"Dia (Kit Siang) boleh buka apa-apa fail, sekarang pun tak apa. Nak bawa saya pergi ke mahkamah pun boleh. Saya tak takut apa-apa pun," TDM
Sewajarnya Tun tidak perlu gentar dengan tohmahan demi tomahan kerana soal nak bawa atau nak kenakan Tun dengan pelbagai tuduhan sebenarnya bukan sahaja di mulakan di dalam Malaysia tetapi cuba dibuat oleh pihak asing sejak dari dahulu lagi tetapi malangnya mereka tidak dapat petunjuk atau bukti apa-apapun.
Semasa dipecat, Anwar kata berguni berlori bukti kerajaan rasuah? manadia? begitu juga di Selangor? kononnya berlambak Khir Toyo rasuah - yang ada hanya satu, tu pun masih di peringakt rayuan.
Kalau ada bukti, dah lama mereka akan heret Tun ke mahkamah dan sebagainya. Seperti sekarang, mereka cuba libatkan Najib dengan pembunuhan Atantuya dan pembelian kapal selam Prancis nyata hanya dongeng semata-mata.
Yang pasti mereka cuba burukkan Tun kerana amereka tahu Tun masih berpengaruh ke atas kuasa undi rakyat pada PRU13 ini.
Monday, June 4, 2012
Sunday, June 3, 2012
nak debat dengan rosmah? hilang akal agaknya...
Saturday, June 2, 2012
Kezaliman UMNO yang amat dasyat
Sudah sampai masanya terutama sebelum pilihanraya Pakatan Pembangkang wajar menendang keluar PAS atau sekurang-kurangnya memberi amaran terakhir kepada PAS terutama Presidennya supaya bersikap dan berkelakuan sopan dalam memberi pendapat dan hujah.
Ucapan Hadi Awang di Kedah yang masih mahu mempertahan Melayu dan Islam sahaja sebagai PM agak ketinggalan dan membelakangkan kepentingan dan perjuangan DAP yang disokong kuat oleh Anwar yang sudah berulangkali menyatakan kepercayannya lebih kepada Lim Kiat Siang berbanding mana2 pemimpin termasuk pemimpin Melayu lain.
Jika PAS berterusan tidak mendengar cakap dan ikut sedap mulut serta beruah ubah pendirian tentulah ia akan menyukarkan DAP untuk mempengaruhi kaum cina dan india untuk menyokong pembangkang.
Pada satu peringkat sebelum ini apabila PAS berjaya dipujuk untuk menukar status perjuangannya dari Negara Islam kepada Negara Kebajikan dan hudud bukan lagi keutamaan ia telah memberi kesan yang besar kepada pengundi bukan Melayu untuk menyokong DAP malah ada yang sanggup undi PAS atas 'kemurahan' sikap PAS tersebut.
Tetapi sikap terbaru PAS ini cukup merisau dan menganggu perjuangan suci DAP untuk keadilan dan keharmonian semua rakyat di Malaysia tanpa mengira kaum dan ugama walaupun tidak dinafikan kaum cina akan diberi keutamaan kerana kaum ini sudah lama ditindas dan tertinggal terutama dari sudut ekonomi dan persamaan hak dengan bumiputera.
Bagaimanapun sejarah dan fakta menunjukkan sejak PAS bersama pembangkang mereka mudah dilentur, berlembut, bekerjasama, mudah di ajak berbincang dan selalunya akur dengan keputusan DAP dengan disokong Anwar. Perlu juga diingatkan pengaruh Anwar dalam PAS melalui kumpulan dan individu tertentu sangat kuat. Mat Sabu adalah antara orang kepercayaan Anwar sesuai dengan kelayakannya untuk menggantikan Hadi sebagai Presiden PAS boleh melakukan missi2 seumpama ini.
Apapun ketidaktentuan arah PAS ini perlu ditangani dengan bijak umpama menarik rambut dalam tepung. PAS harus dilihat penting dan hebat, pemimpin tertinggi mereka perlu ditatang dan dipermewahkan, Putrajaya harus digambar dan dipermudah untuk menawannya dan dua faktor paling penting untuk dijauhi ialah PAS berbaik dengan UMNO dan penghijrahan ketara ahli PAS ke dalam UMNO.
