Tiga orang calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia muncul dalam rancangan "Hujah" pada jam 9.30 malam sebentara tadi:
Khir Toyo - 5 bintang atas hujah2 patriotik yang diberi.
KJ - 3 bintang atas hujah2 menyelamatkan diri.
Mukhriz - 1 bintang atas hujah2 mendatar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
BRIM bagipun berperingkat, slow macam siput babi, amaun ciput, tangguh satu hari ke satu hari, perlancaran belanja ratus ribu setakat n...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
Salam Mr Kluang,
ReplyDeletekali pertama nak komen dirumah tuan, walaupun sering juga bertamu cara senyap.
Mengenai Hujah tadi, secara kasar apa yang dapat saya komen:
Khir Toyo tampak gaya seperti orang politik dengan cara beliau berhujah. Cuma satu perkara saya jadi hilang respek, pada penghujung program bila dikaitkan kekalahan Selangor, beliau memberikan contoh Rasulullah yang pernah kalah di Uhud. Biar betul..
KJ...hmmm, saya lebih tumpukan perhatian pada memek mukanya tiap kali kamera fokus ( waktu orang lain berhujah ). cara KJ mencebek mulut seolah2 memperkecilkan pandangan orang lain. YES, KJ memang sombong ! Mungkin itu cara facial KJ semulajadi dan seingat saya, itu juga cara facial semulajadi wan farid.
Mukhriz - banyak playsafe, atau mungkin dia memang tak banyak cakap ?
Bagi saya, saya sokong yang tak banyak cakap. UMNO dah terlalu ramai yang pandai cakap banyak. Agak terganggu juga perhatian saya tadi, isteri dok menyampuk suruh saya perhatikan muka Khir Toyo. katanya, 'memang dia pakai botox tu, dulu penuh kedut masa jadi MB, tak kena umur. sekarang mcm orang muda ! '
Take care...
Seperti yang pernah saya beri pendapat di blog Norbisha, bukan sahaja hujah, body language juga pasti akan turut diperhatikan dan nyata Khir dan KJ banyak menggunakan memek muka yang terpulang kepada tafsiran masing2 dan nyata Mukhriz nampak bersahaja, senyum, tenang dan masih berlajar.
ReplyDeleteApa yang mereka kejar adalah Ketua Pemuda dikala UMNO bermasalah dan hanya Mukhriz yang kurang isu untuk dimomokkan oleh pembangkang kecuali cuba mengaitkan dengan Tun dan dalam keadaan UMNO bermasalah, faktor dan bayang Tun di belakang mungkin dapat turut membantu kebangkitan semula UMNO.
Bagi yang memerlukan semula Tun di dalam memberi nasihat dan semangat kepada UMNO, pemilihan Mukhriz mungkin mampu membayangkan secara tidak langsung pentadbiran Tun dalam UMNO, samada ia baik atau tidak, terpulang kepada UMNO itu sendiri.
Alangkah baiknya jika ketiga mereka bergabung kerana masing masing ada kelebihan untuk dipergunakan.
saya kesian meliah KJ.
ReplyDeletePilihlah Mukriz, cukup2 lah dengan kedangkalan KJ yang merosakkan negara ini.
ReplyDeleteBermula dengan jambatan bengkok sampai pada pemilikan saham2 ECM Libra. Udah lah tuuuuuu...nak Umno kalah ke?