PUTRAJAYA 8 Sept. - DAP ( No. 1 ) adalah parti yang paling aktif dalam membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendaftarkan pengundi baru yang melepasi umur 21 tahun sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) tahun lalu.PAS No. 2, UMNO No. 3 dan lain lain hampeh..Apakah UMNO sebok dengan 1Malaysia dan mereka terpedaya dengan iklan2 di media massa yang kononnya menunjukkan pelbagai kaum menyambut baik slogan itu. Mereka mengharapkan keajaiban akan berlaku pada slogan sebagai faktor untuk kemenangan di pilihanraya nanti...karutttttttt...
Zaman slogan menjadi terpenting dan terpengaruh sudah pudar sejak slogan Cemerlang, Gemilang, Terbilang dan makin berkubur dengan slogan Islam hadhari.
Adakah 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Keberkesanan Di Utamakan akan menerima nasib yang sama?
Apakah benar, kata dibibir, sama di hati ?!!
Rakyat sedang menilai.
Mungkin slogan 1 Untuk Najib 1 Untuk Muhyidin (N1H1) lebih popular dari slogan slogan di atas.
Slogan Bersih Cekap Amanah dan Malaysia Boleh di zaman Mahathir sahaja mampu betul betul dijiwai dan mempengaruhi rakyat itupun kerana Kepimpinan Melalui Tauladan.