Jika PAS dapat dijinakkan, Pakatan Pemangkang tidak mempunyai halangan untuk menawan Putrajaya membolehkan kerajaan sebenar yang diketuai DAP dan PAS sebagai sparring partner yang merealitikannya dapat dibentuk dan buat pertama kalinya keberangkalian yang tinggi pemimpin agung Lim Guan Eng ditabalkan sebagai PM untuk kesejahteraan rakyat Malaysia yang lebih terjamin. Kedudukan dan nasib mentor Anwar sebenar mungkin boleh difikirkan selepas itu. Dari segi kepartian, Anwar boleh kekal sebagai Penasihat Agung seumur hidup kerana tidak ada tokoh yang selayaknya.
Jika ini terjadi, tentunya ia wajar menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia terutama PAS dan segelintir orang Melayu yang bertungkus lumus (yang tidak pengecut seperti Tunku Aziz) untuk menjayakan pakatan mulia ini dalam melepaskan diri dari kezaliman UMNO yang amat dasyat.
Selepas itu, Islam akan terus berkembang dan Melayu makin maju seperti di Singapura dan Sri Lanka !

Keris tanpa pendekar dan Pendekar tanpa keris
Hari ini sudah ramai sahabat-sahabat yang mula meminati seni keris sama ada untuk hiasan atau atas kesedaran untuk kembali kepada leluhur warisan Melayu yang semakin terhakis. Walau bagaimanapun sebaik-baiknya apabila kita mula meminati keris, belajarlah sedikit sebanyak rahsia penggunaan dan tipu helah dalam berkeris. Ini akan menjadikan rasa bangga kita dengan keris semakin meluap-luap. Kebijaksanaan pendekar dan tukang senjata Melayu banyak tersimpan di sebalik penempaan keris bermula dari bilah, hulu dan sampirnya.
Sehubungan itu juga bagi yang mengajar silat Melayu, adalah tidak lengkap sebenarnya mana-mana persilatan Melayu yang tidak mengajar ilmu perkerisan dan rahsia-rahsianya. Kerana Melayu tidak boleh dipisahkan dengan kerisnya. Kembalikan maruah Melayu dengan kembali kepada akar budaya bangsa dan kekuatan aqidahnya. Silat dan keris boleh digunakan sebagai jalannya. Insyaallah tuhan akan merahmati perjuangan kita.
http://cikgunasir.blogspot.com/2008_06_01_archive.html
Isu air karat dah selesai...Rakyat Kelantan dinasihatkan segera beli kereta baru...
PASIR MAS, 31 Mei – Kerajaan Pas Kelantan digesa untuk menyelesaikan dua isu utama di negeri tersebut berkenaan sistem pembekalan air dan juga perumahan rakyat kos rendah, sebelum beria-ria mahu membina lebuhraya Kota Bahru-Kuala Kerai yang dikatakan menelan belanja sebanyak RM 1.8 billion itu.
Menurut Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat, dua isu ini sepatutnya menjadi tumpuan utama kerajaan Pas Kelantan untuk diselesaikan, kerana ia merupakan isu yang melibatkan kepentingan dan kemudahan rakyat secara keseluruhannya di negeri tersebut dan merupakan perkara yang paling asas dalam kehidupan.
“Kerajaan Pas sepatutnya mengutamakan terlebih dulu projek untuk menaiktarafkan sistem bekalan air yang sudah sekian lama menjadi beban kepada rakyat. Masalah air yang kotor, karat dan kekuningan, begitu juga dengan isu kekurangan air terutama di musim cuti sekolah, apabila ramai rakyat Kelantan yang tinggal di luar pulang ke kampung masing-masing, ianya sudah lama ditanggung oleh rakyat Kelantan.
“Setiap kali musim cuti sekolah, penduduk Kelantan akan mengalami masalah kekurangan air. Saya sendiri sudah tiga hari terpaksa menggunakan air telaga kerana air tidak ada. Isu ini bukan baru dan rakyat sudah terlalu lama bersabar dengan isu air yang sejak sekian lama berlarutan tanpa sebarang penyelesaian,” katanya kepada UMNO Online di sini hari ini.
Begitu juga dengan isu perumahan kos rendah, kata beliau lagi kerajaan Pas Kelantan sepatutnya melihat dengan lebih serius isu ini kerana ramai di antara rakyat Kelantan yang tidak memiliki rumah sendiri.
