Di zaman Mahathir rajin sangat Majis Peguam dan Karpal menuduh Mahathir menghina mahkamah atau dituduh cuba campur tangan dalam sistem penghakiman setiap kali Mahathir membuat ulasan.
Tetapi kini secara terang terangan bukan sahaja sekali tetapi sudah berkali kali pihak berkenaan yang sama telah membuat ulasan, teguran dan kritikan ke atas perjalaanan atau penghukuman mahkamah. Yang terbaharu Majlis Peguam dalam kes vedio Trio T mengkritik hakim di atas keputusannya membenarkan video itu ditayangkan secara umum dan dan membenarkan mahkamah dimaklumkan pandangan pakarberhubung ketulinan vedio tersebut walaupun Trio T mengaku bersalah.
Apakah akta atau peraturan menghina mahkamah di Malaysia sudah berkubur? Apakah penghinaan hanya boleh dikenakan kepada pihak kerajaan sahaja.
Bukankah hak hakim menentukan keadilan dengan mendengar atau melihat kebenaran sesuatu dakwaan itu sebelum menjatuhkan hukuman walaupun orang kena tuduh telah mengaku bersalah?
Bukankah hak publik untuk juga melihat atau mendengar sesuatu dakwaan itu yang menjadi kepentingan publik juga? Secara tidak langsung publik juga menjadi saksi awam terpenting dan bertuah dapat menyaksikan video tersebut yang memberi reaksi dan kesan 'huru hara' sebelum ini.
Ketelusan hakim tersebut sangat wajar dan bertindak bijak supaya hakim tidak dipersalahkan sebagai 'boneka' atau dituduh dengan label yang lebih teruk lagi jika tidak mengambil tindakan tersebut.
Majlis Peguam sebenarnya bukan berkepentingan sangat dari segi menegakkan keadilan tetapi lebih kepada berkecenderungan untuk mempersalah dan memperlekeh kerajaan dan badan penghakiman itu sendiri.
Sikap Majlis Peguam yang berterusan sebegini hanya menjejaskan kredibiliti serta maruah peguam seluruh Malaysia yang dilihat terlibat dalam politik dan berat sebelah malah kadangkala sikap mereka agak bodoh di mata rakyat. Mereka juga dilihat mudah terpedaya dan menjadi 'boneka' pada sesuatu pihak. Bagaimana mungkin sebuah majlis yang di anggap banyak cerdik pandai boleh menjadi budak suruhan kepada sesuatu pihak yang lain? Dicucuk hidung dengan begitu mudah?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BN MENANG BESAR !
CABAR DIRI... Kalau income anda jadi RM3,000 ke atas dalam masa 3 bulan — berterusan bertambah bulan-bulan... Berapa modal anda BERANI labur...
-
Apa bisnes yang menarik tu... Setiap 10-30 min ada new sign baru untuk Bisnes Passive Income Best dan simple! Tuan klik link di stas beri...
-
PRK Sungai Kandis, walaupun umno bekerjasama dengan PAS, nyata jumlah undi kepada calon umno tidak mencerminkan sokongan padu dari kedua d...
Majlis Peguam Untuk Siap?
ReplyDeleteUntuk Kafir yang menentang Kerajaan Melayu Islam