Hakim Datuk Zamani Abdul Wahab membuat keputusan itu setelah meneliti rayuan pihak pembelaan dan persetujuan daripada pihak pendakwaan untuk mengekalkan hukuman denda sebanyak RM1,000 terhadap Gobalakrishnan seperti yang terdapat pada peruntukan undang-undang ketika itu.
Sementara itu Gobalakrishnan yang ditemui di luar mahkamah menyatakan rasa terima kasih dan meminta maaf atas kesilapan yang dilakukannya terhadap penjawat awam.
“Saya akan meneruskan tugas dan tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat selepas ini dan saya mohon maaf pada sesiapa (anggota polis) yang telah dikasari,” katanya.
Mungkin belum masa untuk Anwar berbuat demikian, mungkin tidak menarik kalau minta maaf ketika kuasa tiada di tangan, mungkin masa yang tepat ialah pada hari pertama menjadi PM atau semasa berada di liang lahad..terserah kepadanya.
No comments:
Post a Comment