“Saya sendiri banyak menerima borang permohonan dari rakyat untuk rumah-rumah kos rendah. Tetapi malangnya, kita tidak dapat nak bantu kerana kerajaan Pas Kelantan sendiri tidak bina rumah-rumah kos rendah untuk rakyat di negeri ini. Macam mana kita bantu rakyat di sini apabila kerajaan sendiri tidak ambil peduli tentang hal itu,” ujarnya.
Sementara itu, beliau berpendapat bahawa usaha kerajaan Pas Kelantan yang mahu membina lebuhraya yang bernilai RM 1.8 billion dengan hasil derma rakyat Kelantan adalah satu perkara yang amat melucukan.
“Ini sesuatu yang tidak masuk akal. Sebuah kerajaan yang sudah memerintah lebih 22 tahun, tiba-tiba minta derma kepada rakyat untuk bina lebuh raya. Macam mana cerita? Apa yang saya bimbang, projek lebuhraya ini hanyalah satu alasan untuk mengaut keuntungan yang lebih besar di sebalik itu, iaitu projek pembalakan yang pastinya akan berlaku apabila pembinaan lebuh raya ini bermula,” jelasnya.
Kebimbangan yang beliau luah itu berasas kerana menurutnya, jajaran lebuh raya itu akan menempuh kawasan hutan simpan dan ini bermakna, kawasan hutan simpan tersebut akan digondolkan bagi memberi laluan kepada pembinaan lebuh raya tersebut.
“Ini berdasarkan pengalaman lalu ketika di lewat tahun 90-an di mana ketika itu, kerajaan Pas Kelantan membuat tawaran kepada rakyat untuk pajakan lombong emas yang juga melibatkan kawasan hutan balak.
“Namun, segala projek tentang lombong emas itu akhirnya tak jadi, tetapi balak-balak yang ada di kawasan hutan simpan tersebut habis semua ditarahnya. Saya bimbang, projek lebuh raya ini juga akan berakhir begitu. Lebuh raya tak jadi buat, tetapi hutan-hutan simpan yang penuh dengan kayu balak habis digondolkan dan pastinya ada individu-individu tertentu yang mengaut untung dari situ,” ujarnya lagi.
Beliau tidak hairan sekiranya projek lebuh raya Kerajaan Pas Kelantan ini akan senyap begitu saja tanpa sebarang berita, kerana sebelum ini sudah enam projek besar yang diwar-warkan oleh kerajaan Pas Kelantan, namun semuanya menemui kegagalan dalam perlaksanaanya.
1.Projek Koridor Depu – Gagal dilaksanakan
2.Projek Pelihara Kambing Jamnapari – Gagal dilaksanakan
3.Projek Jambatan Kota Bahru Ke Palekbang – Gagal dilaksanakan
6.Stadium – Gagal dilaksanakan
“Sebab itu saya sikitpun tidak merasa hairan sekiranya projek lebuh raya ini, yang merupakan projek ke tujuh yang dicanangkan oleh kerajaan Pas Kelantan juga menemui kegagalan nanti. Ini memandangkan sebelum ini sudah enam projek yang mereka beritahu pada rakyat Kelantan untuk dilaksanakan, namun semuanya gagal belaka, “ akhiri beliau.
Friday, June 1, 2012
PAS baru terhegeh...UMNO dah laksanakan
Bagai anak kecil, PAS baru nak merangkak, meniarap, bertateh, duduk dan jalan jatuh tetapi ada hati nak berlari macam UMNO.
Apa sangatlah keperluan rakyat untuk menukar dari UMNO kepada PAS kalau segala angannya sudahpun UMNO jadikan realiti dan kenyataan hari ini. Tidakkah PAS mampu memberi satu idea pemerintahan yang jauh lebih baik dari yang ada sekarang untuk rakyat menilai UMNO belum laksanakan.
Intipati ucapan Hadi di Alor Setar memang hilang akal, memalukan, hambar dan ketara muflis idea.
ALOR SETAR - Pas sudah bersedia untuk menggantikan Umno sebagai parti utama masyarakat Melayu-Islam di negara ini.
Malah, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pakatan Rakyat (PR) juga sedia menggantikan BN untuk memimpin negara ini.
Beliau berkata model Negara Berkebajikan yang ingin dibangunkan Pas menimbulkan kebimbangan Umno-Barisan Nasional (BN) yang sejak 54 tahun lalu melakukan diskriminasi terhadap kaum lain dan kaum Melayu/Bumiputera.
