Sunday, June 26, 2011

ulangan:

1Malaysia menjahanamkan Melayu dan Islam !!!

Ulasan panjang2 tidak perlu, sudah terang lagi bersuluh, cukuplah setakat nak bagi tau memang 1Malaysia itu melemahkan, merosakkan, merugikan dan menjahanamkan Islam dan Melayu?

Kalau ada sesiapa yang tidak setuju termasuklah PM atau para kabinet hapraknya, tolonglah sanggah fakta itu. Buktikan di mana kelebihannya? di mana untungnya?

1Malaysia itu sama juga tarafnya Negara Kebajikan PAS yang semuanya bertujuan untuk mendapat undi tetapi mengorbankan Melayu dan Islam.

Itulah rupa bentuk hipokrik dan dayus pemimpin UMNO dan PAS.

Saturday, June 25, 2011

Majlis Peguam? Kepentingan siapa?

Di zaman Mahathir rajin sangat Majis Peguam dan Karpal menuduh Mahathir menghina mahkamah atau dituduh cuba campur tangan dalam sistem penghakiman setiap kali Mahathir membuat ulasan.

Tetapi kini secara terang terangan bukan sahaja sekali tetapi sudah berkali kali pihak berkenaan yang sama telah membuat ulasan, teguran dan kritikan ke atas perjalaanan atau penghukuman mahkamah. Yang terbaharu Majlis Peguam dalam kes vedio Trio T mengkritik hakim di atas keputusannya membenarkan video itu ditayangkan secara umum dan dan membenarkan mahkamah dimaklumkan pandangan pakarberhubung ketulinan vedio tersebut walaupun Trio T mengaku bersalah.

Apakah akta atau peraturan menghina mahkamah di Malaysia sudah berkubur? Apakah penghinaan hanya boleh dikenakan kepada pihak kerajaan sahaja.

Bukankah hak hakim menentukan keadilan dengan mendengar atau melihat kebenaran sesuatu dakwaan itu sebelum menjatuhkan hukuman walaupun orang kena tuduh telah mengaku bersalah?

Bukankah hak publik untuk juga melihat atau mendengar sesuatu dakwaan itu yang menjadi kepentingan publik juga? Secara tidak langsung publik juga menjadi saksi awam terpenting dan bertuah dapat menyaksikan video tersebut yang memberi reaksi dan kesan 'huru hara' sebelum ini.

Ketelusan hakim tersebut sangat wajar dan bertindak bijak supaya hakim tidak dipersalahkan sebagai 'boneka' atau dituduh dengan label yang lebih teruk lagi jika tidak mengambil tindakan tersebut.

Majlis Peguam sebenarnya bukan berkepentingan sangat dari segi menegakkan keadilan tetapi lebih kepada berkecenderungan untuk mempersalah dan memperlekeh kerajaan dan badan penghakiman itu sendiri.

Sikap Majlis Peguam yang berterusan sebegini hanya menjejaskan kredibiliti serta maruah peguam seluruh Malaysia yang dilihat terlibat dalam politik dan berat sebelah malah kadangkala sikap mereka agak bodoh di mata rakyat. Mereka juga dilihat mudah terpedaya dan menjadi 'boneka' pada sesuatu pihak. Bagaimana mungkin sebuah majlis yang di anggap banyak cerdik pandai boleh menjadi budak suruhan kepada sesuatu pihak yang lain? Dicucuk hidung dengan begitu mudah?

1Malaysia menjahanamkan Melayu dan Islam !!!

Ulasan panjang2 tidak perlu, sudah terang lagi bersuluh, cukuplah setakat nak bagi tau memang 1Malaysia itu melemahkan, merosakkan, merugikan dan menjahanamkan Islam dan Melayu?

Kalau ada sesiapa yang tidak setuju termasuklah PM atau para kabinet hapraknya, tolonglah sanggah fakta itu. Buktikan di mana kelebihannya? di mana untungnya?

1Malaysia itu sama juga tarafnya Negara Kebajikan PAS yang semuanya bertujuan untuk mendapat undi tetapi mengorbankan Melayu dan Islam.

Itulah rupa bentuk hipokrik dan dayus pemimpin UMNO dan PAS.

Orang Pandai yang Paling Bodoh di Malaysia..

Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat tindakan pihak polis malarang perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan bukan sahaya tidak sah, malah melanggar perlembagaan.

“Mereka bertindak secara tidak sah apabila secara umum memaklumkan tidak akan mengeluarkan permit.

“Sebagai pihak berkuasa awam, mereka hanya boleh membuat keputusan apabila permohonan dibuat,” kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu kepada Malaysiakini.

Abdul Aziz (kanan) menjelaskan, bawah perlembagaan, polis perlu menimbangkan setiap permohonan permit dan tidak patut membuat sebarang pertimbangan tidak wajar.

Beliau berhujah, polis membuat penghakiman awal berhubung perkara itu dan sekali gus menentang undang-undang.

Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan.

Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Perskutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin.

“Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya,” kata pensyarah undang-undang itu.

........................................................

Elok juga berdemo di pintu masuk rumah si bahalol ni atau rumah ambiga - tengok terganggu ke tidak kehidupan harian keluarga dan jirannya.

Keputusan dan tindakan pencegahan polis adalah untuk kepentingan dan keselamatan orang awam - perhimpunan haram tanpa permit samalah macam merompak atau lain lain jenayah, tak perlulah tunggu perompak membuat permohonan untuk merompak baru polis nak bagi tahu, permohonan rompak itu ditolak dan tidak diberi permit merompak - bahalol punya mangkuk.

Friday, June 24, 2011

Anwar kekal suci??!!

Anwar kekal suci dengan terhukumnya Trio T selepas mengaku bersalah??!!

Sedangkan hakikatnya ramai pro UMNO menunggu supaya Trio T diheret ke mahkamah dan seterusnya perbicaraan yang menyaksikan pelbagai lagi 'rahsia' didedahkan. Pengakuan bersalah itu menghancurkan seluruh keinginan rakyat yang ingin mengetahui lebih lanjut.

Ini 'games' siapa sebenarnya? Kerana ia melibatkan 'isu politik' tidak mungkin UMNO hanya berdiam diri dalam soal ini. Pastinya ada perancangan dan agenda lain jika ini 'akhirnya'.
Mungkin trio T akan lebih bebas bercakap dan berceramah selepas dihukum? Ini akan terus mencabar untuk Anwar mengambil tindakan undang2 ke atas mereka dan 'pertarungan' sebenar akan berlaku selepas ini?
Atau Trio T terus mengecut dan hilang dari persada media kerana semuanya tidak menguntungkan?

Rakyat kini menuntut supaya pendakwaan ke atas Anwar sebagai membuat laporan palsu kepada polis berhubung penafiannya? Senjata makan tuan. Perkasa dan Pemuda UMNO jangan lupa selitkan tuntutan ini di mana jua mereka berkumpul. Apakah boleh diharapkan BERSIH akan masukkan tuntutan yang sama???? Laporan polis perlu dibuat mendesak pendakwaan dibuat.

Dari segi undang2 Anwar kekal terlepas tetapi dari segi moral dan akhlak dan etika pemimpin Anwar sudah tidak layak untuk mengaku 'bersih' selagi dia tidak mencabar dan membersihkan kotoran namanya di mahkamah apabila disebut dalam mahkamah bahwa pelaku video seks itu 99.99% adalah mirip Anwar. Berdiam bererti Anwar mengaku itulah dia. Menafikannya sekadar di pentas ceramah dan bukannya di mahkamah juga tanda Anwar mengaku itulah dia.

Beban membuktikan itu 'bukannya dia' terletak di bahu Anwar?

Seperti kes liwatnya yang pertama dulu, Anwar bebas dari segi teknikal dan bukannya 'tidak melakukan liwat itu'. Hakikat itu sudah terpahat dalam sejarah dan apakah kali ini akan terpahat sejarah yang sama berulang, melakukan tetapi terlepas??!!

Bagaimana reaksi Azizah, Nurul dan PAS? Apalagi ayat kalis yang mahu digunakan untuk mempertahankan Anwar? Apakah masuk surga seperti yang dijanjikan kepada penyokong PAS jika terus menyokong Anwar? Jawablah sendiri.

Pembuktian 99.99% mirip Anwar sudah dinyatakan dalam mahkamah dan jika itu 'fitnah' maka buktikanlah juga dimahkamah.

