............
Sunday, July 3, 2011
lawak cina kapir DAP Penang..
............
8 perkara lulus - ramai nak sokong BERSIH
Saturday, July 2, 2011
Jika Demo di Kelantan - Halal atau haram...
Jika ini berlaku, pertembungan yang memungkinkan tangkap menangkap akan berlaku disusuli dengan tuduh menuduh selepas itu yang kemudiannya mahkamah menjadi tempat untuk 'mengadu dan mendapat keputusan'. Rentetan peristiwa itu sudah cukup menunjukkan rakyat dan polis membuang masa kerana kerenah segelintir pemimpin politik yang kononnya demi kesejahteraan rakyat tetapi sebenarnya menyusahkan rakyat dan banyak pihak lain.
Beberapa pemimpin Pembangkang sudah mula menunjukkan tipu muslihat mereka untuk dilihat 'hero' di mata rakyat dengan sengaja melakukan provokasi untuk 'ditangkap' oleh pihak polis. Tindakan mereka semata mata publisiti untuk meyakinkan kepada penyokong bahawa mereka sanggup kedepan dan berkorban.
Rakyat kena semak di kawasan mereka, adakah pemimpin2 yang kena tangkap hari ini adalah pemimpin yang sama turun padang dan menyelesaikan masalah rakyat di kawasan mereka?? Sanggup memberi masa, turun naik pejabat untuk menyelesaikan masalah rakyat?? Jika mereka pemimpin yang di pihak kerajaan 4 negeri di kuasai pembangkang, adakah mereka mudah ditemui untuk mengadu?? Mereka lebih sebok dengan urusan parti, urusan peribadi atau urusan wakil rakyat??
Apakah ini Pembangkang yang mahu di sanjung? Apakah perhimpunan itu satu tindakan yang paling bijak dan sekadar itu yang mereka mampu lakukan? Walaupun menguasai 4 negeri, mereka masih menunjukkan ciri ciri pembangkang yang semata mata mahu dilihat hebat bergantung kepada 'isu' dan bukannya mereka lakukan sesuatu yang hebat dengan idea sendiri di 4 negeri yang mereka kuasai dan kemudiannya menunjukkan kepada rakyat itu kebolehan mereka memrintah?
Apa kehebatan Kelantan yang dikuasai PAS 21 tahun untuk dijadikan contoh terbaik? Pembangunannya? Akhlak rakyatnya? Islamnya? Kebajikannya? - yang tumbuh macam cendawan sekadar warung dan papan iklan "membangun bersama Isle". Pembangunan lain sekadar pembangunan biasa, rumah kedai, tesco, pusat membeli belah dan jalan2 bertampal.
Agaknya apakah reaksi kerajaan Kelantan PAS jika esok2 rakyat Kelantan mahu berdemo di Kelantan memprotes tentang kemunduran dan pengabaian kerajaan PAS hampdir 21 tahun? Apakah demo sebegitu halal atau haram? Tuduhan yang pasti - UMNO adalah dalangnya.
Di Pulau Pinang dan Selangor pula, pembangunan jarang didengar, yang banyak ialah 'perobohan' milik rakyat yang marhaen, itukah kebajikan? Jika tidak kerana bantuan dan projek kerajaan Pusat, kedua dua negeri itu bukan kata bangunan, tiang pun belum tentu terpacak.
Semua kelemahan2 mereka yang gagal menunaikan janji manifesto mahu ditgenggelam dan dikabui dengan provokasi seperti perhimpunan haram dan desakan serta fitnah semborono keatas pemerintah sekarang.
UMNO masih lupa daratan, PAS makin bercelaru, PKR perjuangan peribadi, DAP perkauman tebal, MCA hilang kepercayaan, MIC hilang perkataan - sedarkah mereka?
Rakyat - jom kita berfikir.
Friday, July 1, 2011
Idea Asal Mat Sabu
Selepas ini kerajaan wajar membina satu replika ibu negara KL dengan jalan2 yang menjadi kegemaran pendemo untuk berarak.
Bandar Replika terletak di tengah2 hutan Pahang yang masih luas dan projek itu diswastakan, mana2 pihak yang mahu berdemo perlu bayar termasuklah deposit untuk gantirugi kerosakkan yang dibenarkan.
Idea asal adalah Mat Sabu yang menyatakan demo akan meningkatkan perniagaan. Di replika, juga disediakan rumah penginapan termasuk rumah urut moden dan tradisional, gerai makan minum dan lain2. Perkhidmatan teksi dan bas akan meningkat penggunaanya dengan membawa penumpang dari seluruh pelusuk negara ke ibunegara replika.
Balai Polis dan Hospital dikecualikan pembinaannya kerana permit polis tidak diperlukan dan manamungkin berlaku kecederaan kerana semuanya berjalan dengan aman.
NGO dan Pejabat Agensi Perisikan Luar negara wajar dibuka bagi memberi khimat nasihat secara langsung dan tidak tersembunyi bagaimana demo perlu dijalankan secara berkesan termasuklah peruntukan besar perbelanjaan.
Astro boleh buat siaran langsung.
mykmu.net - Jangan Lupa Jemput Tokoh Ini Bersama..
Pencetus dan Pembawa Masalah Kepada rakyat dan negara Malaysia... Mana dia menghilangkan diri ketika segala pertelingkahan dan bala sedang di alami rakyat???
.
Ini waris yang ditinggalkannya....
Kerajaan yang galakkan rakyat berdemonstrasi...
KUALA LUMPUR – Kabinet hari ini membuat keputusan untuk tidak membenarkan stesen televisyen berbayar Astro menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata isu tarif itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan Kabinet berpendapat Astro tidak sewajarnya menaikkan apa pun tarif berkaitan perkhidmatan mereka pada waktu ini.
