projek Jambatan Kedua Pulau Pinang lewat disiapkan, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Beliau berkata faktor pertama merujuk kepada kajian lanjut tentang kesan kemalangan di laut yang perlu dilaksanakan dengan baik bagi memastikan binaannya benar-benar kukuh.
Katanya sebab kedua pula merujuk kepada penilaian beban kesan gempa bumi yang perlu dijalankan, manakala sebab ketiga berkaitan dengan kajian mengenai kawasan kedalaman laut untuk melihat kesan struktur tanah di tempat itu.
“Tiga sebab lain terlalu teknikal,” katanya kepada pemberita sebelum membuat lawatan ke tapak pembinaan jambatan kedua di sini hari ini.
Jambatan yang seharusnya siap pada 2012 mengikut rancangan asal itu dijangka hanya dapat disiapkan pada September 2013 akibat faktor tersebut.
Jambatan Kedua Pulau Pinang sejauh 23.5 kilometer merupakan yang terpanjang di Asia Tenggara, menghubungkan Batu Maung di bahagian Pulau dan Batu Kawan di bahagian tanah besar, dan ia dilaksanakan secara usahasama antara China Harbour Engineering Company (CHEC) Ltd (CHEC) dan UEM Builders Bhd.
Lim berkata pembinaan jambatan kedua itu kini berada di peringkat 25 peratus siap.
Beliau seterusnya meminta semua syarikat yang mendapat kontrak bagi projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang memberi keutamaan kepada kontraktor bumiputera dan bukan bumiputera yang berasal dari Pulau Pinang.
“Semua syarikat kontraktor yang mendapat kontark projek pembinaan jambatan bukan berasal dari Pulau Pinang,” katanya. — Bernama

Kalau siap September 2013, itu bererti selepas PRU13...sempat ke Ketua menteri yang dipilih dalam pilihanraya kotor ini untuk merasmikannya atau sekadar berputih mata.

Jika DAP menang lagi selepas PRU13, apakah pilihanraya itu masih kotor dan BERSIH 3.0 akan dibuat lagi ???

10/7/11

GEORGETOWN: Penggunaan galas getah redaman tinggi (HDRB) dalam pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang berupaya melindungi struktur jambatan daripada kerosakan akibat kesan gempa bumi, kata bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau yang mengadakan lawatan ke projek pembinaan jambatan kedua itu hari ini berkata, HDRB adalah peralatan inovatif melindungi bukan sahaja struktur tetapi juga isi kandungan dalam struktur.
"Penggunaan teknologi ini adalah sangat berguna kepada pembinaan yang kritikal, selain itu ia juga boleh dipromosikan untuk pembinaan struktur kritikal yang lain pada masa akan datang," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat mengenai pembinaan jambatan kedua itu oleh Jambatan Kedua Sdn Bhd di sini.
Jambatan Kedua Pulau Pinang sejauh 23.5 kilometer adalah yang terpanjang di Asia Tenggara, menghubungkan Batu Maung di bahagian pulau dan Batu Kawan di bahagian tanah besar, dan ia dilaksanakan secara usahasama antara China Harbour Engineering Company (CHEC) Ltd (CHEC) dan UEM Builders Bhd.

Projek yang bermula pada 2008 dijangka siap pada November 2013 dan akan mengurangkan kesesakan lalu lintas di negeri itu.

Abdullah berkata, secara keseluruhannya pembinaan projek jambatan kedua Pulau Pinang yang mengambil tempoh selama 62 bulan itu berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

1 comment:

6ANGKA