Wednesday, October 8, 2008

Individu Ke 2 yang Perlu Disingkirkan..

Pengumuman Dolah untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO disambut dengan rasa lega oleh minoriti rakyat (akar umbi UMNO) dan sebak oleh majoriti rakyat ( pembangkang dan segelintir kroni UMNO). Sebak kerana mereka kehilangan 'individu' yang boleh menjadikan impian mereka untuk menjadi kerajaan akan terus hancai. Mereka boleh terus mengekalkan status 'pembangkang yang kuat' untuk musim ini.

Dalam ranking, Dolah adalah pemimpin pertama dan utama yang perlu berkorban untuk turun dari atas bagi memenuhi kehendak rakyat yang mahu mencuba nasib dengan pemimpin baru seperti Najib atau yang sewaktu dengannya. Bagaimanapun tidaklah semudah itu kerajaan hari ini untuk tangani pelbagai masalah yang telah ditinggalkan Dolah dengan segala kerenah dan masalah.

Adalah menjadi satu lagi missi kepada rakyat untuk terus meminggirkan individu kedua yang dianggap penting untuk disingkirkan, iaitu musuh dalam selimut yang sama statusnya dengan Dolah malah lebih teruk, iaitu pengacau dan mampu menjual negara kepada kuasa asing, individu yang mengetuai pembangkang ini mampu menjadi pengacau kepada kestabilan negara untuk terus harmoni dan makmur.

Kerajaan harus bertindak tegas, once for all.

Monday, October 6, 2008

Atas kemahuan BN - Dolah mempertahankan jawatan.

Selepas mesyuarat dengan semua komponen BN besok 3.00 ptg, Dolah akan mnegumumkan mempertahankan jawatan Presiden UMNO sekaligus tetap sebagai PM Malaysia hingga ke satu tarikh yang difikirkan sesuai, itu akan diperbincangkan dengan Najib.

Keputusan diambilkira atas kepentingan negara di mana projek projek yang sudah dirancangkan perlu pengawasan dan perlaksanaan yang akan dipantau sendiri oleh PM untuk kebaikan dan kemakmuran rakyat, lagipun itulah janji dalam manifesto BN dan PM tidak akan lari dari tugas dan tanggungjawab.

PM juga mendapat sokongan padu dari komponen BN untuk terus kekal menerajui negara kerana segala bentuk perlaksanaan adalah hasil keputusan kolektif kabinet dan sebarang kegagalan atau kelewatan perlaksaan projek kerajaan bukanlah kelemahan atau kegagalan PM seorang sahaja.

Dolah juga percaya jika akar umbi dimaklumkan dengan jelas kedudukan politik negara, mereka akan faham dan terus memberi sokongan kepadanya. Oleh itu tidak timbul gagal mendapatkan jumlah pencalonan kerana MT akan membentuk satu jawatankuasa penerangan diketuai Najib untuk turut memperjelaskannya kepada akar umbi dan dalam hal ini Pemuda juga akan turut turun ke bawah untuk sessi penerangan. Apa yang berlaku sebenarnya ada segelintir bekas pemimpin yang cuba sabotaj keharmonian akar umbi.

PM berharap tidak ada pertikaian lagi dibuat selepas ini kerana dia perlu menumpukan banyak masa kepada kerja kerja membangun negara dan rakyat menulis surat kepadanya meminta supaya isu ini diberhentikan, malahan jika ada lagi pertikaian ia boleh dianggap mengancam ekonomi dan keselamatan negara.

Aduhai....mimpi lagi aku rupanya..

Tokoh yang ditakuti KJ..

Mukhriz dan Khir Toyo bukanlah calon yang sukar untuk ditewaskan dalam pertandingan Ketua Pemuda, mengikut kata orang kuat KJ, sebenarnya KJ lebih risau kepada seorang lagi calon wibawa yang berasal dari Negri Sembilan kerana bukan sahaja keintelektualannya sama hebat dengan KJ malah sering mempunyai idea hebat ketika berpidato.

KJ akan kalah badi kalau tokoh muda ini turut dicalonkan kerana pada setiap majlis yang dihadhiri oleh tokoh muda ini, ribuan akan menghadhirinya, malah pernah dalam satu majlis, walaupun hujan lebat turun, tetamu masih tidak berganjak dari tempat duduk.

