Tuesday, February 3, 2009

Tuan makan senjata sendiri...

Semasa kerajaan dilanda krisis ekonomi 1998, Menteri Kewangan, Anwar pada masa itu cuba menggadai Malaysia kepada IMF dengan agenda tertentu termasuk agenda politik menggulingkan Mahathir ala reformasi tetapi gagal sebaliknya dia masuk ke kandang untuk beberapa tahun. Ekonomi Malaysia dapat diselamatkan dengan pendekatan yang sudahpun menjadi lagenda sejarah.

Apabila Dolah dilantik menjadi PM, antara langkah pertama yang dibuatnya ialah melepaskan singa yang sudah dikandang, sangka Dolah singa itu sudah jinak dan menjadi singa sarkas untuk Dolah 'lagukan' seperti kodomo lion kesayangannya. Hari ini singa itu telah menggunakan hukum rimba dalam agenda politiknya dan Dolah sudah tinggal sehelai sepinggang seperti seorang tarzan yang hilang tali.

Selepas PRU12. Anwar beria ia mengistiharkan pembentukan kerajaan baru di bawah Pakatan akan berlaku pada September 2008 dengan 'penghijrahan' (sedap istilah tu) Ahli parlimen BN ke Pakatan tetapi semuanya tidak menjadi. Adakah kini 'senjatan makan tuan' apabila angin bertiup kencang BN akan ambil alih kerajaaan negeri Perak dengan penghijrahan (tak salah kot pakai istilah tu) Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan ke BN.

Dalam situasi politik Perak terkini siapa yang betul atau salah bukan menjadi persaolan utama kerana majoriti rakyat yang tidak mempunyai agenda rakus peribadi tentunya tidak setuju pilihanraya kecil di adakan kerana umumnya menyusahkan rakyat dan negara, menganggu ekonomi dan pelbagai lagi fitnah dan tohmahan yang keluar dari kedua dua pihak.

Adalah wajar pindaan dibuat di SPR supaya mana mana kerusi DUN atau MP yang dikosongkan dalam tempoh 2 tahun selepas pilihanraya atas sebab sebab kematian atau perletakan jawatan atau apa sahaja alasan, tidak akan di adakan pilihanraya kecil sebaliknya calon yang tewas dengan majoriti kedua terbesar pada pilihanraya yang lepas dipilih secara otomatik menggantikannya. Satu penjimatan 'tenaga' yang cukup berkesan.

Sunday, February 1, 2009

Rakyat nak tahu..

7) Bila kerajaan akan membina dan menyelenggara jalanraya ke satu standard yang membantu pengurangan kemalangan akibat jalanraya yang teruk dan tidak ada tanda tanda keselamatan yang wajar - bila keraajaan mahu berhenti membunuh rakyatnya sendiri.

6) Untuk mengtasi masalah kenaikan gula tidak lama lagi, Shahrir wajar tidak membiarkan Kuok monopoli impot gula - harus dibenarkan kepada lain lain syarikat untuk membawanya masuk dengan harga yang lebih rendah - ada berani ke ..

5) Kenapa Kerajaan negeri yang dikuasi Pakatan belum lagi mengeluarkan bukti bukti bahawa Menteri Besar dan Ketua Menteri Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak yang dulunya dituduh menyeleweng dan rasuah, sekarang kenapa diam.

4) Kenapa pendatang asing halal dan haram masih tidak dikurangkan secara besar besaran untuk digantikan dengan wargta tempatan dalam menghadapi kemelut ekonomi dengan pembuangan pekerja dan penutupan kilang.

3) Kenapa 15% surcharge tambang bas express belum turun

2) Kenapa harga petrol belum turun.

1) Kenapa harga barang belum turun.

Wednesday, January 28, 2009

Hadi Awang lebih layak jadi PM.

Kemungkinan besar:

Tajol Rosli jenis 'lembab' untuk baca politik Zahid Hamidi.

Pak Lah pula cemas menjelang March takut Najib ada plan C dan D.

Ramai lagi bukan sahaja UMNO tetapi dari BN yang akan 'melompat' untuk memastikan kerajaan baru mengambilalih kerajaan sekarang samada Anwar menjadi PM atau Dolah direstui dan diberi penghormatan oleh Pakatan untuk terus menjadi PM seketika lagi.

