Saturday, September 3, 2011

KJ ajak Melayu gostan...

Hanya dengan satu kenyataan bodoh Mat Sabu berhubung serangan di bali polis bukit kepong maka ramai pemimpin Melayu terutama dari UMNO mula cakap benda bodoh yang sama hingga tergerak Pemuda UMNO yang diketuai kononnya bijak pandai intelek brialiant kepala otak KJ untuk mengambil langkah yang sama bodoh untuk membuat penerangan seluruh negara.

Pandangan mat sabu sekadar mengumpan kontroversi disambut meriah pemimpin UMNO hinggakan isu besar dilupakan, pembangkang telah berjaya amengalihkan penumpuan pembohongan mereka berhubung kematian beng hock dan banyak lagi isu yang perlu dirungkaikan telah makin dilupa.

Selepas ini pembangkang akan umpan lagi dengan isu lain untuk menutup isu mat sabu, dan berlumba lumbalah pemimpin UMNO bercakap untuk dilihat 'bekrja untuk rakyat;? apa punya mentaliti ni.

Isu mat sabu dan bukit kepong,  memadailah pelajar sastera tingkatan 5 jawab dan selesaikan? Tak perlulah buang masa layan kenyataan bodoh.

Pada pemimpin UMNO, apakah bercakap dan membuat publisiti semurah itu mampu menyelesaikan semua masalah, apakah kawasan pilihanraya anda telah selamat dan masalah penduduk dan rakyat di kawasan itu telah selesai sepenuhnya hanya apabila mat sabu 'ditembak' siang dan malam.

Hanya itukah idea yang BN boleh cakap siang dan  malam untuk memang pilihanraya akan datang. BN sekadar mula meniru gaya pembangkang, mencari isu, tanpa isu UMNO akan mati????

Pemimpin Melayu, tolong sebokkan diri anda dengan isu ekonomi orang Melayu yang semakin tenat? Ada ke mana2 pemimpin UMNO yang sebok bertungkus lumus siang dan malam menggerakkan ekonomi orang Melayu, kalau ada tunjukkan siapa, baik di kalangan pemimpin UMNO atau PAS? Melayu PKR dah lama mati...





Cucu Mat Sabu...

61 tahun lagi dari sekarang, cucu mat sabu pula yang 
akan memberi pandangan bahawa kematian Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor, 39, yang maut pada 
2hb September 2011 akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 
1Malaysia di Mogadishu, Somalia adalah sebenarnya 
seorang pengganas Somalia yang diupah oleh UMNO 
untuk menghuruharakan Somalia.

Friday, September 2, 2011

Blogger pro UMNO pun dah menyampah ARR...

Dah tak tahan, realiti kena diterima, makin ramai blogger dan banyak artikel dan ulasan pro UMNO terpaksa meluahkan kekecewaan terhadap Najib yang masih degil membiarkan Rosmah menonjol tanpa rasa malu, UMNO terus menunjukkan bodoh sombong dan kerajaan yang terpaksa kecut.

Ramai yang luahkan kerana hakikatnya perbualan sepanjang perjumpaan rakan taulan sanak saudara di hari raya lepas memang tidak boleh lari dari tajuk rosmah dan kerajaan lembek.  


Era Paklah ( buta dan pekak ) berulang kembali kepada Najib.

Tinggal beberapa blogger yang berkepentingan sahaja terus pura pura buta dan pekak untuk membuat isu yang sama. Kalau ada pun, mereka anggap itu momokan pembangkang yang iri hati dengan Rosmah...  Blogger2 tu boleh dikategorikan penjilat Najib dan Rosmah   walaupun nyata itu 'SALAH'. Mereka mungkin sudah berbayar untuk membuat apa2 yang berpaling dan belot.




Posting lalu brtarikh 30hb ogos



Tuesday, August 30, 2011


Kami Menyampah Rosmah

Itulah topik utama perbualan hari raya yang tidak dapat dielakkan  ketika saling berjumpa dan kunjung mengunjung - Ingatan buat Najib, Rosmah, Rais dan Media Prima.

1Malaysia menyampah Rosmah !!!

Situasi sudah sama seperti di era paklah apabila rakyat tidak segan silu lagi mencerca dan maki hamun.

Nyata Najib tidak sedar perkara ini secara betul dan tepat, sebahagiannya di sebabkan kaki pengampu di sekekliling dan sebahagiannya lagi disebabkan ada puak yang memang sengaja mahu Najib jatuh tersungkur dan melepaskan jawatan secara malu.

Sekali lagi rakyat akan mengalih perhatian kepada pembangkang bukan kerana mereka bagus tetapi kerana Najib dan Rosmah sudah dalam ketegori 'syok sendiri' yang meloyakan. 




Anwar dipercayai dikonspirasi, Mahathir juga yang the best,  harapan baru kepada Muhyiddin, Mat Sabu yang kena beli, Melayu DAP, politik kaum cina, Melayu yang tidak merdeka dan Nik Aziz yang sudah tua...antara tajuk lain yang mendapat perhatian.







