Tuesday, February 3, 2009

Tuan makan senjata sendiri...

Semasa kerajaan dilanda krisis ekonomi 1998, Menteri Kewangan, Anwar pada masa itu cuba menggadai Malaysia kepada IMF dengan agenda tertentu termasuk agenda politik menggulingkan Mahathir ala reformasi tetapi gagal sebaliknya dia masuk ke kandang untuk beberapa tahun. Ekonomi Malaysia dapat diselamatkan dengan pendekatan yang sudahpun menjadi lagenda sejarah.

Apabila Dolah dilantik menjadi PM, antara langkah pertama yang dibuatnya ialah melepaskan singa yang sudah dikandang, sangka Dolah singa itu sudah jinak dan menjadi singa sarkas untuk Dolah 'lagukan' seperti kodomo lion kesayangannya. Hari ini singa itu telah menggunakan hukum rimba dalam agenda politiknya dan Dolah sudah tinggal sehelai sepinggang seperti seorang tarzan yang hilang tali.

Selepas PRU12. Anwar beria ia mengistiharkan pembentukan kerajaan baru di bawah Pakatan akan berlaku pada September 2008 dengan 'penghijrahan' (sedap istilah tu) Ahli parlimen BN ke Pakatan tetapi semuanya tidak menjadi. Adakah kini 'senjatan makan tuan' apabila angin bertiup kencang BN akan ambil alih kerajaaan negeri Perak dengan penghijrahan (tak salah kot pakai istilah tu) Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan ke BN.

Dalam situasi politik Perak terkini siapa yang betul atau salah bukan menjadi persaolan utama kerana majoriti rakyat yang tidak mempunyai agenda rakus peribadi tentunya tidak setuju pilihanraya kecil di adakan kerana umumnya menyusahkan rakyat dan negara, menganggu ekonomi dan pelbagai lagi fitnah dan tohmahan yang keluar dari kedua dua pihak.

Adalah wajar pindaan dibuat di SPR supaya mana mana kerusi DUN atau MP yang dikosongkan dalam tempoh 2 tahun selepas pilihanraya atas sebab sebab kematian atau perletakan jawatan atau apa sahaja alasan, tidak akan di adakan pilihanraya kecil sebaliknya calon yang tewas dengan majoriti kedua terbesar pada pilihanraya yang lepas dipilih secara otomatik menggantikannya. Satu penjimatan 'tenaga' yang cukup berkesan.

1 comment:

  1. Pepatah melayu ada menyebut "bagaikan melepas anjing tersepit" kita tolong dia dan dia gigit kita. orang macam ni patut dicampakkan ke perut bumi yang ada lahar yang menyala.

    ReplyDelete

6ANGKA