Wednesday, August 10, 2011

mamat PAS kata..mykad lebih penting dari soal keimanan ??!!

Isu Penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) dengan Gereja Methodist Damansara Utama telah menenggelamkan isu yang cukup merbahaya kepada negara iaitu isu My Kad dan pendaftaran warga asing di dalam daftar pemilih SPR. Setakat hari ini jawapan yang diberikan oleh SPR diketawakan oleh orang pekak dan buta. Manakala media perdana BN cuba menimbus isu pendaftaran ini.
Parti Islam Se-Malaysia PAS telah membuat keputusan untuk bertemu secara langsung dengan pihak JAIS dan juga gereja Methodist untuk mendapat gambaran sebenar. Negara kita ada undang-undang, siapa yang bersalah akan dihukum. Media bukan gelanggang untuk menyelesaikan perkara ini.- *Kenyataan media oleh Idris Ahmad (gambar kanan) selaku ahli Jawatankuasa PAS Pusat


Seperti meludah ke langit jatuh kedebuk ke muka Nik Aziz dan Hadi - mamat ni meraban - siapa yang melenting? kalau bukan PAS? 
siapa yang buat sidang media? kalau bukan PAS? 
siapa yang minta maaf? kalau bukan MB yang disokong PAS?
Siapa dyang tukang sebok nak interview  hassan ali, jais dan gereja? kalau bukan PAS?
apa kuasa dia nak sebok? bodoh sendiri? siapa? Siapa lagi kalau bukan PAS!

Dah tahu negara ada undang2? kenapa kecoh? siapa? PAS buat kecoh nak bela kapir laknatullah ? kenapa tidak biarkan saluran undang2 jadi penentu kebenaran?


Bila sendiri yang kecoh dan melenting bererti sendiri menenggelamkan isu mykad dan pendaftaftaran warga asing dalam daftar pemilih? 
Ada UMNO suruh berhenti bercakap pasal isu tu? 
Tak adakan? 
so cakaplah? 
tak ada siapa nak halang, tak ada siapa nak tenggelamkan ...

Isu mykad dan pendaftaran warga asing dalam daftar pemilih dianggap lebih merbahaya dari isu murtad?????????? Astarghfirullahhala'azim - buang Islam dan ambil kebajikan - inilah padahnya akidah puak PAS sekarang ini. 
Nak masuk Syurga Allah tanya pasal iman ke ke pasal mykad???

Kalau dah termalu kerana bodoh sendiri jangan le pulak pihak lain nak disalahkan...

# Pihak gereja dan penganjur? mana saksi yang 12 orang tu? Kalau benar kenapa 'sembunyikan'? Kenapa takut?

"Pelakon big mama kena maki" dengan anwar

Kesian, dah le penat bawa fail ke hulu ke hilir di belakang bontot anwar, bila saksi tak muncul, kena maki pula.... bayangkan pelakon ala big mama kena maki dengan anwar.

Bayaran lumayan - terima sajalah.


