Thursday, July 14, 2011

pak pandir bersih..

Terlebih dengar temberang ambiganwar - orang tua ni sangat terpanggil untuk jadi sasterawan dan penulis yang membantu menjatuhkan kerajaan sekarang.

Reaksi yang berlebihan dan terlampau sekadar menjerumus menjadi penderhaka kepada sultan dan negara.. Yang dikejar tak dapat,  yang dikendung keciciran - dah lama tak dengar cerita pak pandir !!!!

Wednesday, July 13, 2011

HUKUM TERHADAP PESURUH DAN PENGACAU KEAMANAN


Ayat 33-36 Al Ma'idah
33 Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang  yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerusakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik, atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka di dunia, dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar, 34 kecuali orang-orang yang tobat (di antara mereka) sebelum kamu dapat menguasai (menangkap) mereka; maka ketahuilah bahwasanya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 35 Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan. 36 Sesungguhnya orang-orang yang kafir sekiranya mereka mempunyai apa yang di bumi ini seluruhnya dan mempunyai yang sebanyak itu (pula) untuk menebus diri mereka dengan itu dari azab hari kiamat, niscaya (tebusan itu) tidak akan diterima dari mereka, dan mereka beroleh azab yang pedih.

Tuesday, July 12, 2011

Jambatan ke 2 PP - LGE kata lewat, Paklah kata Ikut jadual...

Sebelum tu nak tanya, kenapa Pak Lah sebok dengan jambatan ke 2 itu dalam kerajaan PP yang diperintah oleh DAP.    Apakah Paklah wakil kerajaan Pusat?   Pengerusi pada pembinaan tersebut?   Atau wakil LEG?

6 faktor Jambatan Kedua Pulau Pinang lewat siap, kata Guan Eng


June 20, 2010
PULAU PINANG, 20 Jun — Ada enam faktor utama yang menjadi punca projek Jambatan Kedua Pulau Pinang lewat disiapkan, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Beliau berkata faktor pertama merujuk kepada kajian lanjut tentang kesan kemalangan di laut yang perlu dilaksanakan dengan baik bagi memastikan binaannya benar-benar kukuh.
Katanya sebab kedua pula merujuk kepada penilaian beban kesan gempa bumi yang perlu dijalankan, manakala sebab ketiga berkaitan dengan kajian mengenai kawasan kedalaman laut untuk melihat kesan struktur tanah di tempat itu.
“Tiga sebab lain terlalu teknikal,” katanya kepada pemberita sebelum membuat lawatan ke tapak pembinaan jambatan kedua di sini hari ini.
Jambatan yang seharusnya siap pada 2012 mengikut rancangan asal itu dijangka hanya dapat disiapkan pada September 2013 akibat faktor tersebut.
Jambatan Kedua Pulau Pinang sejauh 23.5 kilometer merupakan yang terpanjang di Asia Tenggara, menghubungkan Batu Maung di bahagian Pulau dan Batu Kawan di bahagian tanah besar, dan ia dilaksanakan secara usahasama antara China Harbour Engineering Company (CHEC) Ltd (CHEC) dan UEM Builders Bhd.
Lim berkata pembinaan jambatan kedua itu kini berada di peringkat 25 peratus siap.
Beliau seterusnya meminta semua syarikat yang mendapat kontrak bagi projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang memberi keutamaan kepada kontraktor bumiputera dan bukan bumiputera yang berasal dari Pulau Pinang.
“Semua syarikat kontraktor yang mendapat kontark projek pembinaan jambatan bukan berasal dari Pulau Pinang,” katanya. — Bernama

Kalau siap September 2013, itu bererti selepas PRU13...sempat ke Ketua menteri yang dipilih dalam pilihanraya kotor ini untuk merasmikannya atau sekadar berputih mata.

Jika DAP menang lagi selepas PRU13, apakah pilihanraya itu masih kotor dan BERSIH 3.0 akan dibuat lagi ???

10/7/11

GEORGETOWN: Penggunaan galas getah redaman tinggi (HDRB) dalam pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang berupaya melindungi struktur jambatan daripada kerosakan akibat kesan gempa bumi, kata bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau yang mengadakan lawatan ke projek pembinaan jambatan kedua itu hari ini berkata, HDRB adalah peralatan inovatif melindungi bukan sahaja struktur tetapi juga isi kandungan dalam struktur.
"Penggunaan teknologi ini adalah sangat berguna kepada pembinaan yang kritikal, selain itu ia juga boleh dipromosikan untuk pembinaan struktur kritikal yang lain pada masa akan datang," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat mengenai pembinaan jambatan kedua itu oleh Jambatan Kedua Sdn Bhd di sini.
Jambatan Kedua Pulau Pinang sejauh 23.5 kilometer adalah yang terpanjang di Asia Tenggara, menghubungkan Batu Maung di bahagian pulau dan Batu Kawan di bahagian tanah besar, dan ia dilaksanakan secara usahasama antara China Harbour Engineering Company (CHEC) Ltd (CHEC) dan UEM Builders Bhd.