“Saya telah bersetuju untuk SKMM tidak membenarkan kenaikan sebarang tarif Astro kecuali ianya telah diluluskan oleh SKMM, dan mengikut kadar yang berpatutan, serta mengikut lunas undang-undang,’ katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Angkasapuri di sini, hari ini.
– BERNAMA
Rakyat berterima kasih di atas keputusan kerajaan itu.
Cuma diperhatikan kelulusan atau tidak kenaikan 'harga' sesuatu barang atau perkhidmatan oleh kerajaan biasanya disebabkan oleh rungutan yang begitu banyak atau desakan bertalu talu oleh rakyat, jika tidak ada desakan yang ketara, 'harga' mungkin dinaikkan dengan pelbagai alasan 'bodoh'.
Sikap kerajaan yang hanya akan rasional, prihatin dan peka kepada rakyat lebih bergantung kepada respon yang rakyat berikan dan bukannya atas pertimbangan yang lebih ikhlas. Jika tidak ada 'desakan' kerajaan sewenang-wenangnya menaikkan harga. Sikap inilah juga menggalakkan rakyat untuk bangun mendesak kerajaan dan salah satu caranya ialah dengan demonstrasi bagi menyuarakan isi hati.
Demonstrasi suara rakyat kemudian dijadikan alat serta didalangi politik pembangkang yang ada kepentingan lain. Tetapi adakalanya juga didalangi oleh pemimpin politik dalaman untuk menonjolkan diri termasuk beberapa NGO yang ingin meraih populariti.
Pihak polis wajar memberi permit demonstrasi atau perkumpulan rakyat jika perhimpunan itu tidak didalangi oleh pihak2 lain yang tidak kena mengena yang akan membawa kepada huruhara. Demokrasi wajar terus subur dengan cara yang betul.
Demonstrasi - pilihan rakyat atas kesilapan kerajaan juga?
Renung2kanlah.
........
Kerajaan dan BN mungkin berasa lega dengan kutukan massa terhadap penganjur tunjuk perasaan seperti yang dicanangkan oleh media massa arus perdana dan blog-blog partisan prokerajaan, pro-BN dan pro-Umno. Tetapi kerajaan dan BN tidak akan menjadi lebih kuat hanya dengan memburukkan pembangkang dan penunjuk perasaan.Ya, tindakan mereka akan mengganggu ketenteraman, keselesaan dan keselamatan awam. Tetapi kerajaan dan BN juga wajib melihat ke dalam diri mereka sendiri.
Siapakah yang membuka pintu kuala atas nama keterbukaan, liberalisasi, globalisasi dan pelbagai jargon lagi kalau bukan kerajaan BN pada era Abdullah?
Siapakah yang menyebabkan begitu ramai orang Melayu, termasuk ahli dan penyokong Umno, meluat, menyampah dan benci kepada Umno dan BN? Orang Melayu marah kerana berasa kepentingan mereka diabaikan manakala beberapa kerat “lembu suci” diberikan keutamaan dan perlindungan.
Orang bukan Melayu pula marah kerana berasa janji-janji kepada mereka tidak ditunaikan.
Abdullah membebankan Umno, BN dan kerajaan dengan beberapa kerat suku sakat, sahabat dan budak-budak Tingkat Empat. Soalnya, apakah Umno, BN dan kerajaan pasca-Abdullah bersih daripada ciri-ciri yang memualkan ini?
Siapa Yang Menonjolkan Ambiga?
Siapakah Ambiga Sreeneasan ini kalau bukan “ciptaan” era Abdullah kerana kononnya dia ini sederhana dan bersimpati dengan kerajaan? Dia ditimang ibarat minyak yang penuh oleh budak-budak Abdullah ketika dia menjadi Presiden Majlis Peguam.
Jadi, jangan marah kepada Ambiga jika hari ini dia begitu berkuasa, berpengaruh, dicintai pembangkang dan diyakini oleh Melayu, Cina dan India, haji dan lebai. - A KADIR JASIN
Nik Aziz: Bubar Umno dan PAS, tubuh parti baru
|
|
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mencadangkan supaya Umno dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam. Beliau berkata Islam menepati semua matlamat perjuangan termasuk politik dan perlu dijadikan asas kepada perjuangan mana-mana parti politik yang inginkan kepada perjuangan sebenar. “Umno bubar PAS pun bubar, tubuh parti lain dengan syarat berdasarkan kepada Islam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan ke-37 di Machang hari ini Bernama melaporkan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Umno tidak ada sebab untuk menolak dasar Islam yang dicadangkan oleh PAS melalui parti itu kerana Islam milik semua kaum termasuk bukan Melayu di negara ini. “Kalau tidak kena dengan Islam di mana-mana, cuba beritahu dan kalau Umno itu benar dan tidak bertentangan dengan agama cuba beritahu,” katanya ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membayangkan kemungkinan diadakan kerjasama politik dengan PAS suatu masa nanti. Nik Abdul Aziz berkata dengan cara demikian ia dapat mengembalikan kekuatan Islam di negara ini di samping merapatkan hubungan antara kaum termasuk bukan Islam. “Islam untuk semua kaum, bukan untuk orang Melayu sahaja atau Cina, India dan Orang Putih, semua perlu bersatu di bawah Islam,” katanya. http://zanas.wordpress.com/berita/nik-aziz-bubar-umno-dan-pas-tubuh-parti-baru/jul26 2008 |
Hari ini, yang tinggalkan Islam ialah PAS, mereka beralih kepada skop yang lebih kecil, 'kebajikan'. - usaha kebajikan pertama BERSIH?!
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...