Yang Pakatan paling bimbang dan risau ialah PAS kerana Hadi Awang lebih berpotensi menjadi PM jika berada bersama UMNO dan Najib kekal menjadi Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri.

Kemungkinan besar itu memang tak kecik.

Tuesday, January 27, 2009

SAOLAN RAKYAT..

Kemaskini 280109 9.28pm
4) Paklah di mana sekarang selepas missi mencari kedamaian di Palestine dan selepas mengeluarkan kenyataan di Dubai, UMNO kena berubah selepas March. Paklah di mana sekarang, rakyat ingin tahu..makan angin lagi ke ?

1) Kenapa harga barang belum turun.

2) Kenapa harga petrol belum turun.

3) Kenapa 15% surcharge tambang bas express belum turun

Saturday, January 24, 2009

Nasarudin Bota, Dolah Dubai..

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota di Perak, Nasarudin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini.
Ia diumumkan pada sidang media di Ibu Pejabat PKR dekat sini sebentar tadi

http://nikhassanazmi.blogspot.com/2009/01/adun-bota-dari-umno-sertai-pkr.html

Ini merupakan hadiah Tahun Baru china dari Pakatan kepada UMNO dan BN. Nasarudin yang kini boleh dianggap sebagai pejuang yang lari dari medan peperangan dan menafikan suara majoriti pengundi Bota merupakan satu tamparan hebat untuk UMNO.

Jika sikerdil itu boleh masuk PKR, tentulah ia merupakan satu permulaan kepada nama nama lain yang lebih hebat dalam UMNO dan mempunyai talian hayat dengan PKR akan berbuat demikian sedikit masa lagi. Adakah ini semua selari dengan saranan perubahan kepimpinan yang dimaksudkan oleh Dolah di Dubai semalam !!

Selamat Tahun Baru China

Saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina khusunya kepada rakyat Malaysia. Semoga pada tahun Lembu dan tahun tahun seterusnya rakyat Malaysia keturunan Cina dapat menerajui bidang ekonomi Malaysia dengan berjaya, adil dan saksama untuk dinikmati semua kaum.

Semoga DAP makin kurang perkaumannya sejak menjadi anggota terpenting Pakatan.

Monday, January 19, 2009

UMNO bini tua..

Jika dikaji keseluruhannya tidaklah UMNO itu begitu buruk, seumpama sekadar sekor dua beruk yang merosakkan taman bunga dan berkelakuan 'over' menyebabkan penghuni yang selalunya santai di situ sudah hilang harmoni, Tukang Jaga dan Tukang Kebun kini kena bekerja keras memperbaiki segala kerosakkan tetapi malang pelawat taman sudah ada pilihan taman yang lain.

UMNO bagaikan bini pertama atau bini tua yang sudah ada bibit bibit benci dan jemu, apa yang dilakukan semuanya tak kena dan dibenci belaka. Seperti kata Muhyiddin, sudah tidak ada penarik, sudah kerepot, kedut dan makin cepat makan tua. Ramuan awet muda yang mahu dicari terkadang salah ramuan, bukan ramuan awet muda yang terjumpa tetapi yang awet sombong, maka di jadikan isu.

Sindrom denial dan perasan yang ada pada beberapa pemimpin UMNO menambahburukkan lagi rasa jemu di kalangan rakyat untuk terus memberi sokongan. Sebagai p[ilihan mereka mahu mencuba pakatan kahwin campur ala ala Melayu kahwin Cina, terlanjur maka dapatlah pula anak tidak sah seperti Hindraf dan Jerit, namun kerana pakatan ini baru dan menjanjikan yang lebih harmoni maka rakyat mengalihkan jemu kepada UMNO kepada pakatan walaupun mungkin berisiko tinggi.

UMNO adalah umpama Datsun cabuk walaupun banyak berjasa tetapi sudah tidak sporty walau di bedak dan digincu dan pilihan yang ada sekarang rakyat mahu mencuba sesuatu yang dilihatnya baru dan belpebagaian walaupun sebenarnya ia juga berasal dari 'recond' dan yang sudah ditebuk tupai.

Pendedahan Chegu Bard bikin madani goyah

Najib razak didapati bersalah dan dihukum - selesai. Diberi pengampunan oleh Agong Sultan Pahang dan didakwa  ada addendum Pertanyaan telah ...