Asakan demi asakan ke atas Anwar seperti di Parlimen sangat mencemaskan kerana terlalu banyak untuk Anwar menangkis dan menjawab dan sudah semestinya Anwar sedang merangka satu strategi lama yang dikemaskinikan.
Sehingga sebelum PRU13, Anwar and the gang pasti sudah mereka agenda dan dengan perkembangan terkini. Desperate man do desperate things, agenda akan dipercepatkan, beberapa adegan surprise, stunt dan ganas akan dimasukkan dalam missi do or die.
http://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/03/25/langkah-terdesak-anwar-selepas-pendedahan-zahrain-dan-zulkifli/#respondPAS dan DAP harus berwaspada kerana jika terlalu terlibat secara langsung risiko amat tinggi samada mereka juga akan ditelan arus dan gelombang bersama PKR yang memang sudah nekad untuk 'terjun bangunan' - Pilihan PKR hanya satu - mereka sudah tidak punya pilihan.
Dalam ketika yang sama UMNO juga dilihat masih belum berubah, perasaan tidak puas hati masih ketara kerana UMNO di anggp gagal mempertahan apalagi memperjuangkan hak Melayu dan Islam dan UMNO dilihat terlalu tunduk kepada kaum lain - Realiti atau persepsi? MEB yang akan diumumkan akan menjadi garis penentu kedudukan terkini perjuangan UMNO.
Isu Titi Tinggi, Perlis memperlihatkan UMNO seolah berada dalam ketakutan yang amat sangat untuk menghadapi pilihanraya kecil walaupun di kubu sendiri yang selamat hingga ramai penyokong UMNO menganggap UMNO sudah hilang jantan.
Dengan perkembangan terkini PERKASA yang mendapat sambutan dibawah kepimpinan Ibrahim Ali dan dibayangi Tun Mahathir sudah semestinya menjadi satu perhatian kalau tidak pun bukan ancaman kepada UMNO, walaupun bukan sebuah parti politik, PERKASA boleh meletakkan ahlinya sebagai Calon Bebas di mana mana kawasan majoriti Melayu di mana UMNO tidak meletakkan calonnya tetapi menyerahkannya kepada komponen BN.