Persaolannya: apakah lebih banyak rasuah moral, rasuah kuasa dan rasuah harta benda didalam SPRM sendiri dari agensi lain... siapa nak jawab ni.
Banyak isu 10 tahun lalu terbongkar hari ini, dan apa yang mungkin berlaku sekarang akan terbongkar 10 tahun lagi?
Semasa Mahathir meletakkan jawatan PM dan pada masa itu Rais sebagai Menteri Undang-Undang menyatakan ada beberapa kes besar sedang dalam siasatan SPRM ! Mana dia kes2 terseut dan Mahathir sendiri pernah persoalkan pentadbiran paklah pada masa itu berhubung isu ini....
mat aghippp
18 lagi kes besar -- Menteri antara individu berprofil tinggi dalam siasatan BPR
JELEBU 13 Feb 2004. - Sebanyak 18 lagi kes rasuah yang membabitkan individu berprofil tinggi termasuk menteri, kini memasuki peringkat akhir siasatan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
Menurutnya, apabila prosedur akhir pengumpulan bukti oleh Jabatan Peguam Negara dan Badan Pencegah Rasuah selesai sepenuhnya, mereka ini akan dihadapkan ke mahkamah.
Bagaimanapun Rais enggan mendedahkan mereka yang dikatakan sedang disiasat itu.
```Saya cuma boleh katakan bahawa mereka ini mempunyai reputasi kepentingan awam yang tinggi, profil yang tinggi dan mempunyai nilai tanggungjawab yang berada pada strata teratas.
``Walau bagaimanapun terdapat sebahagian daripada 18 kes itu mempunyai beberapa masalah dari segi pengumpulan bukti-bukti kukuh bagi menyokong siasatan dan dakwaan,'' katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Kampung Orang Asli Ulu Lakai, di sini hari ini.
Antara kes panas yang menjadi perhatian umum sebelum ini ialah skandal Perwaja Steel, penyelewengan Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dan skandal kewangan Penerbangan Malaysia (MAS).
Semalam, Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gaddam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan melakukan rasuah dan penipuan berhubung keputusan meluluskan cadangan penjualan 16.8 juta saham Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS).
Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Selasa lalu, bekas Pengarah Urusan Perwaja Rolling Will and Development Sdn. Bhd., Tan Sri Eric Chia Eng Hock dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan melakukan pecah amanah jenayah melibatkan wang RM76.4 juta pada tahun 1994.
Penahanan tokoh berprofil tinggi dan beberapa siri tangkapan serta pendakwaan kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa akhir-akhir ini dilihat sebagai kesungguhan kerajaan untuk memerangi habis-habisan gejala rasuah di negara ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
BRIM bagipun berperingkat, slow macam siput babi, amaun ciput, tangguh satu hari ke satu hari, perlancaran belanja ratus ribu setakat n...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
No comments:
Post a Comment