"Model Negara Berkebajikan yang bersumberkan al-Quran dan Al-Sunnah ini diyakini akan memberi keadilan kepada semua manusia tanpa mengira kaum dan agama," katanya ketika menyampaikan Amanat Khas Presiden di Kompleks Pas Kedah, semalam.
Menurutnya, pembangunan sebuah Negara Berkebajikan adalah iltizam Pas sejak penubuhannya untuk menyampaikan rahmat (kasih sayang) ALLAH SWT bukan sahaja kepada manusia tetapi seluruh alam sejagat.
"Takrifan Negara Berkebajikan ialah kerajaan beramanah yang berpaksikan prinsip adil dan ihsan dalam seluruh sistem pemerintahan termasuk pentadbiran, perundangan, kehakiman, politik, ekonomi dan sosial.
"Ia seterusnya membawa kepada pembinaan sebuah masyarakat yang berlumba-lumba melakukan kebajikan dan saling bekerjasama ke arah kejayaan pemerintah dan rakyat di dunia dan akhirat," katanya.
Sehubungan itu, Abdul Hadi menyatakan kesediaan untuk berdialog dengan mana-mana pihak daripada kalangan kumpulan NGO Islam mengenai dakwaan kononnya Pas lari daripada perjuangan selain menerangkan pendirian parti itu.

Thursday, May 31, 2012
Rais Yatim ? mana dia 18 kes besar? Menteri antara individu berprofil tinggi dalam siasatan BPR
Persaolannya: apakah lebih banyak rasuah moral, rasuah kuasa dan rasuah harta benda didalam SPRM sendiri dari agensi lain... siapa nak jawab ni.
Banyak isu 10 tahun lalu terbongkar hari ini, dan apa yang mungkin berlaku sekarang akan terbongkar 10 tahun lagi?
Semasa Mahathir meletakkan jawatan PM dan pada masa itu Rais sebagai Menteri Undang-Undang menyatakan ada beberapa kes besar sedang dalam siasatan SPRM ! Mana dia kes2 terseut dan Mahathir sendiri pernah persoalkan pentadbiran paklah pada masa itu berhubung isu ini....
mat aghippp
18 lagi kes besar -- Menteri antara individu berprofil tinggi dalam siasatan BPR
JELEBU 13 Feb 2004. - Sebanyak 18 lagi kes rasuah yang membabitkan individu berprofil tinggi termasuk menteri, kini memasuki peringkat akhir siasatan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
Menurutnya, apabila prosedur akhir pengumpulan bukti oleh Jabatan Peguam Negara dan Badan Pencegah Rasuah selesai sepenuhnya, mereka ini akan dihadapkan ke mahkamah.
Bagaimanapun Rais enggan mendedahkan mereka yang dikatakan sedang disiasat itu.
```Saya cuma boleh katakan bahawa mereka ini mempunyai reputasi kepentingan awam yang tinggi, profil yang tinggi dan mempunyai nilai tanggungjawab yang berada pada strata teratas.
``Walau bagaimanapun terdapat sebahagian daripada 18 kes itu mempunyai beberapa masalah dari segi pengumpulan bukti-bukti kukuh bagi menyokong siasatan dan dakwaan,'' katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Kampung Orang Asli Ulu Lakai, di sini hari ini.
Antara kes panas yang menjadi perhatian umum sebelum ini ialah skandal Perwaja Steel, penyelewengan Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dan skandal kewangan Penerbangan Malaysia (MAS).
Semalam, Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gaddam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan melakukan rasuah dan penipuan berhubung keputusan meluluskan cadangan penjualan 16.8 juta saham Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS).
Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Selasa lalu, bekas Pengarah Urusan Perwaja Rolling Will and Development Sdn. Bhd., Tan Sri Eric Chia Eng Hock dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan melakukan pecah amanah jenayah melibatkan wang RM76.4 juta pada tahun 1994.
Penahanan tokoh berprofil tinggi dan beberapa siri tangkapan serta pendakwaan kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa akhir-akhir ini dilihat sebagai kesungguhan kerajaan untuk memerangi habis-habisan gejala rasuah di negara ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)
-
BRIM bagipun berperingkat, slow macam siput babi, amaun ciput, tangguh satu hari ke satu hari, perlancaran belanja ratus ribu setakat n...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...