Bulan RAMADHAN ini nampaknya tidak menjadi penghalang buat Anwar Ibrahim untuk meneruskan misi politik beliau dalam memastikan kemenangan besar berpihak kepadanya pada PRU13. Pihak Mahkamah yang dakwa beliau tidak adil dan penuh dengan penyelewengan semalam telah membenarkan Ketua Pembangkang itu untuk menemubual 15 saksi yang katanya menjadi dalang konspirasi Liwat beliau. Hari ini Anwar telah mengarahkan salah seorang peguamnya berjumpa 2 saksi bagi mengatur pertemuan tersebut. Namun, kerjasama tersebut ditolak dengan cara baik dari pihak saksi. Apabila Peguam menerangkan kepada beliau, Ahli Parlimen Permatang Pauh begitu marah lantas memaki hamun peguamnya itu. Ini dijelaskan sendiri oleh beberapa staf di Pejabat Datuk Seri Anwar yang melihat bosnya itu semakin beremosi sejak bulan puasa ini. http://gelombang-rakyat.blogspot.com/2011/08/use-your-brain-la-botak-saksi-kata.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feedutm_campaign=Feed%3A+blogspot%2Fgelombangrakyat+%28Gelombang+Rakyat%29#.TkD002G2rIUAnwar dikatakan agak tertekan kerana terpaksa menggunakan kepakaran Karpal Singh semata2 dalam berhadapan dengan kesnya itu. Peguam2 lain dilihat tidak mampu menandingi barisan guaman beliau pada 1998 yang rata2 tidak mempercayai Anwar lagi. Perangai hodoh. Nanti bila peguam semua lari dari dia, cakap Kerajaan bayar. Rasuah. Itu jela. Mesti ramai yang mendakwa Melayu CinDia berbohong. Totok2 Anwar memang akan cakap macam tu. Bagilah bukti macam mana sekalipun, waimah jikalau Anwar mengaku sekalipun, mereka akan tetap takkan percaya. Bagi bukti pun tak guna. Video yang terang2 dan jelas kelihatan Anwar pun mereka boleh kata tipu. Sebenarnya inilah mainan Anwar. 15 orang saksi. Bila nak selesai tu? Biar lambat. Motif Anwar hanya mahu melewat2 kan kes liwat beliau. Dalam pada yang sama kaitkan nama Najib dan Rosmah. Hmmm... Sudah tiba masanya anak lelaki Anwar, iaitu Ihsan tampil secara terbuka menentang bapanya. Kerana jika dibiarkan, silap2 hari bulan... Allahhhh... Jangan jadi macam Iraq sudahlah.. US masuk campur kerana politik sudah tidak terkawal. Bila sudah jadi macam Iraq, baru terhegeh2 nak bersatu. Anwar takpa lah dapat suaka politik. Turkey ada. Australia ada. US sendiri boleh bantu. Hillary Clinton kan ada. Kita?

Tuesday, August 9, 2011

Musuh Jais bukan lagi gereja..

Isu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam tindakan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama  berterusan dan makin bercelaru dengan pelbagai kenyataan songsang dan tidak sekata dari kalangan orang Islam sendiri samada dari parti seperti PASS (Parti Alah Semua Sokmo), mahupun NGO's, begitu juga dengan pelbagai pihak dan individu lain sedangkan pihak gereja yang didukung oleh DAP senada dan mantap dengan justifikasi mereka.

Perlawanan dan halangan utama JAIS sebenar hari ini bukan lagi gereja tetapi lebih kepada pertikaian sesama Islam dan Melayu dalam mendefinasikan keadaan itu mengikut selera dan kacamata yang berpaksi keuntungan dan takut 'keduniaan' dan bukan lagi kepada ajaran Islam sebenar atau berdasarkan Perlembagaan.

Apa perlu JAIS digesa meminta maaf sedangkan terdapat bukti awal?  Apa perlu penjelasan dan permohonan maaf terburu buru sesetengah pihak kepada Gereja yang sedang disiasat oleh sebuah Badan Berkuasa yang diberi authority?  Kenapa rasa ada kekebalan di pihak gereja hingga tidak boleh disentuh, diperiksa dan dipersoalkan kegiatan mereka?

Kenapa tidak dibiarkan JAIS menyelesaikan tugasannya seperti peruntukan dan peraturan undang2 dan pihak gereja pula mempertahankan diri dalam cara yang sama. Saksi wajar tidak dipengaruhi oleh mana2 pihak untuk memberi keterangan secara bebas dan tanpa rasa takut.


Yang patut dicari dalam pertikaian ini adalah kebenaran samada tindakan JAIS adalah betul atau sememangnya gereja tidak melakukan apa seperti yang didakwa. Perkara ini sangat penting untuk jalan penyelesaian kepada semua pihak untuk menegak 'kebenaran' berdasarkan perlembagaan supaya perkara yang sama tidak berulang lagi dilakukan oleh pihak yang bersalah.

