Friday, April 20, 2012

Nik Aziz sakit lagi !!!

Nik Aziz sakit lagi, kali ini lebih teruk dari sekadar 'letih' atau 'sakit jantung' yang perlu masuk wad rehat. Ini isu di mana sahaja termasuk dalam tidor pun dia boleh jadi mimpi negeri selagi tak selesaikan, duri dalam daging menjelang PRU.

Bukan sekadar isu orang asli tak bagi undi pada PAS di Kelantan tapi mungkin juga menolak pembangkang di seluruh negara.

Pok nik boleh 'celako' kan atau beri apa2 jawapan - tapi kalau jawapan tu tak ada noktah, inilah akhirnya sebab bukan poknik sorang je pandai, orang lain bijak jugok, 20 tahun  perintah Kelantan, cong yang sama tak laku lagi.

Nik Aziz juga kena fikir di luar serban, orang dalam juga mahu Poknik pening kepala dan akhirnya sudi melepaskan jawatan... Elok juga tu.


Jaringan Orang Asal Se-Malaysia (JOAS) hari ini memberi tempoh empat hari kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya meminta maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataannya yang menghina masyarakat Orang Asli yang berdemonstrasi di hadapan pintu masuk pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Kota Baharu Ahad lepas.

Pengerusi JOAS Kelantan, Azmi Badol berkata jika tidak, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Nik Aziz.
“Kami rasa terhina apabila mendapat tahu Nik Aziz menganggap kami bodoh dan tidak tahu bagaimana hendak menempah bas sendiri dan menanggung kos tempahan bas itu. Beliau juga mengatakan kami ini bukan orang Kelantan.
“Ini bukan masalah Orang Asli di negeri lain… ini masalah Orang Asli negeri Kelantan, ini adalah tentang nyawa kami,” katanya kepada sidang media di sini, Jumaat.
Beliau menafikan dakwaan Nik Abdul Aziz bahawa demonstrasi yang dijalankan kira-kira 400 penduduk Orang Asli dari 26 pos penempatan dari Gua Musang Hulu Kelantan Ahad lepas bagi menuntut kerajaan negeri mengembalikan tanah adat mereka didalangi oleh pihak luar.
“Sekiranya MB betul-betul tahu pihak mana yang menghantar kami untuk berdemo di luar pintu pagar SUK, sila beritahu kepada kami kerana kami sendiri pun tidak tahu,” katanya.
Pada Selasa, Nik Aziz berkata beliau tidak akan melayan tuntutan kumpulan berkenaan dan mendakwa tindakan itu dilakukan oleh pihak luar yang iri hati ke atas kejayaan Kelantan yang selama ini melaksanakan tuntutan seperti yang diminta.

 http://din.huluselangor.net/?p=13949

Shafie tolong jangan layan...

Jika pemandu mempunyai masalah dengan zahida - sila bawa ke mahkamah dan selesaikan atau gunalah apa jua cara penyelesaian - itu hal peribadi dan antara pekerja majikan.

Jika Zahida dan Shafie ada hubungan intim atau tidak atau dalam apa jua bentuk itu hak peribadi masing2.

Shafie tidak perlu memberi apa-apa penjelasan berhubung jumlah transaksi yang terlibat kerana itu hanya dakwaan semata-mata. Semua orang boleh buat laporan polis, akuan bersumpah dan sebagainya.
(Azmin, Shamsidar. Azizah dan Anwar sendiri masih membisu dalam isu yang lebih berat)


Thursday, April 19, 2012

Berbohong demi politik?

Bercakap benar jalan terbaik untuk tinggalkan maksiat, mungkar
DARIPADA Ibnu Umar, katanya: “Saya dengar Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Bagi tiap-tiap orang yang khianat (penipu) ada bendera yang dipancangkan tanda khianatnya di hari kiamat kelak.” (Hadis riwayat Bukhari)
Rasulullah SAW menjelaskan sifat orang munafik antaranya ialah apabila berkata, ia berbohong; apabila berjanji, ia mungkiri dan apabila diberi amanah, ia khianat. Maka wajar jika Rasulullah SAW menyatakan berdusta atau berbohong itu termasuk dalam dosa besar.

Dalam sebuah riwayat, diceritakan telah datang kepada Rasulullah SAW seorang lelaki meminta nasihat. Lelaki itu mengaku dia tidak dapat meninggalkan satu maksiat yang biasa dilakukannya iaitu berzina.
Mendengar pengakuan jujur lelaki itu Rasulullah SAW berwasiat kepadanya: “Hanya dengan satu perkara: Laa Takzib! (Jangan berbohong!).

Ternyata dengan menjaga untuk tetap melaksanakan nasihat Rasulullah SAW itu, lelaki ini dapat menghindari perbuatan maksiat yang susah ditinggalkannya kerana setiap kali dia ingin melakukan zina, dia akan ingat kepada nasihat baginda itu.

“Bagaimana jika saya ditanya oleh Rasulullah SAW? Jika saya menjawab: Tidak. Bererti saya telah berbohong. Jika saya mengaku bererti saya wajib dihukum, fikir lelaki itu sehingga berhenti daripada berzina.



Anwar lebih cepat... 4 NGO terkedu.

PERKASA - tak tahulah setakat mana perkasanya, setakat ini lebih kurang sama taraf dengan NATO, no action talk only.

JATI - Jalur Tiga - Islam Melayu Raja - leps tu ajak non malay join pulak???? Memang aku tak faham. Agak2nya pernah kah dong jiao zhong kemaruk ajak Melayu join?

TIBAI - Sebuah kelab terbaru, Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) yang disertai oleh bekas pemimpin tertinggi PKR ditubuhkan khusus untuk berjuang habis-habisan menolak Ketua Pembangkang itu dari arus politik perdana - terlalu awal untuk diberi ulasan, wait and see.

CIBAI - Satu gerakan tidak formal sejak zaman Anwar kena pecat TPM sampai sekarang - Cintai Individu Bernama Anwar Ibrahim.

Belum sempat keempat empat NGO di atas sampai ke matlamatnya, Anwar sudah jauh bergerak ke hadapan, awal2 lagi Anwar tibai cibai amoi dengan kejatiannya yang lebih perkasa!!!???

6ANGKA