Thursday, May 31, 2012

Ijat terlepas yang lain kena? kejammmmm.....

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengisytiharkan kes membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Mat Suhaimi Shafiei dan rakan sejawatannya kerusi Batu Caves, Amirudin Shari, yang disiasat berhubung isu penyelewengan pasir di Selangor, dengan rasminya telah ditutup.


Kedua-dua merupakan wakil rakyat PKR di Selangor. (sial punya pemangkang yang asyik menuduh UMNO peralatkan SPRM) Menurut Pengerusi Panel Penilaian Operasi (IPO) SPRM, Datuk Seri Hadenan Abdul Jalil, walaupun sebelum ini kes itu telah dibuka semula namun hasil siasatan terkini mendapati kedua-dua Adun tersebut tidak bersalah di bawah undang-undang SPRM.

"Kami secara rasminya telah bersetuju untuk tutup kes kedua-dua Adun tersebut kerana mendapati mereka tidak bersalah atas dakwaan terhadap mereka berdua," katanya.

Sebelum ini, kenyataan media melaporkan Suhaimi dan Amirudin telah disiasat oleh SPRM berhubung isu penyelewengan pasir di Selangor.

Selain itu, Shuhaimi telah didakwa kononnya beliau terlibat dalam penyelewengan pasir bermula pada 23 Mei 2009 apabila Adun Sri Muda itu bertemu wakil syarikat yang terlibat dalam pembinaan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) di Hotel Sunway, Seberang Prai.

Orang Muar fobia dengan DAPig...

Hari tu Anwar dihalau AJK Masjid kerana cuba berceramah tanpa kebenaran di satu kawasan Johor... Di Muar apa pula terjadi...

Seramai 10 orang pelanggan yang sedang leka melayari internet di sebuah kafe siber di Taman Putra Murni, Muar Johor, bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila seekor babi hutan betina tiba-tiba merempuh masuk premis itu..


Babi hutan seberat kira-kira 50 kilogram itu merempuh pintu kaca premis tersebut ketika pelanggan dan penjaga kafe siber tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd. Aradi sedang leka melayari internet.

Aradi, 23, ketika ditemui sejurus kejadian berkata, mereka terkejut mendengar bunyi pintu kaca premis dirempuh sehingga pecah sebelum ternampak seekor babi hutan meluru masuk dan menyondol meja komputer di situ.

"Semua pelanggan lari lintang-pukang keluar dari premis, manakala babi tersebut terus menyondol sehingga ke tandas yang terletak di bahagian belakang.
etika babi itu menuju ke arah tandas, kebetulan seorang pelanggan sedang keluar tetapi dia sempat melompat menyelamatkan diri," katanya.

Tambah Aradi, melihatkan babi tersebut tersekat di dalam tandas, pelanggan itu masuk semula dan menutup pintu tandas berkenaan.

Wednesday, May 30, 2012

Isu WWW1- nizar tentunya legaaaa..

Hina Sultan - Aduka Taruna Tak Bersalah

Mahkamah memutuskan penulis blog Khairul Nizam Abd Ghani yang didakwa menghina almarhum Sultan Johor tidak bersalah atas tuduhannya.

Dari sudut tindakan undang2 ke atasnya....Nizar ada asas untuk legaaaaa..

Tetapi hakikatnya, tindakan biadap, bangsat dan kurang ajar Nizar merugikan potensi PAS di Johor.

Din Pudu yang bercita bangat nak jadi MB tentu kecewa sangat kerana Sultan Johor mempunyai pengaruh yang kuat berhubung siapa yang bakal didlantik jadi MB, susah2 sangat bagi je lah kat DAP - apa kata din?


Salahuddin Ayub menyatakan kesal atas insiden yang menjejaskan hubungan baik parti dengan institusi Raja sambil menyifatkan kejadian itu sebagai bersifat peribadi yang tidak menbawa sebarang keuntungan kepada parti.

Mujahid Yusof Rawa berkata Niza seharusnya lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan melalui media baru. Ia adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian parti.
Nasrudin Hassan juga setuju tweet Nizar itu adalah pandangan peribadi.








Sunday, May 27, 2012

Berilah peluang tokoh ini repair UMNO..

Najib patut beri peluang kepada orang macam dia ni untuk baiki UMNO, jadikan Menteri Khas sekurang-kurangnya sesuai dengan kelayakannya.

Kalau Najib terlepas pandang, tak bela orang macam ni, jatuh ke tangan pembangkang rugilah UMNO seumur hidup, dia ni ibarat permata dalam lumpur..jangan buat2 tak nampak.

Kalau dia di pihak pembangkang dan ditakdirkan menang, setaraf dengan mat sabu, paling tidak jawatannya Ketua Menteri Melaka kalau tidak pun Menteri Skru.

"Umno ibarat kereta yang rosak dan buruk, saya seorang mekanik baiki yang mana skru longgar dan goyang," - Tamrin Ghafar

Tidak didnafikan UMNO ibarat kereta lama, tetapi kerana saban tahun diselenggara tidaklah rosak dan buruk seperti yang disangka, masih tip top.. Walaupun PKR boleh dianggap kereta baru tetapi kalau selalu dihenyak, dibalun siang dan malam piston pun boleh bengkok. 

Tu pun semua tu normal, cuma aku ragu dengan 'mekanik'nya sahaja. Lebih nafsu dari kemampuan.




