Friday, July 29, 2011

Tukar Jantina - Penyelesaiannya Apa?

KEMASKINI:

Shahrizat sedih kementerian tak sempat bantu Ashraf

30/07/2011 12:43pm

KUALA LUMPUR 30 Julai – Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melahirkan rasa sedih tidak sempat memberi bimbingan kepada Mohd Ashraf Abdul Aziz, yang ingin menukar namanya kepada Aleesha Farhana, apabila pemuda itu meninggal dunia awal pagi tadi.

ASAL

Apa yang berlaku kepada Ashraf belum selesai sepenuhnya samada dari sudut perundangan mahupun dari segi Islam. Ashraf belum lagi membuat rayuan ke atas keputusan kesnya dan terpulang samada dia masih ada masa untuk berbuat demikian.

Para ulama wajar membuat keputusan atau pandangan bukan sahaja dari segi hukum tetapi juga dari segi langkah2 yang perlu dibuat oleh Ashraf hingga ke penyelesaiannya. 

Membiarkan keadaan 'tergantung' sebegini boleh mengelirukan umat Islam seolah olah Islam itu penuh dengan hukum tetapi penyelesaiannya di mana.

Antara persaolannya:

Dalam Islam, apakah hukuman dunia yang perlu dikenakan kepada seseorang yang menukar jantina secara pembedahan?

Selepas itu adakah dia perlu menjalani semua pembedahan untuk kembali kepada asal jantinanya?

Jika pembedahan semula itu boleh membawa kepada 'maut' atau komplikasi kesihatan yang merbahaya nyawa apakah tindakan selanjutnya?

Pucuk pangkalnya, di mana penyelesaian dalam kes sebegini. Tanpa jawapan yang jelas dari ulama akan mengujudkan tentang soal keadilan Islam? soal kesempurnaan Islam? soal peranan ulama? soal tanggungjawab masyarakat? soal peranan kerajaan? soal peranan Majlis Fatwa Kebangsaan? soal peranan parti yang mendukung Islam?

Apakah umat Islam hanya akan melatah, melenting dan bangkit apabila ada pihak lain, di luar Islam, orang bukan Islam, NGO's mula campur tangan dan membuat kenyataan atau pembelaan ???

Bagaimana nanti kalau mereka kata Islam itu tidak adil? Bagaimana kalau mereka kata Islam menyekat kebebasan hak asasi manusia?

Apakah para ulama di dalam PAS dan UMNO mahu menunggu Anwar atau Karpal Singh menyelesaikan kes sekecil ini mengikut cara kepentingan politik  mereka?

- Jul 30, 2011 06:40:14.
Mohd Ashraf Hafiz @ Aleesha Farhana
KUALA TERENGGANU: Lelaki yang mencetuskan kontroversi apabila membawa kesnya ke mahkamah beberapa minggu lalu untuk mendapatkan kebenaran menukar jantina kini telah dimasukkan ke hospital setelah didapati muntah beberapa kali.
Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, yang dikatakan sedang menghadapi tekanan perasaan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah pada jam 3 pagi Jumaat.
Dia dimasukkan ke ICU selepas tekanan darahnya didapati rendah.
Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, telah meminta kerjasama pihak media agar membenarkan anaknya berehat dan tidak diganggu ketika di dalam wad.
“Saya berharap pihak media memahami situasi yang sedang dialami oleh anak saya dan memberinya masa untuk pulih. Sebelum ini dia tidak pernah mengalami sebarang komplikasi kesihatan yang serius,” ujar Abdul Aziz.

Pocong ini lebih layak dari Ku Li mengetuai Pakatan


SHAH ALAM – Orang Melayu akan terus mundur dan terpinggir jika mereka enggan berubah, malah akan terus menjadi peminta serta dipergunakan parti pemerintah sekarang.

Demikian kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika membentangkan kertas bertajuk ‘Tahap-Tahap Kritikal dalam Sejarah Perlembagaan Malaysia’ pada Bengkel Asas Perlembagaan di sini baru-baru ini.

PAS dan PKR makan gula2 getah DAP

DAP kini mendakwa partinya sebagai parti pelbagai kaum yang wajar diberi kerusi yang lebih dalam PRU13 kelak berbanding dengan PAS dan PKR. 

Dengan kedudukan Anwar yang paling lemah dengan pelbagai isu dan kes mahkamah yang sedang berjalan dan menanti dan segala rahsia di tangan Karpal, PKR sudah tentu tidak mampu 'berkeras' dalam hal2 ini dan Azmin sendiri samada lari keluar negara atau 'melepaskan diri sendiri' dengan menerima sahaja tawaran  dengan apa yang ada.

Hanya tinggal PAS yang masih punya kuasa tawar menawar dengan DAP itupun tidak mampu bertahan lebih kerana mereka tidak mempunyai ramai calon bukan Melayu.

Pemimpin PAS akan digulakan dan terpesona dengan janji jawatan kabinet yang bagus2 jika Pembangkang menang kelak sebagai satu timbal balas jika PAS sanggup berkompromi, alasan biar sedikit calon tetapi berkualiti dan potensi menang semua akan digunakan sebagai menutup malu.