Menyokong JAIS secara membabi buta adalah tidak wajar dan mempertahankan gereja semata mata atas dasar parti,  kaum, ugama atau undi adalah lebih biadab dan kurang ajar.  

Hanya pemimpin politik sundal sahaja yang akan melakukan tindakan tergesa-gesa sedangkan mereka tidak relevan dan tidak perlu campurtangan sesuatu yang berkait dengan undang2 kerana jalan penyelesaiannya sudah terang lagi bersuluh.

Pemimpin yang menggubal undang2 melalui Parlimen sewajarnya menunjukkan contoh menegakkan undang2 dan bukan sebaliknya. Penentang undang2 wajar diheret ke Parlimen untuk dipersoal dan di ambil tindakan sebagai menghina Parlimen. Lidah mereka patut digunting kerana membuat sumpah palsu sebagai ahli Parlimen yang sepatutnya mempertahankan kedaulatan dan keluhuran undang2 dan perlembagaan. Mereka sewajarnya dihina, digantung keanggotaan dan diharamkan untuk bertanding lagi di mana mana kawasan parlimen dalam pilihanraya seumur hidup.

Pandai buat pandai tanggung, pandai makan pandai simpan adalah jawapan pasti kepada JAIS dan gereja untuk mempertahankan diri masing2 tanpa perlu campurtangan asing.










Pemuda PAS bebas dari jerat DAP...

Pemimpin Melayu perlu bersatu dalam isu akidah

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Pemimpin Melayu sepatutnya bersatu dalam isu akidah, bukannya melatah sehingga menyalahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam isu pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, jika benar tindakan itu dibuat demi menyelamatkan akidah orang Islam.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, contoh yang ditunjukkan segelintir pemimpin Melayu dalam isu tersebut adalah tidak betul kerana tegasnya, selaku Muslim adalah wajib memelihara dan mempertahan akidah umat Islam yang lain.
Menurutnya, walau apa sekalipun pendirian politik setiap pemimpin berkenaan, mereka perlu meletakkan kepentingan Islam melebihi segalanya dalam isu berkenaan, kerana tindakan JAIS itu berhubung kait dengan dakwaan berlakunya penyebaran agama Kristian kepada orang Islam.
"Kalau benar dakwaan itu (penyebaran agama Kristian) wujud, kita (Pemuda Pas) memandang berat perkara ini kerana selain menyalahi Perlembagaan Persekutuan, ia membabitkan soal akidah. Jadi wajib ke atas semua Muslim termasuk JAIS untuk menyelamatkan akidah umat Islam.
"Kita kena letak agama di depan. Islam kena melebihi segala kepentingan lain dan adalah tidak betul kalau pemimpin (Islam) tertentu terlalu cepat melatah dalam perkara ini. Sepatutnya kita bersatu dalam soal agama," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, di sini hari ini.
Nik Abduh membuat kenyataan tegas itu ketika sebahagian besar pemimpin Pas lain dilihat ragu-ragu untuk mempertahankan tindakan JAIS atau berdiri di belakang Exco Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali, sebaliknya ada antara mereka secara terbuka mempertikai tindakan jabatan berkenaan.
Meskipun anak kepada Mursyidul Am Pas itu tidak menyatakan secara tepat siapa pemimpin politik yang dimaksudkan, tetapi ia dipercayai merujuk kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Abdul Samad.
Ini kerana, Menteri Besar Selangor itu kesal dengan tindakan JAIS dan memberitahu, niat serta tujuan baik jabatan itu tidak menghalalkan perbuatan yang gagal mempamerkan keadilan dan kebijaksanaan, manakala Khalid pula berkata, JAIS perlu ada 'kawalan diri'.
Mengulas lanjut, Nik Abduh berkata, walaupun umat Islam merupakan majoriti di negara ini tetapi ia tidak memberi apa-apa kelebihan, jika pemimpin Melayu tidak bersatu dalam hal yang sepatutnya mereka bersatu, terutamanya isu membabitkan agama.
Dalam pada itu, beliau menambah sudah tiba masanya untuk kerajaan memperkasakan undang-undang sedia ada dan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan agar tiada ruang untuk mana-mana pihak mencabar kesucian agama Islam di mahkamah sivil.
"Cara terbaik pinda atau perkasakan undang-undang sedia ada bagi menyelamatkan akidah. Memang Islam dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan tetapi banyak ruang untuk bukan Islam mencabar kesucian agama kita dan dalam beberapa kes mereka menang," katanya.