Projek yang bermula pada 2008 dijangka siap pada November 2013 dan akan mengurangkan kesesakan lalu lintas di negeri itu.

Abdullah berkata, secara keseluruhannya pembinaan projek jambatan kedua Pulau Pinang yang mengambil tempoh selama 62 bulan itu berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

BERSIH gagal sebab tak cukup pulus...

Kenapa perhimpunan tidak mencapai matlamat? 
Kenapa pendemo lari lintang pukang sekadar gas pemedih mata atau water canon? 
Kenapa tidak sehebat pendemo di Mesir hingga Hosni terguling? 
Kenapa tak ramai yang cedera atau mati? 
Kenapa tak ramai yang keluar? 
Kenapa parlimen tak bubar pada isnin seprti diwarkan? Kenapa perhimpunan gagal? 
kenapa perhimpunan gagal? 
kenapa perhimpunan gagal?


Semuanya kerana bayaran tak cukup, sekadar RM150-200 untuk pagi sampai petang, itu hanya cukup cendol pulut mamak bangsar dan sedikit ubat luka atau eyemo!  bayaran tu kurang sangat kalau nak dibandingkan berapa yang mirip anwar 99.99% bayar untuk lubang china doll setakat 1 jam.


Kalau bayaran lumayan dan mungkin sampai ratusan ribu dan juta sudah pasti ada yang sanggup berdemo lebih lama, lebih hebat...

Jadi apa cerita yang kononnya BERSIH dibiayai oleh agensi asing hingga ke jutaan ringgit? mana perginya duit tu? Itu kena tanya ehem ehem ...depa masuk poket sendiri kot. Penyokong tak rasa tertipu ke????? Takkkkkkkkk kata PAS.


Semoga BERSIh 3.0 akan datang lebih berjaya... Selamat Berjuang !!!

Tanya Johan Jaafar...


Ada orang tanya aku, betul ke beberapa personaliti media prima agak rapat atau menyokong BERSIH sekaligus menyokong pembangkang, aku kata, mungkin dan boleh jadi, keberangkaliannya tinggi...tapi seiingat aku boss media prima Johan Jaafar dari dulu lagi memang pengikut setia Anwar...... Aku pernah duduk (jadi pemerhati je..) semeja dengan anwar, johan dan kawan aku Jamil ketika Anwar lawan Ghafar) so apa nak heran sangat...Najib kutip dia letak tang tu,  mampuih pi kat depa.

Banyak lagi dalam kabinet Najib yang tidak menguntungkan UMNO tetapi untung bagi Najib untuk dikekalkan.. 

Kalau betul2 nak bersih di media prima, tak perlulah perhimpunan haram, cantas dulu kepalanya, barulah ekor tak ikut menari..
Lebih mewah dan selamat agaknya hidup dua alam...

Monday, July 11, 2011

Boleh ke UMNO memang di Kelantan kalau ini lagunya...

Pemimpin UMNO Sapu RM 20 juta, Projek Jambatan Sultan Yahya Petra 2 Terbengkalai.

Kuala Nerus Gejala rasuah yang berlaku dikalangan pemimpin UMNO mengakibatkan kebocoran dan ketirisan berlaku dalam projek kerajaan.


Projek besar dan kecil ditipu oleh pemimpin UMNO menyebabkan ia menelan belanja lebih besar dari yang sepatutnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Melor, Kelantan, Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh menyatakan demikian ketika menyampaikan ceramah di Maahad Tahfidz Wal Tarbiyah Tok Jiring malam semalam.

Beliau mendedahkan penyelewengan pemimpin UMNO Kelantan dalam projek pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra 2 (JSYP2)
telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 2 Ogos tahun 2007.

Beliau berkata projek tersebut tidak ditender dan diberi kepada syarikat yang dimiliki oleh Ketua Pemuda UMNO Kota Bharu, Rosmadi Ismail.

”Kementerian Kewangan melalui Kementerian Kerja Raya di peringkat pusat telah memberi kontrak membina jambatan ini kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh Ketua Pemuda UMNO Kota Bharu dengan harga RM 150 juta,

”Kita (PAS) bila tahu, kita tanya JKR berapa harga sepatutnya sebenarnya mengikut penilaian JKR,

”JKR kata harga sebenar jambatan ini, kalau diberi secara tender (terbuka) paling mahal berharga RM 110 juta,”katanya.

Katanya kelulusan projek JSYP2 hampir kepada waktu pilihanraya umum yang lalu dimana perasmian pecah tapak projek tersebut dilakukan oleh Perdana Menteri tanpa menjemput Menteri Besar Kelantan.

Oleh itu, setelah perasmian tapak tersebut, katanya, syarikat berkenaan telah menuntut bayaran daripada kerajaan pusat lebih dari RM 20 juta.

Beliau berkata apabila mendapat bayaran dari kerajaan persekutuan, syarikat tersebut tidak meneruskan pembinaan JSYP2 dan terbengkalai sehingga kini.