Teori RAHMAN yang dikaitkan N dengan Najib mungkin tidak menjadi kenyataan jika tokoh muda ini dapat diketengahkan kerana namanya juga bermula dengan huruf N, dan ini sekaligus boleh memusnahkan harapan KJ untuk menjadi PM yang termuda. Setakat ini tokoh muda ini belum mengumumkan keputusan untuk bertanding untuk mana mana jawatan.

Dari sumber yang rapat, ASTRO mungkin bersedia menaja tokoh pemuda ini untuk maju jauh lebih ke hadapan dan ini sekaligus media ASTRO akan digunakan sepenuhnya untuk memaparkan tokoh ini ke peringkat yang lebih nasional dan global dan ini merupakan tamparan hebat kepada sesetengah pihak.

Mampukah KJ berhadapan dengan tokoh pemuda ini, apa kaitannya dengan Rais Yatim ? Bahagian manakah yang akan mencalonkan pemuda ini.

WAlaupun pemuda ini tidak pernah melibatkan diri dalam politik selama ini, tetapi beliau cukup popular sekarang, kita harap Nabil akan terus maju di bidangnya dan tidak menjadi takutan dan batu penghalang kepada KJ.

hehehehehehe

Sunday, October 5, 2008

Hindra!!!!

Kaum India bergerak maju http://www.missmalaysiaindianglobal.com/finalists/finalists.html

Top Bloggers Di Bayar

Pecah dan perintah merupakan dasar yang masih diteruskan dalam pelbagai segi supaya rakyat tidak melihat apa jua agenda tersembunyi untuk mereka kekal berkuasa atau mahu merampas kuasa. Mereka mencaturkan segalanya, bagi mereka, ini permainan, mengumbang ambingkan rakyat dengan tindakan mereka dan kemudiannya melancarkan satu plan kesejahteraan adalah retoriknya.

Prasangka kaum diteruskan dengan mengujudkan puak pelampau untuk mendesak, Hindraf adalah anak didik Samy Vellu yang terlepas kandang dan lawan towkey akibat dasar kuku besinya sendiri.

Bloggers juga berperanan memporak perandakan ekonomi dan politik Malaysia, mereka disogokkan berita dan kemudian 'dibayar' untuk mensensasikan berita, mereka dibayar untuk menulis yang benar sehingga akhirnya mereka menulis 'semua yang dibayar' tanpa sedar mana satu berita yang benar dan palsu. Masuk lokap atau penjara atau bakal ISA bagi mereka sekadar satu 'tingkat' dan status untuk 'demand' bayaran yang lebih tinggi. Mereka masuk 'sekolah' untuk terus berani dan kebal dan bebal. Mereka dibayar untuk duduk di 'ranking' yang tertinggi dan berpengaruh. Bloggers yang belum pernah kena 'cekup' dianggap less class, belum cukup masak, belum cukup hempuk.

Hari ini sesuatu yang 'buruk' atau 'antik' akan dibayar dengan harga yang lebih tinggi dari yang benar dan betul.

Syawal Masih Menunggu

Kita telahpun melalui satu 'blok' bermaaf maafan yang luas sempadannya hinggakan hati yang berdendam pun terbuka untuk memaafkan kesilapan dan kesalahan yang lalu. Kita begitu tersentuh dan mudah memaafkan sesiapa sahaja pada ketika awal syawal masih terasa. Bagi yang berhajat memohon maaf atau menyambungkan semula siratulrahim atau berbaik sangka selepas ini (renew the frienship) eloklah segera berbuat demikian ketika mood Syawal masih ada.

Di blog ini atau di mana mana blog, saya juga menyusun jari memohon ampun dan maaf di atas sebarang bicara dan kata yang silap dan salah, sengaja atau tidak, di bibir atau di hati. Selepas ini kita akan bertemu dan berbicara lagi dalam isu isu yang lebih panas dan sensasi, pastinya yang telah dimaafkan sudah menjadi sejarah tetapi bagaimana pula yang mendatang..kita relakan kerana kita ada kesempatan bermaafan lagi ???

Isu ekonomi, dan sebahagian isu sosial kita mampu secara individu, berkumpulan, keluarga, masyarakat dan kampung/taman untuk selesaikan, tetapi isu politik khususnya di peringkat paling atas yang bukan perwakilan UMNO, apakah kemampuan kita/mereka ? Apakah pendapat kita akan menjadi panduan perwakilan untuk membuat undian.

Sumber sumber yang mengesahkan Dolah akan bertanding Presiden seolah nampak akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Syawal belum berlalu, kita sudah menyinnsing lengan baju di tangan..

स्यवल यांग बलम बेर्लालू

6ANGKA