Hari tu Anwar dihalau AJK Masjid kerana cuba berceramah tanpa kebenaran di satu kawasan Johor... Di Muar apa pula terjadi...
Seramai 10 orang pelanggan yang sedang leka melayari internet di sebuah kafe siber di Taman Putra Murni, Muar Johor, bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila seekor babi hutan betina tiba-tiba merempuh masuk premis itu..
Babi hutan seberat kira-kira 50 kilogram itu merempuh pintu kaca premis tersebut ketika pelanggan dan penjaga kafe siber tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd. Aradi sedang leka melayari internet.
Aradi, 23, ketika ditemui sejurus kejadian berkata, mereka terkejut mendengar bunyi pintu kaca premis dirempuh sehingga pecah sebelum ternampak seekor babi hutan meluru masuk dan menyondol meja komputer di situ.
"Semua pelanggan lari lintang-pukang keluar dari premis, manakala babi tersebut terus menyondol sehingga ke tandas yang terletak di bahagian belakang.
etika babi itu menuju ke arah tandas, kebetulan seorang pelanggan sedang keluar tetapi dia sempat melompat menyelamatkan diri," katanya.
Tambah Aradi, melihatkan babi tersebut tersekat di dalam tandas, pelanggan itu masuk semula dan menutup pintu tandas berkenaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KESILAPAN LALU
1️⃣ Ramai orang bercakap tentang emas, tetapi tidak semua memiliki emas sebenar. Ada yang aktif mempromosi, berkongsi ilmu, atau berniaga ...
-
Dengar betul²... Tak kira apa bangsa.. Tak kira apa ugama.. Tua atau muda.. Sabah Sarawak atau Semenanjung.. Missi utama buang Naji...
-
PAS dan umno elok bersatu kalau nak PH tewas. PAS perlu jaga imej jangan sampai calonnya tewas pada AMANAH. PAS wajar dibubarkan jika AMA...
-
Tun Dr Mahathir blog 20 June 2016 PENDIRIAN SAYA 1. Mereka bertanya apakah pendirian saya setelah mereka menang. 2. Pendirian saya t...
No comments:
Post a Comment