”Akhirnya dia telah tuntut sebanyak lebih dari RM 20 juta, lepas itu dia pun tinggal (projek), tidak buat, sampai ke hari ini tidak buat, pitih RM 20 juta dia kebas,

”Ketua Pemuda UMNO Kota Bharu beli kereta Porsche sebuah, nombor plate DBH1, yang harganya lebih sejuta ringgit,”dedah Ustaz Wan Ismail.

Katanya projek pembinaan JSYP2 yang terbengkalai adalah satu bukti bagaimana pemimpin UMNO menipu kontrak kerajaan.

 ”Dahlah boleh (mendapat) kontrak dengan harga yang mahal, tipu kerajaan pula, ambil pitih tapi tak buat kerja,”tambahnya.

Beliau berkata, kerajaan (rakyat) terpaksa menanggung kerugian bepuluh juta ringgit kerana terpaksa melantik kontraktor lain bagi melaksanakan projek itu dan wang lebih RM 20 juta yang telah diberikan kepada syarikat tersebut tidak dapat dituntut semula.

Pas dari Negara Islam ke Negara Kebajikan kini bertukar lagi...

Pas dari Negara Islam ke Negara Kebajikan kini bertukar lagi ke Negara Gendang... bunyi kuat, tapi isi di dalam kosong.


Ini terhasil dari sikap ahli hinggalah ke pemimpin PAS yang mudah dicucuk hidung, dilembu, dikudakan sementara masih memberi keuntungan dan  berfaedah tetapi apabila madu habis, sepah dibuang menjadi babi panggang kepada DAP dan Anwar.


Jika ini tidak mahu disedari, ditolak dengan ego oleh PAS, tiada siapa lagi yang boleh membantu mereka untuk musnah dan pupus. PAS pernah dicop parti terompah untuk DAP-antiMelayu oleh Anwar sendiri.


Peranan halus Anwar dan DAP sangat dikagumi bagaimana boleh menukar karektor dan sikap Nik Aziz dari seorang ulama yang masih disegani dan dihormati kawan dan lawan, serta bersikap takut kepada Allah kini menjadi seorang manusia yang sudah tidak lagi dihormati malah mudah dimaki dan dipersendakan oleh orang awam, Nik Aziz dilihat sudah bertuhankan undi dan kuasa serta impian ke Putrajaya.
Menggunakan ayat alQuran dan Hadith untuk berlindudng diri  menghalalkan cara malah berperanan pula menentukan haram, halal, syurga dan neraka. Apa sudah jadi ni????


Hadi Awang yang selama ini boleh dianggap berfikiran terbuka, mudah berbincang dan bekerjasama tiba2 menjadi tertutup, samseng jalanan. ganas dan lupa diri dengan keputusan dan serangan ke atas UMNO. Malah sudah tidak menunjukkan rasa hormat dan setia kepada sultan sendiri semata mata mahu bersama-sama kawan2 barunya. Apakah Nik Aziz cukup kuat mempengaruhi dan mencekam Hadi????


Selepas dua aktor di atas, Bermula dari Mat Sabu, Husam dan seterusnya hingga dke bawah, apalagi yang boleh orang Melayu dan Islam harapkan dari mereka ???????????????????????????. Mereka2 ini bukan sahaja hidung, kalau Anwar nak jubur pun, depa serahkan dengan rela hati asal upahnya lumayan...

Ini antara standard isi ucapan Mat Sabu di PP malam tadi - gendang kosong, bunyi kuat, penonton terhibur...


Laungan oleh Mat Sabu.."Najib Bohong..Perdana Menteri Bohong" bergema di Seberang Jaya.

"Kamu boleh melukakan lututku..tetapi kamu tidak boleh melukakan otakku.." kata Mat Sabu 

( Mat Sabu tak sedar sebenarnya otaknya memang dah rosak, dah dilembukan oleh Anwar dan DAP, perjuangan lebih kepada kuasa dan Putrajaya untuk dikongsi bersama penzina, peliwat dan pengkhinat bangsa serta kapir laknat racist )

Mat Sabu menyeru kepada polis agar menjaga keselamatan rakyat bukan menjaga keselamatan umno.

Mat Sabu mengingatkan peringatan Ustaz Hadi bahawa 9 Julai 2011 adalah satu permulaan..kita akan ajak rakyat turun ke jalan raya jika kerajaan dan SPR terus pekak dan tidak mahu penuhi 8 tuntutan BERSIH.

Mat Sabu cerita beliau mahu ke masjid tiba-tiba polis yang langgar beliau. Begitu kejam polis apco sanggup langgar pemimpin rakyat sendiri.

Bil air di rumah perdana menteri rm30 ribu sebulan.. "ini bukan orang yang mandi tetapi badak yang mandi.."

"Malaysia dah gila..baju kuning kena tangkap..kalau berak tahi kuning pun mungkin kena tangkap.." sindir Mat Sabu. - SharpShooter

Perkhidmatan Doa, Solat Hajat & Bacaan Al-Quran

  خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ "Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain" (HR Ibn Hibban) Perk...