PAS yang menolak UMNO kononnya UMNO memperjuangkan bangsa kini secara buta kena terima DAP juga berteraskan bangsa dalam percaturan politiknya.  Tetapi oleh kerana terlajak kata, terputar kata dengan ego yang tinggi tidak mungkin kepimpinan PAS berpatah balik atau keluar dari Pakatan.

Mereka terpaksa telan segala tohmahan yang dilemparkan kepada UMNO yang kini mula terkena muka sendiri.

Dalam ketika Pakatan sudah mula mahu memperbincangkan tentang agihan kerusi, samada banyak atau sikit memang tidak dapat dielakkan akan berlaku ketidakpuasan hati sesama mereka, krisis dan pergeseran ini jika tidak ditangani dengan baik akan menyebabkan pakatan semakin lemah.

Dengan percaturan yang sudah lama dirancang dan secara bijak  oleh DAP dijangka PKR dan PAS yang akan saling bergesel sesama sendiri.dalam agihan kerusi - itu merupakan satu advantage kepada DAP.

Lim pointed out that “it is time” for DAP to expand its support base beyond that of majority Chinese areas and urban centres and “reach out” to all Malaysians regardless of race and locality, in line with the party’s founding vision.
“That would also be good for Pakatan as a whole, that the DAP will become a more multi-racial party and not just confined to urban areas, so that we are able to reach out to the Malays, Kadazans and Ibans… these are things that we need to work out,” he told Malaysiakini in an exclusive interview.

Thursday, July 28, 2011

Pembangkang kecewa pada AMBIGA

BERSIH gagal menambah penyokong baru kepada Pembangkang, perhimpunan HARAM sekitar 3o ribu termasuk kanak2 dan pelancung asing terdiri dari penyokong yang sedia ada.

Panas hati, sakit hati, kekecewaan itulah yang dirasakan pembangkang apabila gelombang rakyat yang diharapkan pada BERSIH tidak menjadi. AMBIGA GAGAL dan tidak boleh diharapkan.

Strategi lain terpaksa dibuat bagi membolehkan dan mengharapkan gelombang baru dapat dicipta, kemungkinan menjemput Ku Li mengetuai pembangkang salah satu strategi untuk menambah sokongan kepada pembangkang.

Bagi pembangkang, setiap saat, minit dan jam mesti ada isu untuk digembar gemburkan, tanpa isu pembangkang akan mati.

PR perlu 'gelombang rakyat' untuk tumbangkan BN

Parti-parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP tidak akan mampu untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) secara bersendirian, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Justeru, Guan Eng berkata, PR perlu mencetus serta mencorakkan gelombang rakyat bersama-sama pakatan itu bagi menumbangkan BN  menjelang pilihanraya umum (PRU) ke-13.

Menteri UMNO bermasalah... tak buat homework ke sebelum ni

Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing dilanjutkan

29/07/2011 11:36am

KUALA LUMPUR 29 Julai- Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing yang sepatutnya berakhir 31 Julai ini dilanjutkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, ia bagi membolehkan proses pendaftaran oleh majikan, pekerja asing sah dan tidak sah berjaya diselesaikan secara keseluruhannya. - Utusan

DAP beli pemain impot untuk perlekeh Anwar Harimau Malaya..

Ku Li dipelawa terajui pembangkang? Itu memang sudah seperti dijangkakan tetapi apa nasib bung Anwar ?

 

Marina out of service...

Marina yang out of service...out of class

Faham ke maksudnya?  Hanya yang terasa diri kotor mahu memperbodohkan orang lain untuk melihatnya  'bersih'

Pastinya sebagai seorang politik, Tun Mahathir tidak pernah kesal dengan seseorang yang bernama Marina ini, sebagai politikus berlatarbelakangkan doktor, Marina umpama kanser busuk yang akan dibuang bila2 masa tanpa rasa kesal dan ragu2, memang wajar ia berada dalam  tong sampah.

Berfikiran songsang, berlawan arus adalah sikap seseorang yang ingin mernarik perhatian orang lain untuk melihat dirinya lain dari yang lain  dan bagus!

Pada Dr Siti Hasmah - kami menganggap bukan salah bonda mengandung kerana Marina sendiri yang pilih jalan berliku sejak awal lagi.

Marina yang tidak dapat dikawal menunjukkan juga tohmahan kepada Tun selama ini yang kononnya menguasai atau mempengaruhi Najib, mengkonspirasi Anwar, mempergunakan polis nyata fitnah dan pembohongan pembangkang. Mahathir sendiri tidak dpat mengawal dan memberi kebebasan kepada Marina untuk berpihak.

Marina sendiri jika sebenarnya seseorang yang mampu, berkebolehan dan berkeyakinan sewajarnya berada dalam satu perjuangan yang lebih baik dan lebih mulia. Marina wajar menjadi pembela dan pejuang kepada orang2 seperti Azizah, Shamsidar, Saiful dan sewaktu dengannya. Mereka itulah yang sebeanrnya ditindas hak dan kebebasan mereka untuk membersihkan diri.

UNTUK UMUR BAWAH 35

  J ual 1 unit, komisen RM1,680 Ya betul. Jual satu pun dah cukup untuk bantu bayar ansuran kereta atau sewa rumah bulan tu. . Ramai tak tah...