8 comments:


Anonymous said...
ye betul-betul, patut najib ikat je rosmah kat rumah.
Anonymous said...
walau pun cincin tu cerita fitnah, tapi ramai yang termakan umpan cerita ini, abis le BN
Anonymous said...
Cadangan utk Kak Mah.... gi umrah, pakai tudung, dok senyap... habis sebahagian masalah....
Anonymous said...
Kalau soal cincin, botok, tudung diperkatakan, itu menu njukkan Rosmah telah menjadi beban dan diperkatkan umum. Itu bukan soal pembangkang sengaja memainkan isu tetapi rakyat umum, penyokong UMNO sendiri, yang di atas pagar pun turut 'termuntah' dengan cerita Rosmah. Atas kapasiti apa dia 'berlebihan' sedangkan dia hanya menumpang najib, kebetulan isteri najib, jadi eloklah bijak membawa diri. Apa hak dia bercakap macam dia juga menteri atau pemimpin parti? tak tahu malu ke? tak sedar diri? Rakyat dah makin panas, tahu tak???????????????????????????????????
Anonymous said...
Kalau dulu, orng tutup tv kalau terpacul paklah dengan ucapan, suasana sekarang sama bila rosmah dan najib muncul. UMNO ni bodoh ke apa?
Anonymous said...
Contohilah Datin Sri Noraini, isteri TPM, pakaian biasa sesuai untuk turun padang bertemu rakyat dan tak jatuh pun standard untuk bergaul dengan atasan. Pakaian datin biasa sahaja walaupun berkunjung ke majlis istana terbuka DYMM Sri Paduka Baginda YDP Agung. Raja Adil raja disembah, raja zalim raja disanggah, apatah lagi sekadar isteri PM, Presiden UMNO yang semakin tergugat, dengar dan prihatin suara rakyat. Satu undi pun mampu menggagalkan UMNO, tak peraya, tunggu..
Anonymous said...
Betul tu, dalam isu rumah aku, ada 7 undi yang belum dihalakan ke mana2 lagi, belum termasuk pengaruh yang boleh dibuat ke atas sanak saudara, rakan2 dan yang sekampung. Fikirlah wahai UMNO.
Anonymous said...
Kalu popularaan Najib jatuh,ia bukanlah Kerna DSAI,Ambiga,atau Dap ke atau doa Wali atau KPI KRA Pemandu, liberalisasi atau konspirasi dalaman parti, tetapi kerna flom. Kalu betul, maka tiada apa blh damage control dan PRU 13 ,PR tak payah kerja kuat sbb MUFC tendang bola masuk goal sendiri.Mungkin 2008 berulang dengan kekeurangan majoriti. 3 juta ahli UMNO pekak buta tuli. Blogger pro BN buat letih penat. Kenapa semua tak nampak the emperors new clothes. arjuna waspada changkat lobak.

Isu Mat Sabu - UMNO untungnya di mana?

Sejauh mana untungnya kerajaan dan UMNO dalam soal memberi liputan yang meluas kepada Mat Sabu dalam mewirakan penyerang Balai Polis Bukit Kepong?

Sejauh mana pandangan peribadi Mat Sabu menjadi satu kesalahan dari segi undang2? Sejauh mana polis boleh bertindak sedangkan sebelum ini isu mempermainkan lagu negaraku, menghina sultan dan sewaktu dengannya, malahan isu murtad yang terang2an dan sebagai nya pun - tidak ada tindakan berkesan dari PDRM dan Peguam Negara? Laporan polis yang dibuat sekadar jadi wayang..siasatan tanpa penghujung ?!

Kesan yang nyata Mat Sabu terus lebih popular dari sebelum, Karpal juga dapat mencuri peluang membaikinya imej DAP dikacamata Melayu dan kenyataan Anwar membela Mat Sabu terus relevan dan mendapat penghargaan PAS, Pembangkang saling membantu dan erat bersatu....UMNO untung dimana atas publisti berlebihan dan kian menjadi murah itu?

...............................

Breaking News - wartawan Bernama dan TV3 ditembak sebentar tadi waktu Mogadishu jam 5.30 petang lebih kurang.

Seorang mangsa tembakan wartawan bernama Norafaizul Bin Mohd Nor yang merupakan ketua Media dalam misi ke Somalia ini Meninggal dunia akibat terkena tembakan di dada.
Mengikut laporan tembakan dilepaskan oleh tentera African Union ketika mangsa berada didalam kenderaan ketika hendak masuk kedalam perkarangan Hotel.
Seorang lagi mangsa aji seregar terkena tembakan ditangan dan kini dilaporkan Stabil.
Gomo masih menunggu laporan lanjut dari Dato Azeez yang berada dilokasi kejadian.

Al Fatihah.........

