Tuesday, February 17, 2009

Khir Toyo mendahului...

Tiga orang calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia muncul dalam rancangan "Hujah" pada jam 9.30 malam sebentara tadi:

Khir Toyo - 5 bintang atas hujah2 patriotik yang diberi.
KJ - 3 bintang atas hujah2 menyelamatkan diri.
Mukhriz - 1 bintang atas hujah2 mendatar.

Eli Terlebih Jantan...

Eli lebih jantanman dari Anwar apabila menawarkan perletakkan jawatan sebagai ADUN dan EXCO dalam kesnya yang dia tidak melakukan apa apa kesalahan undang undang. Tidak didakwa malah tidak disumpah oleh mana pihak. Dia mendapat simpati yang bersesuaian.

Dia tahu siapa dalang dan tidak menuduh pihak lain berbanding dengan Punahsihat PKR - Yang Dikasehi Saudara Anwar Ibrahim yang menyatakan ini adalah kerja kotor UMNO - dan tentunya Najib punya angkara. Tuduhan ini tentulah berasas bagi penyokong Pakatan seperti Yang Berbahagia Lim Kit Siang dan Yang Berusaha Saudara Lim Eng Guan dan Ayahanda Karpal Singh serta Kekanda Nizar Yang Setia dan pasti disambut dengan Allahuakbar (3x) oleh para penyokong PAS yang diketuai PM Bayangan Tuan Hj. Hadi Awang. Yang Berguru Tok Guru Nik Aziz pula kata - tak mau campur - bijak3.

Eli direhatkan demi mengelak pilihanraya kecil kerana Anwar sudah merasa bahang bala dan kekalahan yang akan menimpa mereka. Tau tak pa.

Monday, February 16, 2009

Ohhh tidak..

Abdullah diberi ucap selamat bersara - Titah Agong.

Abdullah yang pada awalnya 'putih' menjadi 'hitam' dihujungnya..kita cuba Najib di awalnya 'hitam' mungkin 'jadi 'putih' dihujungnya.

Tidak salah mencuba seperti kita mencuba Pakatan untuk memerintah beberapa negeri dan kita sedang menilai mereka.

Tidak salah kita mencuba Najib kerana setiap pintu hadapan ada pintu belakangnya.

sedekah eli..

Kemaskini 8.20pm

Khir Toyo berkata kemungkinan perebutan kuasa dalaman dalam parti itu sendiri adalah antara puncanya - kerja orang dalam !!
...................................................
Tumpang semangkuk - anggaplah itu sedekah eli kepada penyokong dan peminatnya.
Tidak perlu letak jawatan jika itu satu 'privacy' .
Polis perlu siasat siapa boyfriend eli dan mendakwanya jika terlibat dalam pengambilan dan pengedaran gambar tersebut !!

Sunday, February 15, 2009

Fobia

Di dalam UMNO - ada dua nama yang keji - Najib dan Khir Toyo - tidak semulia, hebat, maksum dan sesempurna Anwar - hatta Niz Aziz sendiripun teraba raba dalam berpendirian untuk dilihat setaraf dengan Anwar.

Gara gara UMNO merampas kerajaan negeri Perak sekelip mata - bagai halilintar ia cukup memalukan dan sangat terkecewa.

Sejak peristiwa itu, hari ini dan mungkin hari hari seterusnya apa juga yang UMNO lakukan atau apa apa yang berkaitan dengan pengaruh UMNO seperti SPR, Polis, Sultan dan sebagainya ia cukup mendatangkan pelbagai reaksi, cuak, buruk sangka dan pelbagai versi dan tafsiran bagi puak Pakatantipu Rakyat atau Pakatan Riot.

Setiap gerak langkah UMNO cukup diperhatikan, malahan kalau ada pemimpin UMNO terkentut pun mereka sangka itu bom gas FRU. Bayang bayang UMNO bagai malaikatmaut yang datang menjemput.

Anwar harus menenangkan rakan rakanya dan kembali berkeyakinan bahawa mereka mampu memang di kedua dua pilihanraya kecil sekali lagi, banyakkan slogan untuk rakyat, kebajikan rakyat, perjuangan rakyat...dan ciptalah slogan slogan baru.

Nik Aziz dan Karpal berganding..

Bila ditanya tentang pendirian Karpal ke atas Anwar dan isu kesultanan, Nik Aziz sendiri tidak mampu mentangani dan menangani Karpal lalu berdalih - jangan hirau si tua itu.

Orang kanan Nik Aziz, Husam Musa sendiri tewas dan berlembut dengan orang tua singh itu - perlaksanaan hudud akan dibuat selepas perbincangan dibuat dalam Pakatan Riot.

Menjadi kerajaan dan menang pilihanraya bukan bererti PAS sudah mendekati perjuangan Islam sebenar. Mereka hanyut dan sesat dengan kemaruk kuasa.

Saturday, February 14, 2009

Awas....calon menantu orang Perak..

Durian Perak memang terkenal dengan kelazatannya, kucing tidoq, durian tembaga ...tapi tu dulu laaaa..

Sejak dua menjak ini aku dah berpesan pada pak pak menakan kalau hampa dapat calon menantu orang peghak kena preksa dulu asai usui kot kot terkena waris dan baka penderhaka...

Orang peghak kini lebih terkenai dengan negeri yang ada lebih dua MB, ada bekas MB, ada MB haram dan ada MB halal.

Selain dari itu depa juga ada dua sultan, satu yang pakai tengkolok dan satu lagi yang pakai turban....

Agak agaknya depa bangga kot dapat sultan baru, sultan yang berturban.

6ANGKA