Friday, July 1, 2011

Nik Aziz: Bubar Umno dan PAS, tubuh parti baru





Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mencadangkan supaya Umno dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.

Beliau berkata Islam menepati semua matlamat perjuangan termasuk politik dan perlu dijadikan asas kepada perjuangan mana-mana parti politik yang inginkan kepada perjuangan sebenar.

“Umno bubar PAS pun bubar, tubuh parti lain dengan syarat berdasarkan kepada Islam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan ke-37 di Machang hari ini

Bernama melaporkan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Umno tidak ada sebab untuk menolak dasar Islam yang dicadangkan oleh PAS melalui parti itu kerana Islam milik semua kaum termasuk bukan Melayu di negara ini.

“Kalau tidak kena dengan Islam di mana-mana, cuba beritahu dan kalau Umno itu benar dan tidak bertentangan dengan agama cuba beritahu,” katanya ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membayangkan kemungkinan diadakan kerjasama politik dengan PAS suatu masa nanti.

Nik Abdul Aziz berkata dengan cara demikian ia dapat mengembalikan kekuatan Islam di negara ini di samping merapatkan hubungan antara kaum termasuk bukan Islam.

“Islam untuk semua kaum, bukan untuk orang Melayu sahaja atau Cina, India dan Orang Putih, semua perlu bersatu di bawah Islam,” katanya.

http://zanas.wordpress.com/berita/nik-aziz-bubar-umno-dan-pas-tubuh-parti-baru/
jul26 2008


Hari ini, yang tinggalkan Islam ialah PAS, mereka beralih kepada skop yang lebih kecil, 'kebajikan'. - usaha kebajikan pertama BERSIH?!

2 comments:

  1. Kluangman,

    Eko makan babi ke? Mulut kau bau bacin, hancing macam air kencing babi.

    ReplyDelete
  2. Katun betui. Nak suruh UMNO bubar! Umno masih mempunyai wakil di Parlimen melebihi 90 wakil, Pas hanya 20 sahaja. Kalau nak ajak bersatu pun tak nak, ini nak mintak dibubarkan, apa cerita ni. Kemudian kalau dah kedua-dua dibubarkan dan ditubuh pati baru maka Parlimen sudah pasti kena bubar juga, maka pilihan raya perlu diadakan semula. Sekarang ini yang mengepalai pemerintahan di negara ini adalah orang Islam, seharusnya PAS lah yang perlu dibubarkan memandangkan kemenangannya hanya sedikit, kalau nak dibandingkan dengan UMNO di Parlimen.PAS boleh memperbaiki kesilapan kerajaan dari dalam, bukannya melalui menyibarkan fitnah melalui akhbar pro pembangkang, kerana itu bukan etika dalam Islam.

    Saya amat tertarik dengan kupasan ahli panel dalam wawancara bertajuk "Demonstarasi" dalam Astro semalam.

    Harap dapat ASTRO ulang siaran atau masukkan kedalam youtube untuk pengetahuan kepada setiap orang Islam mengenai hukum menghadiri sesuatu demonstrasi.

    WARGA SEBELUM MERDEKA

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...