Karpal dan Anwar bertelagah

Karpal  minta Mat Sabu tarik balik kenyataannya berhubung isu 'bukit kepong' sementara Anwar mempertahankan Mat Sabu sekurng kurangnya tunggu sampai Mat Sabu memberi penjelasan.

Walaupun Karpal dan Anwar dilihat berbeza pendapat tetapi visi mereka hanyalah satu iaitu menyelamatkan Pakatan Pembangkang dari dicemuh rakyat dan dalam masa yang sama mengekalkan semangat penyokong mereka sendiri.

Nyata dengan perbezaan pendapat ini menyebabkan Mat Sabu dalam kedudukan yang lebih selesa dan selamat. Mat Sabu tidak akan ulangi seperti kesilapan Hishammuddin yang meminta maaf kepada kaum cina dan india kerana menghunus keris di perhimpunan agung UMNO.

Mat Sabu samasekali tidak akan tunduk kepada desakan tersebut, satu permainan politik yang 'betul' walaupun menyedari dirinya 'terlanjur dan tersalah ' cakap.

Mat Sabu mempunyai hak untuk memberi pandangan peribadi dalam semua isu dan samada benar, betul atau salah bukanlah memerlukan Mat Sabu meminta maaf, apatah lagi kalau 'minta maafnya' akan dipergunakan oleh UMNO untuk menjatuhkan maruah PAS.

Biarlah polis siasat, kerana PDRM memang terkenal dengan 'siasat' yang tidak ada penghujungnya.

Thursday, September 1, 2011

Ustaz Azizan tunjuk contoh pada Nik Aziz dan Najib.

 KEMSKINI

KUALA LUMPUR, 2 Sept — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan beliau ada mendesak atau meminta Datuk Azizan Abdul Razak agar meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.

“Setakat ini kami tidak membincangkan isu ini, tak timbul soal hendak menggantikan Datuk Seri Azizan, tidak sama sekali,” kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

“Perkara-perkara seperti ini sewajarnya telah dibincangkan di peringkat Dewan Harian atau Lajnah Politik jika benar Datuk Seri Azizan mahu digantikan . . . jadi tidak benar kepimpinan PAS mahu menggantikan beliau,” kata beliau merujuk kepada mesyuarat lajnah terakhir minggu lalu.



ASAL

Khabar angin menyatakan Hadi Awang akan mengadap Sultan Kedah untuk menamakan cadangan MB yang baru menggantikan Ustaz Azizan yang mungkin sudah tidak 'fit' untuk menjalankan tanggungjawab yang besar.

Hanya dalam tempoh sebulan selepas terlantar di IJN, Ustaz Azizan sudah ingin mengu ndurkan diri dari jawatan yang menjadi rebutan ramai, satu sikap terpuji yang menerima keadaan dan tanpa tekanan sedia mengundurkan diri, suatu yang sukar dilakukan oleh mana2 MB samada di Kedah atau lain2 negeri.

Jarang benar, orang politik yang sudah ada jawatan dan kuasa mahu turun dengan semudah itu, sejarah menunjukkan begitu ramai yang bermati matian mahu mengekalkan jawatan walaupun dilihat sudah tidak mampu meneruskan. Contoh nyata depan mata ialah seperti Nik Aziz, Anwar Ibrahim dan Abdullah Badawi.

Contoh semasa ialah Najib sendiri.

Di Malaysia, masih lagi ramai yang berkebolehan, mampu dan berwibawa untuk majukan bangsa dan negara. Kedah tidak perlu bergantung kepada Ustaz Azizan sahaja dan Malaysia juga tidak bergantung sepenuhnya kepada Najib.






Posting terdahulu saya berftarik 1hb ogos

Ust. Azizan berundur PAS Kedah kecoh - siapa ganti?

Tekanan dengan sikap pemimpin atasan PAS yang membelakangkan Islam dengan mendahulukan kehendak DAP dan Anwar - MB Kedah terlantar komplikasi jantung dan jika berterusan, beliau terpaksa berundur dengan meninggalkan PAS Kedah cempera mencari pengganti kerana sebelum inipun sudah ada yang memasang hajat.

Tanpa Azizan juga - UMNO Kedah mungkin boleh  meletakkan sedikit harapan untuk bangkit semula. 

YB. DATO’ IR. HAJI PHAHROLRAZI BIN HAJI ZAWAWI Exco Kerajaan Tempatan dan YB. DATO’ HAJI MOHAMED TAULAN BIN MAT RASUL exco Ugama antara yang layak.

Bolehkah kita berjihad..

Sempena Aidil Fitri, ke arah kemenangan.

Menentang Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan seluruh DAP sebagai kapir yang paling merbahaya adalah perjuangan jihad.

Menentang Mat Sabu pembohong nombor satu, Khalid Samad pembela gereja dan Nik Aziz pendukung DAP adalah perjuangan jihad.

Menentang Anwar pengkhianat negara adalah perjuangan jihad.

Menasihati Najib untuk menasihati Rosmah juga adalah perjuangan jihad.

Apakah pandangan itu salah?





6ANGKA