Tenaga muda dalaman PAS ini mampu melakukan sesuatu yang betul bukan atas politik semata mata tetapi atas maruah Islam dan Melayu. syabas dan tahniah.

Najib dan Rosmah - kiamat bagi pembangkang

Pokok persaolan dan fokus utama selepas ini ialah samada Najib dan Rosmah akan muncul sebagai saksi untuk ditemubual oleh Anwar dan rakan gelapnya. Topik itu bagi pembangkang seolah olah dunia akan kiamat esoknya, terlalu besar, tersangat penting,  terlalu teruja untuk menyaksikan realitinya.

Bagi mereka kalau Najib dan Rosmah hadir bererti kemenangan sudah dalam tangan, kalau Najib dan Rosmah enggan hadir, seolah mereka dah menang berganda.

Itu isu pertama, isu kedua ialah apa yang nak mereka canangkan kalau Rosmah dan Najib hadir dan apa pula yang akan  dicanangkan kalau tidak hadir, masing2 sudah tersimpul dalam kepala otak crook mereka.

 Malang juga bagi Anwar, sebab sesetengah penyokongnya mula merasakan kesempatan pertemuan Anwar dengan Najib dan Rosmah sebenarnya satu peluang yang akan digunakan untuk Anwar merayu kepada satu perdamaian, dia dilepaskan.... penyokong Anwar tahu, Najib seorang yang berhati lembut dan mulia, pemaaf dan pelepas... dan Anwar tidak mahu berjumpa Najib dalam situasi yang lain  atau di luar kerana bimbang perjumpaannya kelak terhidu dan orang akan kata, dia menyembah dan merayu Najib.

Dalam keadaan Najib datang ke mahkamah sudah tentu tiada siapa pun akan menyangka Anwar akan ada plan tambahan.....plan pelepas diri. ?

Dan Najib pun juga ada plan pertahan diri, plan pelepas diri dan  pelan kebenaran.....


# Permohonan menemubual saksi adalah satu bab yang telah berlalu, tidak akan ada banyak perbezaan kerana ia tidak akan merubah keputusan mahkamah Anwar Kena Membela Diri.
Cuma nak tahu apa pula permohonan selepas ini.





Monday, August 8, 2011

Masih ada sesaat, seseorang di dalam PAS yang boleh pakai...

Tiada gunanya kewujudan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) seakiranya jabatan tersebut tidak dapat melaksanakan tanggung jawabnya mencegah umat Islam di negeri Selangor daripada melakukan perkara bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menyokong sekiranya tindakan JAIS menyerbu gereja di Damansara Utama berdasarkan peraturan dan undang-undang Islam kerana JAIS berhak bertindak sedemikian.

Sebelum berlaku insiden tidak diingini, tindakan itu adalah pencegahan awal sepatutnya dilakukan. Kegiatan berkaitan dengan agama Islam adalah di bawah jabatan agama itu sendiri, dan jikalau JAIS tidak dapat bertindak di atas maklumat yang diberikan orang ramai.

Maka tidak ada guna adanya jabatan berkenaan...!!? Jais bertindak mestilah mendapat maklumat orang ramai, itu adalah peringkat pertama dalam usaha pencegahan. Hendak mendapatkan maklumat daripada polis, itu bukan kerja polis,” katanya.

