Tuesday, September 15, 2009

kembalikan selipar kepada MIC di pilihanraya akan datang


Kemaskini:

http://www.mmail.com.my/content/13325-i-am-sorry-dr-m-says-slipper-peter
Delegate who called for demeaning tribute suspended from MIC, wants to apologise to former PM
Kharleez Zubin
Wednesday, September 16th, 2009 07:59:00


Seumpama bila seseorang yang mabuk dengan tangan kanannya menjinjing kole arak dan dia bercakap dengan menggunakan otak lembu - elok kita maafkan orang itu, tidak kiralah samada dia seorang presiden atau ahli biasa parti, tidak kiralah samada dia hindu atau kristian.
p/s: Bolehkan Samy Vellu yang 'popular' mempengaruhi 20% undi kaum India di Bagan Pinang untuk diberikan kepada calon BN nanti ??


Friday, September 11, 2009

Siapa Blogger yang jadi SB PDRM !? Penafian..





Bab-bab tuduh SB ni dah jemu dah saya. Saya sendiri dah lebih 25 tahun dah sesetengah org PAS kata saya SB. Padahal, tengah duit pun tak pernah dapat gaji atau sagu hati sebagai informer dari PDRM.Kalau SB, bodoh punya SB aku ni. Kalau informer, bodoh punya informer aku ni!


Apa ertinya penafian ini ??!!

BN akan tewas - Najib ambik risiko




KUALA LUMPUR 11 Sept. - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak akan campur tangan dengan menjadi orang tengah bagi menyelesaikan kemelut dalaman MCA walaupun Naib Presiden parti itu, Datuk Kong Cho Ha memintanya untuk berbuat demikian.

Pendpat Tun M: Jika pergolakan dua parti komponen terbesar BN iaitu MIC dan MCA tidak ditangani dengan berhati-hati, BN akan tewas dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Perlu diingat, BN tewas teruk di PRU12 yang lalu atas faktor 'paklah' hingga sekarang masih lagi belum pulih sepenuhnya (BN tewas setiap pilihanraya kecil dan diramalkan tewas lagi di bagan Pinang akan datang)

Tun juga pernah menggesa Samy melepaskan jawatan Presiden MIC bagi membolehkan kaum India kembali menyokong BN tetapi tidak diperdulikan - MIC menerima pukulan teruk di PRU12 yang lalu dan Samy sendiri tewas.

Jika Najib tidak memperduli saranan (campur tangan) ini atau menanti hingga MCA dan MIC sudah menjadi bubur, kelak BN sudah tidak punya barisan yang kuat lagi.

Atau apa yang berlaku kepada MIC dan MCA adalah natijah atas sikap mereka yang secara diam menyokong pembangkang (DAP dan Hindraf) untuk menyusah dan menghentam UMNO dan kali ini Najib ingin lihat mereka terkubur !!!

MCA dan MIC juga bukan lagi boleh di anggap teman setia dalam BN kerana mereka juga mampu mengugut dan melompat keluar menyertai pembangkang dan pergolakan ini membolehkan Najib mendapat Presiden yang mengetuai MCA dan MIC adalah rakan karib BN di PRU13 nanti.

Menteri yang penangis - sesuai ke pegang KDN !!!







Kini sudah ada desakan supaya Peguam Negara meletak jawatan kerana terlalu berlembut dengan pelbagai isu jenayah yang tidak di ambil tindakan, malah mengutamakan yang lebih remeh seperti isu kepala lembu.





Begitu juga persaolan dengan kredibiliti Ketua Polis Negara yang gagal mengawal keamanan negara dengan bertambahnya kes jenayah dan perasaan tidak selamat di kalangan rakyat.



Apakah kedua duanya terpengaruh dengan 'emosi dan kelembutan' Menteri Dalam Negeri yang emosi, penangis orangnya !






No wonder why, penjenayah yang bakal menjadi banduan tak takut langgar undang2 kerana kelemahan Menteri Dalam Negeri ini ?

Wednesday, September 9, 2009

Siapa Kepala Dalam Pas - Nik Aziz atau Hadi




Dalam saban isu panas, Nik Aziz sengaja menjadi fokus utama wartawan berbanding Hadi untuk menjawabnya samada secara sengaja atau dirancang. Suara Nik Aziz lebih commercial dan pencetus kehangatan politik berterusan.




Kita hanya mungkin tumpang kesian dan simpati dengan PAS yang kini memiliki satu 'aset' umpama kain buruk yang sayang untuk dibuang kerana masih begitu banyak jasa dan gunanya.


Seperti di lain lain parti yang memiliki bebanan kepada parti itu sendiri seperti Kj di UMNO, Samy di MIC, Kaveas di PPP, Chua di MCA yang semuanya kuda baru dan kuda tua yang masih boleh digunakan tetapi dalam masa yang sama membawa virus dan kudis buta.


Di kalangan parti lain pun seperti DAP, PKR dan Gerakan itu sendiri ujudnya individu yang bermasalah tetapi dalam masa yang sama, demi survival, demi lakonan maka terpaksalah ditatang dan dijaga walau dengan hati yang berbelah bagi.


Anwar sendiri dilihat sebagai de facto tetapi dalam masa yang sama sebagai pemusnah dari sudut moral dan integriti.


Nik Aziz sudah mengambil peranan utama dan penting dalam PAS melangkaui Presdiennya sendiri dan ini merupakan 'timebomb' yang akan dipersoalkan oleh generasi akan datang khususnya dari suara Pemudanya sendiri. Dalam semua parti, suara dalaman mereka sendiri adalah badai yang akan merubahnya.

Terkini: Samy sudah panas..siapa pula yang akan jadi lembu




Samy: Umno cannot decide who helms MIC
posted by RK Anand at Malaysiakini - 1 hour ago
In an interview with Malaysiakini, the veteran president says external forces cannot interfere in the affairs of MIC.


Senada dengan pembangkang..UMNO jadi dalang..

Dey tambi, lu jaga lu punya rumah baik baik...kalu ada orang masuk ka..keluar ka..bumbong bocor ka, lantai jerlus ka....sendiri mau pikir.


Dey samy, lu sudah jadi liabiliti MIC dan BN daaa..bila nak cha alip but

Tuesday, September 8, 2009

UMNO sebok Slogan dari tambah pengundi..

PUTRAJAYA 8 Sept. - DAP ( No. 1 ) adalah parti yang paling aktif dalam membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendaftarkan pengundi baru yang melepasi umur 21 tahun sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) tahun lalu.
PAS No. 2, UMNO No. 3 dan lain lain hampeh..

Apakah UMNO sebok dengan 1Malaysia dan mereka terpedaya dengan iklan2 di media massa yang kononnya menunjukkan pelbagai kaum menyambut baik slogan itu. Mereka mengharapkan keajaiban akan berlaku pada slogan sebagai faktor untuk kemenangan di pilihanraya nanti...karutttttttt...
Zaman slogan menjadi terpenting dan terpengaruh sudah pudar sejak slogan Cemerlang, Gemilang, Terbilang dan makin berkubur dengan slogan Islam hadhari.
Adakah 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Keberkesanan Di Utamakan akan menerima nasib yang sama?
Apakah benar, kata dibibir, sama di hati ?!!
Rakyat sedang menilai.
Mungkin slogan 1 Untuk Najib 1 Untuk Muhyidin (N1H1) lebih popular dari slogan slogan di atas.
Slogan Bersih Cekap Amanah dan Malaysia Boleh di zaman Mahathir sahaja mampu betul betul dijiwai dan mempengaruhi rakyat itupun kerana Kepimpinan Melalui Tauladan.

6ANGKA