Panadol untuk Najib...pain-T killer untuk Anwar

Tak bolehkah Najib berpakaian begini sesekali untuk tambah undi kepada UMNO?







Memang kataputus dari Najib, semuanya terletak dimulut Najib untuk umumkan bila parlimen akan dibubar bagi membolehkan SPR menentukan tarikh PRU13 perlu di adakan.

Apapun alasan yang diberi, alasan terbaik ialah Najib belum bersedia, UMNO belum bersedia, BN belum bersedia...dalam lain perkataan belum bersedia kerana 'laporan yang Najib terima' menunjukkan BN 'sakit' untuk menang PRU13 ini. Tidak ada alasan lain untuk menyekat Najib memohon SPB untuk membubarkan parlimen.

Untuk menentukan atau mencari pertunjuk BN akan menang sebenarnya sudah tiada kerana masa semakin terhimpit, berapa langkah dan strategi pun Najib akan buat, pembangkang berada lebih selangkah kedepan kerana dari segi 'masa' mereka sudahpun menang, semakin lewat Najib ambil untuk umumkan parlimen bubar semakin dekatlah kemenangan di pihak pembangkang.

Kalau bukan Jun atau awal Julai 2012, masa yang sesuai ialah Disember 2012-April 2013.....kecualilah kalau najib buat kelainan, pilihanraya bulan puasa, bulan raya atau bulan ketika orang sebok nak buat haji. Apakah najib takut untuk bubarkan sekarang kalau2 beberapa kerajaan negeri penguasaan pembangkang tidak ikut bububarkan DUN serentak dengan DUN negeri2 yang dikuasai BN???

Kalau zaman2 kerajaan terdahulu, PM boleh kata dengan selesa  'belum dapat ilham' tetapi di zaman Najib ungkapan itu sudah tidak sesuai, sebaliknya 'sakit kepala belum reda' untuk menentukan tarikh parlimen dibubarkan adalah ungkapan yang lebih tepat.

Apalagi pendedahan demi pendedahan buruk Anwar dan pembangkang yang mahu Najib pamirkan kepada rakyat kerana pembangkang memang sudahpun 'terburuk' dalam sejarah, terbusuk dan tercemar hingga kini mereka sudah sebati dengan semua itu.

Anwar dan pembangkang sudah lali, imune dan 'tidak kesah', tebal muka untuk sedia menerima segala keburukan sehinggakan kini malahan menjadi kebal dikelilingi dengan penyokong fanatik yang tidak mampu diubah BN.

Cukuplah tu Najib, bubarkan sahaja parlimen besok.

Saturday, May 26, 2012

Anwar diperkecilkan di Selangor....


Anda tafsirlah sendiri...beliaselangor2xx

Ini benda remeh temeh yang nak aku tampilkan kerana terdapat sedikit kejanggalan kepada poster kerajaan pembangkang. Perhatikan gambar Khalid lebih besar dari gambar Anwar. Walaupun Anwar tidak memegang apa-apa jawatan kerajaan negeri tetapi sekadar sebagai Penasihat ekonomi Negeri Selangor dan juga Ketua Umum PKR juga Ketua Pembangkang di Parlimen apakah tidak melayakkan gambarnya lebih besar dari gambar Khalid?

Apa maksud yang tersirat sebenarnya?
Anwar sudah kurang diterima di Selangor?
Khalid sekadar nak tunjukkan besar dan keras kepala, di Selangor, aku yang paling berkuasa?
Selangor lebih baik tanpa Anwar?
Anda tafsirlah sendiri....

Wednesday, May 23, 2012

Mamat UMNO selari pembangkang..

Dah lama diperhatikan mamat ni boleh kata semua setuju apa sahaja pembangkang buat, kalau tak 100% setuju tetap ada 40-80% setuju. Cuma dia masih pakai baju UMNO, menang parlimen atas tiket UMNO, dapat jawatan kabinet pun aku tak tahu atas dasar apa? Sepecial sangat ke mamat ini?

Aku pasti hayat politik mamat ni lama dan selamat..dia boleh makan depan atau belakang talam..siapa menang PRU13 pun dia akan kekal hebat..tahniah lah kepada mamat ni.

Debat ‘Pemansuhan PTPTN Dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi’ di antara Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli anjuran akhbar Sinar Harian telah berlangsung dengan jayanya .

Dilangsungkan di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, sambutan hangat yang diterima menyebabkan banyak pihak berpendapat supaya lebih kerap debat seumpama itu diadakan yang membabitkan kepimpinan tertinggi politik negara.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang turut menyaksikan debat tersebut berpendapat debat seperti yang dianjurkan akhbar Sinar Harian itu sebagai satu perkara yang harus diteruskan pada masa hadapan.

Menurutnya, debat memberikan ruang kepada semua pihak berhujah dan bukannya sekadar ceramah satu hala semata-mata.

“Ini pada saya permulaan yang sangat baik dan harus diteruskan lagi dengan siri-siri yang akan datang.

“Yang kita hendak ialah debat politik dan bukan hanya ceramah sehala,” kata ahli Majlis Tertinggi Umno itu.

Menurutnya lagi, jika terdapat cadangan untuk menganjurkan debat di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau adalah antara individu yang akan menyokongnya.

“Itu (debat Najib dan Anwar) satu perkara yang kalau berlaku akan mencipta sejarah. Saya antara yang akan menyokongnya,” kata Saifuddin.



6ANGKA