Umat Islam sepatutnya memilih berada di masjid atau surau untuk bertarawih dan mengerjakan amalan dituntut Allah. Mereka sepatutnya berada di rumah, masjid atau surau. Bukan di rumah ibadat orang bukan Islam kerana itu boleh mendatangkan kecurigaan dan keraguan katanya.

Walaupun diizinkan berbilang agama tetapi sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai agama Islam sebagai: agama rasmi. Ada pihak tidak faham makna kebebasan beragama, sebab itu mengeluarkan kenyataan tidak sepatutnya.

Dalam pada itu, beliau juga menyokong tindakan dan kenyataan Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, Datuk Hasan Ali berhubung isu itu kerana beliau berhak berbuat demikian.

http://klboyzwangsa.blogspot.com/2011/08/ulama-pas-menyokong-tindakan-jais.html

Dengan pendirian PAS (Parti Alah Sokmo) seperti yang dikatakan oleh Dr.Mashitah, sekurang kurangnya dengan pendirian sesaat dan seseorang seperti di atas,  PAS (Parti Alah Semua) tidaklah kalah sokmo dan kalah semua.

Sunday, August 7, 2011

Lalat masih menghurung kes liwat...


Keputusan mahkamah membenarkan anwar menemubual semua saksi yang disenaraikannya adalah satu keadilan yang semakin maksimum kepada keperluan, kehendak dan strategi pembelaan Anwar dalam kes pertuduhan liwatnya.

Seperti jangkaan umum, permohonan Anwar akan ditolak untuk menemubual beberapa orang tertentu tetapi sangkaan itu tersasar kerana Hakim Yang Ariff telah membuat pertimbangan dan keputusan yang bijaksana dengan membenarkan tetapi saksi tidak boleh dipaksa.

Keputusan ini adalah yang paling tepat kerana keadilan diberi kepada semua. Keadilan kepada kehendak Anwar, keadilan kepada keputusan saksi itu sendiri dan keadilan kepada Saiful untuk bersabar dalam menegak kebenaran yang akan tercatat dalam sejarah dunia.

Anwar sudah tidak dapat mencanang dia disekat hak dan kebebasannya untuk menemubual saksi.
Anwar juga tidak dapat menangguhkan kesnya lagi dengan merayu ke Mahkamah Rayuan jika permohonannya itu ditolak. Dan paling penting mahkamah itu tidak dibeli, dipengaruhi oleh lelain pihak.

Saksi boleh menolak bertemu Anwar? Anwar akan rayu ke mahkamah rayuan lagi? Jawapan yang tepat ialah: silakan?

Penangguhan bukan di pihak pendakwaan tetapi di pihak Anwar yang merekayasa hinggalah ke PRU13 nanti untuk Anwar menjawab jika masih ada ketidakadilan kepadanya selepas dia diberi peluang dan ruang sepenuhnya??

Kelak di dipenghujungnya, kes Anwar sudah hambar dan tidak ada nilai komesrisal atau nilai politik untuk rakyat ambil kesah. Sekarang pun rakyat sudah ingat2 lupa kesnya. Sudah tidak penting Anwar salah atau tidak. bagi rakyat.

Daging yang terlalu lama terdedah dengan sendirinya akan busuk dan mereput . Yang masih menghurung ialah lalat2 taik berwarna hijau dan hitam yang cuba memberitahu taik itu masih suci.

Adakah penting untuk rakyat membuang masa dan tenaga sekadar untuk memberi fokus kepada 'taik'? Apakah rakyat rela diperbodohkan.....
Yang lebih penting adakah rakyat mahu 'taik' dan lalat taik menerajui negara ini...

Perkhidmatan Doa, Solat Hajat & Bacaan Al-Quran

  خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ "Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain" (HR Ibn Hibban) Perk...