Friday, June 24, 2011

Anwar kekal suci??!!

Anwar kekal suci dengan terhukumnya Trio T selepas mengaku bersalah??!!

Sedangkan hakikatnya ramai pro UMNO menunggu supaya Trio T diheret ke mahkamah dan seterusnya perbicaraan yang menyaksikan pelbagai lagi 'rahsia' didedahkan. Pengakuan bersalah itu menghancurkan seluruh keinginan rakyat yang ingin mengetahui lebih lanjut.

Ini 'games' siapa sebenarnya? Kerana ia melibatkan 'isu politik' tidak mungkin UMNO hanya berdiam diri dalam soal ini. Pastinya ada perancangan dan agenda lain jika ini 'akhirnya'.
Mungkin trio T akan lebih bebas bercakap dan berceramah selepas dihukum? Ini akan terus mencabar untuk Anwar mengambil tindakan undang2 ke atas mereka dan 'pertarungan' sebenar akan berlaku selepas ini?
Atau Trio T terus mengecut dan hilang dari persada media kerana semuanya tidak menguntungkan?

Rakyat kini menuntut supaya pendakwaan ke atas Anwar sebagai membuat laporan palsu kepada polis berhubung penafiannya? Senjata makan tuan. Perkasa dan Pemuda UMNO jangan lupa selitkan tuntutan ini di mana jua mereka berkumpul. Apakah boleh diharapkan BERSIH akan masukkan tuntutan yang sama???? Laporan polis perlu dibuat mendesak pendakwaan dibuat.

Dari segi undang2 Anwar kekal terlepas tetapi dari segi moral dan akhlak dan etika pemimpin Anwar sudah tidak layak untuk mengaku 'bersih' selagi dia tidak mencabar dan membersihkan kotoran namanya di mahkamah apabila disebut dalam mahkamah bahwa pelaku video seks itu 99.99% adalah mirip Anwar. Berdiam bererti Anwar mengaku itulah dia. Menafikannya sekadar di pentas ceramah dan bukannya di mahkamah juga tanda Anwar mengaku itulah dia.

Beban membuktikan itu 'bukannya dia' terletak di bahu Anwar?

Seperti kes liwatnya yang pertama dulu, Anwar bebas dari segi teknikal dan bukannya 'tidak melakukan liwat itu'. Hakikat itu sudah terpahat dalam sejarah dan apakah kali ini akan terpahat sejarah yang sama berulang, melakukan tetapi terlepas??!!

Bagaimana reaksi Azizah, Nurul dan PAS? Apalagi ayat kalis yang mahu digunakan untuk mempertahankan Anwar? Apakah masuk surga seperti yang dijanjikan kepada penyokong PAS jika terus menyokong Anwar? Jawablah sendiri.

Pembuktian 99.99% mirip Anwar sudah dinyatakan dalam mahkamah dan jika itu 'fitnah' maka buktikanlah juga dimahkamah.

No comments:

Post a Comment

6ANGKA