Tuesday, June 21, 2011

unit anjing dikerah melindung pendemo bersih.. !?

Untungnya jadi cina, cina Malaysia, untung sebab mereka berniga satu bab, tapi untung mereka sebab tinggal di malaysia, tinggal di lengkongan orang melayu, untung kalau sakit demam ada orang melayu akan ambil tahu, untung sebab mereka akan dilindung oleh orang melayu kalau ada orang serang atau mengamuk, dan sekarang lebih untung sebab jangan dijentik, kalau cina kena warning pun, berebut rebut orang melayu nak lindung.

Perkasa pun sayangkan cina, perkasa sebelum nak demo bagitau awal2 pada cina supaya jangan turut serta, itupun ramai salah faham mendakwa perkasa nak ganyang cina. Atas salah faham itupun, ramai pemimpin melayu, media melayu,blogger melayu yang kritik dan kutuk perkasa. Jejaka idaman malaya, bakal PM Malaysia pun minta ibrahim ali diisakan, presiden gerakan yang kalah pilihanraya dapat jawatan dan gaji buta, koh su kun pun minta ibrahim ali dikenakan tindakan, pemimpin dap dan pembangkang lain jangan cakap le, mereka lebih api dari api.

Yang nak angkat topi, tabik spring adalah kepada pemimpin melayu, blogger melayu dan pejuang melayu yang pegang bendera umno dan yang lain tetapi cukup hebat dan berani membela cina. Mereka2 inilah yang sanggup mati dan berkorban demi cina, betul2 1Malaysia walaupun mereka selalu kutuk 1malaysia, jadi tidaklah hairan kalau melayu2 di sebelah sana pula sanggup jadi 'barua' kepada ambiga.

Sebab itulah kalau nik aziz malu nak mengaku melayu, kita lebih mudah faham maksud sebenar. Negara kebajikan juga bermaksud orang Islam diutamakan tapi kenalah cina didahulukan dalam apa apa jua hal. Ibrahim ali juga tidak akan bernasib malang seperti sekarang kalau dia bukan orang melayu. Melayu adalah perkauman, racist selain dari label malas yang sudah di cop beribu tahun dahulu.

Tiada cara lain, kerajaan dan pdrm juga wajar membenarkan BERSIH di adakan untuk mengelak daripada dilabel sebagai kerajaan yang tidak adil, korup, kroni, perkauman dan menindas kaum bukan bumi. Bukan sahaja kebenaran, malah pdrm wajar mengerah seluruh anggotanya dan unit anjing dan kuda untuk mengawal dan melindung pendemo BERSIH.

Tetapi SIAPA hakikatnya yang akan bertembung pada BERSIH untuk melakar sejarah hitam?

Mesti Tonton Drama 24hb Jun


Kj tidak gentar pada Hisham untuk demo 9hb Jul tetapi gentar pada Anwar 24hb Jun , apa agenda? apa drama? apa hubungan?..berapa banyak lagi talian hayat yang mahu KJ hulurkan pada anwar? dalam bahasa lembutnya apakah KJ jadi balaci anwar selama ini? pengintip anwar dalam UMNO?

Kj, tolong buka topeng sebenar kamu!!!! Jadilah anak jantan...

Apakah krtikan KJ kepada anwar selama ini hanya pura2..



ramli yusuff asset declare case 120310 muhammad shafee abdullahPihak-pihak dalam saman fitnah yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan menimbangkan kemungkinan menyelesaikan kes di luar mahkamah. Peguam yang mewakili Khairy, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah (kanan) memberitahu pemberita, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad telah meminta pihak-pihak berkenaan berbuat demikian semasa berjumpa dengan pihak-pihak berkenaan di dalam kamarnya hari ini. Khairy turut diwakili peguam Sarah Abishegam manakala Anwar diwakili peguam Mohd Haijan Omar. Muhammad Shafee berkata beliau akan berbincang dengan Khairy mengenai sama ada anak guamnya itu bersetuju dengan penyelesaian itu. Mahkamah menetapkan 24 Jun bagi pengurusan kes bagi mereka memaklumkan kepada mahkamah mengenai keputusan mereka.

6ANGKA