http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm
Cabaran Ezam dan ramai lagi sebenarnya yang tertanya tanya dan ingin tahu dari Azizah supaya menceritakan dan memperjelaskan keadaan sebenar tentang tindak tanduk Anwar cukup menarik dan rakyat tertunggu tunggu hingga ke hujung dunia akan 'peristiwa bersejarah' tersebut.
Sudah banyak versi yang dipertontonkan bagaimana adanya krisis dalaman Anwar, Azizah dan Azmin dan bagaimana mereka menjual diri masing2 dan berlakon untuk berada di pentas politik sejauh ini. Hanya mereka bertiga mengetahui titik noda hitam yang terjadi dan perlu disimpan selamanya.
Bukan setakat persepsi Anwar bersama isteri Azmin, bagaimana pula dengan Azizah... Banyak rahsia peribadi yang perlu disingkap tetapi Azizah dan Azmin bukanlah lakon layar utama yang mencorakkan politik negara untuk diperhebohkan.
Menjadi hak peribadi Azizah untuk tidak menceritakan hal peribadi 'dalam kain mereka' tetapi merendam sesuatu yang lama dari pengetahuan rakyat adalah bebanan berat apatah lagi jika yang direndam itu satu 'dosa'.
Azizah mengambil pendekatan menutup aib suami adalah satu kewajipannya, sesuatu yang mesti dilakukan demi tidak melukakan hati dan perasaan anak2 dan ibubapa tentang kisah sebenar Anwar. Baginya itu antara Anwar dengan Tuhannya.
Azizah mengambil masa yang terlalu lama atau sebenarnya tidak mempunyai kekuatan..bagaimana dengan Nurul?
Tindakan rasional yang perlu di ambil oleh Azizah ialah berjumpa dengan Nik Aziz untuk mendapat pandangan politik... dan Dato Seri Dr Haji Harussani untuk mendapat pandangan ugama.