Friday, July 29, 2011

Tukar Jantina - Penyelesaiannya Apa?

KEMASKINI:

Shahrizat sedih kementerian tak sempat bantu Ashraf

30/07/2011 12:43pm

KUALA LUMPUR 30 Julai – Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melahirkan rasa sedih tidak sempat memberi bimbingan kepada Mohd Ashraf Abdul Aziz, yang ingin menukar namanya kepada Aleesha Farhana, apabila pemuda itu meninggal dunia awal pagi tadi.

ASAL

Apa yang berlaku kepada Ashraf belum selesai sepenuhnya samada dari sudut perundangan mahupun dari segi Islam. Ashraf belum lagi membuat rayuan ke atas keputusan kesnya dan terpulang samada dia masih ada masa untuk berbuat demikian.

Para ulama wajar membuat keputusan atau pandangan bukan sahaja dari segi hukum tetapi juga dari segi langkah2 yang perlu dibuat oleh Ashraf hingga ke penyelesaiannya. 

Membiarkan keadaan 'tergantung' sebegini boleh mengelirukan umat Islam seolah olah Islam itu penuh dengan hukum tetapi penyelesaiannya di mana.

Antara persaolannya:

Dalam Islam, apakah hukuman dunia yang perlu dikenakan kepada seseorang yang menukar jantina secara pembedahan?

Selepas itu adakah dia perlu menjalani semua pembedahan untuk kembali kepada asal jantinanya?

Jika pembedahan semula itu boleh membawa kepada 'maut' atau komplikasi kesihatan yang merbahaya nyawa apakah tindakan selanjutnya?

Pucuk pangkalnya, di mana penyelesaian dalam kes sebegini. Tanpa jawapan yang jelas dari ulama akan mengujudkan tentang soal keadilan Islam? soal kesempurnaan Islam? soal peranan ulama? soal tanggungjawab masyarakat? soal peranan kerajaan? soal peranan Majlis Fatwa Kebangsaan? soal peranan parti yang mendukung Islam?

Apakah umat Islam hanya akan melatah, melenting dan bangkit apabila ada pihak lain, di luar Islam, orang bukan Islam, NGO's mula campur tangan dan membuat kenyataan atau pembelaan ???

Bagaimana nanti kalau mereka kata Islam itu tidak adil? Bagaimana kalau mereka kata Islam menyekat kebebasan hak asasi manusia?

Apakah para ulama di dalam PAS dan UMNO mahu menunggu Anwar atau Karpal Singh menyelesaikan kes sekecil ini mengikut cara kepentingan politik  mereka?

- Jul 30, 2011 06:40:14.
Mohd Ashraf Hafiz @ Aleesha Farhana
KUALA TERENGGANU: Lelaki yang mencetuskan kontroversi apabila membawa kesnya ke mahkamah beberapa minggu lalu untuk mendapatkan kebenaran menukar jantina kini telah dimasukkan ke hospital setelah didapati muntah beberapa kali.
Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, yang dikatakan sedang menghadapi tekanan perasaan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah pada jam 3 pagi Jumaat.
Dia dimasukkan ke ICU selepas tekanan darahnya didapati rendah.
Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, telah meminta kerjasama pihak media agar membenarkan anaknya berehat dan tidak diganggu ketika di dalam wad.
“Saya berharap pihak media memahami situasi yang sedang dialami oleh anak saya dan memberinya masa untuk pulih. Sebelum ini dia tidak pernah mengalami sebarang komplikasi kesihatan yang serius,” ujar Abdul Aziz.

1 comment:

  1. Apa la yang susah sangat.... kan ke undang-undang dalam Islam amat jelas... perbuatan menukar jantina adalah haram.. muktamad... apa yang nak dirayu-rayu lagi... kalu seseorang itu dah pung membuat pembedahan... tak perlu la nak disambung kembali.. kena tanggung le akibat perbuatan yang telah dilakukan...Islam tak pernah tunduk pada runtunan nafsu...buat apa yang kita nak fikirkan masalah tuntutan orang sebegini... yang penting kena bimbing supaya dia sedar akan kesilapannya dan bertaubat kepada Allah swt.. kalu dia tak mahu atau tak diberi hidayah... maka itu adalah keputusan dia... dosanya adalah kepada Penciptannya...

    ReplyDelete

6ANGKA