Sunday, May 27, 2012
Panadol untuk Najib...pain-T killer untuk Anwar
Memang kataputus dari Najib, semuanya terletak dimulut Najib untuk umumkan bila parlimen akan dibubar bagi membolehkan SPR menentukan tarikh PRU13 perlu di adakan.
Apapun alasan yang diberi, alasan terbaik ialah Najib belum bersedia, UMNO belum bersedia, BN belum bersedia...dalam lain perkataan belum bersedia kerana 'laporan yang Najib terima' menunjukkan BN 'sakit' untuk menang PRU13 ini. Tidak ada alasan lain untuk menyekat Najib memohon SPB untuk membubarkan parlimen.
Untuk menentukan atau mencari pertunjuk BN akan menang sebenarnya sudah tiada kerana masa semakin terhimpit, berapa langkah dan strategi pun Najib akan buat, pembangkang berada lebih selangkah kedepan kerana dari segi 'masa' mereka sudahpun menang, semakin lewat Najib ambil untuk umumkan parlimen bubar semakin dekatlah kemenangan di pihak pembangkang.
Kalau bukan Jun atau awal Julai 2012, masa yang sesuai ialah Disember 2012-April 2013.....kecualilah kalau najib buat kelainan, pilihanraya bulan puasa, bulan raya atau bulan ketika orang sebok nak buat haji. Apakah najib takut untuk bubarkan sekarang kalau2 beberapa kerajaan negeri penguasaan pembangkang tidak ikut bububarkan DUN serentak dengan DUN negeri2 yang dikuasai BN???
Kalau zaman2 kerajaan terdahulu, PM boleh kata dengan selesa 'belum dapat ilham' tetapi di zaman Najib ungkapan itu sudah tidak sesuai, sebaliknya 'sakit kepala belum reda' untuk menentukan tarikh parlimen dibubarkan adalah ungkapan yang lebih tepat.
Apalagi pendedahan demi pendedahan buruk Anwar dan pembangkang yang mahu Najib pamirkan kepada rakyat kerana pembangkang memang sudahpun 'terburuk' dalam sejarah, terbusuk dan tercemar hingga kini mereka sudah sebati dengan semua itu.
Anwar dan pembangkang sudah lali, imune dan 'tidak kesah', tebal muka untuk sedia menerima segala keburukan sehinggakan kini malahan menjadi kebal dikelilingi dengan penyokong fanatik yang tidak mampu diubah BN.
Cukuplah tu Najib, bubarkan sahaja parlimen besok.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KESILAPAN LALU
1️⃣ Ramai orang bercakap tentang emas, tetapi tidak semua memiliki emas sebenar. Ada yang aktif mempromosi, berkongsi ilmu, atau berniaga ...
-
Dengar betul²... Tak kira apa bangsa.. Tak kira apa ugama.. Tua atau muda.. Sabah Sarawak atau Semenanjung.. Missi utama buang Naji...
-
PAS dan umno elok bersatu kalau nak PH tewas. PAS perlu jaga imej jangan sampai calonnya tewas pada AMANAH. PAS wajar dibubarkan jika AMA...
-
Tun Dr Mahathir blog 20 June 2016 PENDIRIAN SAYA 1. Mereka bertanya apakah pendirian saya setelah mereka menang. 2. Pendirian saya t...
No comments:
Post a Comment